Yeoja Chingu

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
and
Peacee yaww =D





Hai kita bertemu lagi. Fuhh. Update blog memang macam ni eh? Sekali idea tu ada, datang pulak tengah free macam ni, kerja nak meng-update je kan. Hahahhaa. Haa syukur lah alhamdulilah. Eh, baru je buat post pasal bersyukur, sepatutnya aku tak perlu lah komen kan. Update jelah kan kan (aku tak komen, cuma nak bagitahu je hehee). Alhamdulilah sejak laptop tak shut down dah nak masuk lima hari ni, boleh dikatakan tiap-tiap malam jugak lah aku hadap blog. Tak blog aku, blog orang lah, walaupun aku tak komen atau tak blogwalking, aku ni merupakan silent reader je. Haaaa. Bukan apa, aku ni bukan jenis yang rajin yang macam tu. Sebab aku rasa macam aku komen tu aku tak ikhlas. Hahahahaa. Eh tapi tak jugak. Emm ntah lah aku taktau nak cakap cemana sebenarnya sebab kadang-kadang aku ada jugak komen dua tiga blog. Kadang-kadang. Eh jarang-jarang. Haaaa.


Aku baru lepas edit semua post lama. Takda lah banyak sangat, cuma buang mana patot, edit balik allingment, gambar-gambar yang tak sepatotnya ada dan lain-lain lah. Aku taknak lah edit banyak sangat sebab aku taknak hilang kan ke-originality post tu. Aku nak tengok, nak ingat balik kebodohan-kebodohan aku yang dulu. Hahahahhaa. Tak reti menulis, tapi gigih buat blog. Kan tengah "in" blog ni masa 2010 dulu. Aku pun rajin beli majalah Yeszz lah, majalah Remaja lah, so terjumpa lah blog-blog yang femes. Please salahkan Irine Nadia yang buat aku terjebak dengan blog. Hahahahhaha. Contoh kebodohan yang ada korang boleh tekan LINK ni dan LINK ni. OMG. Aku pun taktau lah apa yang aku bayangkan.


So entri kalini aku nak share pasal kawan-kawan aku je. Hahahhaa. Well, bukan senang nak jumpa dengan depa ni. Punyaa payah haaa nak jumpa. Makan bertahun jugak. Aku rasa hampir dua tahun kot. Sampai kan masing masing dah tak ingat bila last jumpa. Hahahahaa. Kitorang ni bertiga je. Actually, kitorang ada lah nama yang spesifik. Aaaaa nama apa? Nama macam group lah, nama geng. Alaaaaa nama team squad kau lah, team lepak cenggituu haa. Bukan aku sorang je kan yang ada. Mesti korang pun ada. Hahahahaa.


Macam ni, asal dia takda lah bincang pape pun, takda lah masing-masing bagi idea nak taruk nama apa-apa, takda decide apa-apa pun, kitorang rapat pun macam haa tetibe je terus rapat. So one day, ntah macam mana, si Mona ni buat lah group kat facebook consist three of us, aku, Mona dan Alia. Kan ada group name tu kan, mona ni taruk lah koreanjulliet93. Hahahahahhahahaaa. Cringe kan? Dia memula macam not bad je aku rasa, bila dah lama-lama ni macam duhhh, over nau main julliet-julliet ni. Hahahhahahaa. Sorry Mona sorryyyyyyyyy hehehe.. Memandangkan nama tu waaaaaayyyyy tooooooo cringey, aku pun taruk lah title entri ni as "Yeoja Chingu" in Korean which mean "Kawan Perempuan" in Bahasa. Nais gak kan kan kan. Hahahahhaa well.


Kitorang bertiga berjumpa balik setelah hampir dua tahun tak jumpa. Hahahaa. Hampir. Aku tak ingat exactly berapa lama kitorang tak jumpa. Yelah, kalau jumpa pun, tak complete, tak bertiga. Sama ada aku jumpa Husna (Mona), or aku jumpa Alia, atau pun Alia jumpa Husna. Tu yang sampai tak ingat bila last jumpa bertiga. Sampai kan aku ni gigih usha balik gambar-gambar lama. Hahahahaa. Sudahnyaa taktau pun. Takpelah, yang penting ada gambar baru. Yeayyy. Lagipun jumpa diorang bukan nak jumpa sangat pun, sebab nak tangkap gambar je. Nak gambar baru. 💁. HHAHAHAHAHAHA takdalah, gurau je wehh. (whoaaa, festaim pakai emoji tuu).


Unfortunately, tak jumpa dah berapa bulan kan, tapi bila dapat jumpa dalam beberapa jam sahaja. Hah, cerita pun tak sempat nak habis lagi. Hahahhaa. Tapi aku suka perjumpaan kalini sebab pasal KABA Husna langsung kita tak usik. Yeayyy satu pencapaian terbaik. Hahahahaaa. On that day, aku dan Alia pi lah beraya umah Husna, kengkonon nak beraya lah, oh before that, macam biasa lah, Alia mai rumah aku beraya terus. Tapi mak Husna pun takda, kitorang pun decide nak lunch kat Aeon 18 je haa. So kitorang banyak habiskan masa dengan bersembang dalam kereta jelah. Yelah, tak kisah pun sebab memang nak jumpa nak story-mory je kan, nak lepas rindu memasing, bukan nak lepak tengok wayang, main bowling ke apa. Dah sampai tu pun, ada lah kejap habis masa dekat "kat mana nak makan", so lepas dah makan tu pun terus gerak balik je. Biasalah, lagipun si Alia tu kan acah-acah princess sangat, tak boleh keluar sampai lewat malam. Sebelum pukul lima petang dah kena gerak balik. Hahahahahha.







Alia


Husna


So this is it. This is us. Aku harap persahabatan kita bukan atas dasar kpop semata-mata jelah. AHAHHAHAHAHAHAHA. And seriously aku tak boleh move on harituu lepas kita jumpa sebab memang lain tak macam sebelum ni. Awkward moment tu tak banyak. Ada je benda kita nak story. And Mona, sebelum fall in love with someone, make sure bagi tahu kitorang dulu boleh bagi restu, tengok dia ni sesuai ke tak, jangan pisang berbuah dua kali. Hahahahaaa. And Alia, moga bertabah lah di tempat kerja baru. Doa lah selalu, buat solat hajat ke istikharah ke apa-apa lah, bagi staff kat situu semua okayy, lembut hati, buat kau selesa ke kan. Last but not least, doakan lah aku habis belajar dengan jayanya so that aku pun dapat ikut jejak langkah macam korang. huhuhu.








Till then, Chow
DAA~

You Might Also Like

0 comments

thanks for dropping your comment.. =D