Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
dan
Peacee yawww
Fuhh. Lama menyepi. Buzy nyaaaaa semester ni weh. Ada je kerja yang menimbun. Dalam seminggu tuu kalau tak tidur sampai pagi, tak stay up sampai pagi tak sah lah. Rasa macam nak benti jap semester ni, nak sambung nanti. Nak lari pi holiday ke apa ke. Tapi tulah, nak taknak kena hadap jugak. Nak kerja pun, kerja susah nak cari dah sekarang. Semua subjek macam tu. Lecturer berlumba-lumba nak bagi student siapkan kerja. Tambah-tambah subjek Catia. Nauzubillah azab dia kemain seksa. Yelah subjek takda final exam kan, kena lah struggle sikit buat projek. Hmm. Masalahnya orang tak suka dengan lecturer dia. Haahahahhaahaha.
Dah lah baru-baru ni, kena presentation depan dia. Presentation kali kedua. So kitorang satu group ni semua perempuan. Satu group lima orang. And normally, asal perempuan je, orang akan kaitkan dengan kerja yang kemas, kerja yang siap, rajin, buat awal waktu, semua lah kan. Tapi no, bukan dengan kitorang. Hahahahaa. Budak kelas aku semua pemalas ya rabb. Kalau sorang tak start buat, sampai ke malam last due date baru lah terhegeh-hegeh whatsapp dalam group tanya macam mana dengan kerja. Tu pun tanya kerja apa yang ada. Hahahhahaa. So bad.
Okay balik pada presentation tadi, memandangkan kerja kitorang tak lengkap, dia tanya lah sensorang apa yang dia nak and turn out nama aku dia tak sebut. Hahahahhaaahahaha. Serious weh. Aku tak kisah lah sebenarnya sebab kalau boleh memang taknak ada kaitan dengan dia pun. Cuma aku taknak terkesan pada marks. I mean kalau marks aku je takpe, ni tak, group marks. Sebab dia dah cakap,, kalau kerja yang berkumpulan ni dia still akan bagi markah berkumpulan not as individual. So bayangkan apa jadi kalau marks kumpulan aku rendah? Of course aku lah yang kena bertanggung jawab.
And budak rumah aku ada lah cakap, dia tu as lecturer, memang tak professional lah kalau campur adukkan masalah dia. Aku pun sebenarnya tak tahu lah apa masalah dia dengan aku. Aku cuma tak suka dia since semester dua lagi sebab hahahahhahaaa malu pulak nak cerita. Sebab benda kecik je. Aku yang over sebenarnya. Hahahahhaa. Sebabnya masa test, dia bebel kat aku kenapa tulis jawapan dekat kertas soalan, bukan kertas jawapan. Aku tengah senak perut masatu, dengan nak muntah nya, dia boleh bebel dekat aku macam mak nenek, memang kena lah. Haih. So start daripada tuu aku memang taknak jumpa dia dah. Dah lah couple dengan student jugak. Eeee. Hahahhahahahaha.
Okay abaikan cerita tadi. Mampus aku kalau dia tau pasal ni. Hiks. (cuak jugak aku beb). So, satu lagi benda aku nak mengadu is Kad Siswa. MANA KAD SISWA AKU?? MANA EMAIL AKU TAK SAMPAI SAMPAI LAGI NI HAA?? Hmmm. Kan dah ter-capslock on. Haih.
Penat lah tunggu email. Aku daftar kira awal jugak tau. Sampai tiga kali aku daftar. Kalau takda jugak nama aku dalam sistem, memang cari nahas do bank rakyat dengan aku. Dah lah call bank, banyak kali asyik kena reject je. Kalau dapat masuk pun, tak sudah-sudah pasang lagu suruh aku tunggu dengan sabar. Nak aku tunggu berapa lama lagi? Mujur lah free call. I mean, tak tolak kredit. Gigih lah jugak aku call banyak kali. Hmm.
Jelous tau dengan orang-orang yang dah dapat. Walaupun nilai tak banyak mana, setakat RM250 je, tapi sangat bernilai tau untuk student macam aku ni. Hehehe. Lagi satu, aku tengah survey external hard disk tau,( tu yang aku gigih join lazada punya contest, tapi unlucky pulak ), so aku ingat dapat Kad Siswa ni nanti boleh lah beli, tapi malangnya aku search dekat internet tempat-tempat yang terima kad ni, kedai barang elektronik tak termasuk pun. I mean cukup sekadar MPH, Mydin, KFC, dan lain-lain lagi (korang boleh refer kat internet lah hee). Anyone know kat mana murah kalau nak beli online? Dah try cari, hmm macam tak percaya pulak. Takut kena tipu. Kahkahkah.
So, bulan mac pun dah berlalu. Sekarang dah masuk bulan april. Dah terlambat kot aku nak ucap Aprilfool Day. Hahhahahaaa. Tapi tulah, aku harap bulan april ni membawa perubahan pada aku. Aku harap aku dah start diet. HAHAHAHAHAHAHA. Mimpi jieha. Jangan harap lah nak diet. Ohh btw, baru teringat.
Emm, to Lily, aku minta maaf tak dapat hadir on your big day. Aku tahu since kau tunang lagi kau mintak aku hadir, aku minta maaf sangat sangat lily. Aku taktahu macam mana nak hadap kau weh, taktau macam mana nak whatsapp, call semua. Hmmm. So sorry. Sorry sangat sangat lily T_T. Anyway, aku doakan kau berbahagia till jannah dengan suami dan anak-anak dan cucu cicit. Aku harap kau bersedia lah jalankan tanggungjawab as isteri kepada suami kau. Huhuhuhu. Why I'm crying. Isk iskk.. Okay Lily, aku mampu luah kat sini jelah. Isk iskk. Bai.
Till then, Chow
DAA~