Aqua+ Series Skincare Product

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
and
Peace yawww =))



Aku taktau lah ni sama ada review ke apa tapi satu yang pasti, aku just nak share satu produk ni. Produk yang aku guna setelah gataai pi tukar. Hahahaha. Daripadaa ala kadar, terus jadi jalan tar bak kata adik sis. Sis kemurungan tahu. Dah tua-tua baru nak pikir pasal muka. Hmm. Actually takda lah tua lagi, suku abad hidup. Hiks.


Ingat tak aku pernah buat post pasal skincare apa yang sesuai dengan muka aku ni? Kalau tak ingat boleh refer sini Skincare Product. So, aku pun tak da lah macam terdesak sangat nak tukar skin care. Cumanya sekarang kan dah ramai yang mula mainkan peranan penting bahawasanya penjaagan muka adalah sangat penting dan penting? Banyak dah yang share pengalaman dan review on how to take care of your face skin care or should I call Skin Care 101. Hahahahhaaha.


Mulanya muka aku takdalah teruk sangat. Ntah kenapa tetibe je berangan nak tukar pencuci muka padahal helok je before this pakai sabun pencuci muka takda  jenama yang mama beli kat kawan dia. Haa kau panjang jelah. Satu nafas je tau. Haa pastu kuat terpengaruh kan, baca itu lah, baca ini lah, nak beli itu lah, nak beli ini lah. Last-last hauk. Padan muka.


Dah lah memula macam struggle gak pebendee ni, nak cari yang macam mana, gigih lah pi baca blog si Iman tu, sudahnya give up sebab tooooo manyy new information. Lagi satu aku pikir, ahh, muka tengah elok lagi ni takdalah breakout teruk ke apa ke kan. Suddenlyyyyy, jeng jengggggg. Masa cuti sem, semester lepas, before semester enam, muka aku berubah. Nak kata teruk tu tidaklah, tapi dah start lah jerawat meninggalkan kesan parut hitam di muka ai yang bebiasa-biasa ni. Dah start lah naik jerawat banyak-banyak. So masa tu aku tekad, dapat je PTPTN aku terus nak beli skincare baru.


Alkisahnya satu hari tu, bila dapat PT, terus keluar shopping. Dalam sejarah, first time aku habiskan PT aku dalam masa sehari sebanyak RM700++ . Hahahhahhhaha. Dengan kasut nya lagi, Spek mata, produk skincare, apa lagi, lupa dah. Nak tau tak skincare yang aku beli tu berapa RM? Total tiga barang semua sekali RM330. HAHAHAHHAHAH. Banyaaaak gila kan. Lajuu je duit mengalir.


So nak tahu apa dia produk yang aku beli? Taraaaaaa.




Yessss. This threee product here. Aku beli cleanser, scrub, toner. Total semua RM330 beb. Hahahahhaha. Sopaaak. Well, aku beli ni kat watson Aeon Melaka tak silap aku. Kat Mahkota parade ke Dataran Pahlawan ntah. Lupa pulaak. Aku beli sebab tengah tekad kan nak tukar produk. Dengan harapan muka sempat lah peloles before kenduri bulan September ni. Satu lagi sebab akak tu explain kemain gigih dengan aku. Padahal dia baru je habis explain kat budak rumah aku. Pastu siap tunjuk gambar testimoni. Aku pun percaya lah. Hahaha. Turn out produk ni tak sesuai dengan muka aku. Too much chemicals katanya. Ntah lah. Guwe pun enggak tawu dong.


Memula pakai tuu cam eksaited lah sebab cleanser dia based on water je. So kau bangun je dari tidur, ambik cotton pad terus cuci muka pastu baru mandi. Pastu toner. Pastu seminggu dua kali, scrub muka tu. Tak pernah lah aku jadi gigih macam tu. Hahahaha. Rajin nakmati. Paling kurang pun, aku pakai mask murah je beli kat yubiso yang rm2 punya tu.


Alhamdulilah now makin okay sikit rasanya lepas aku asyik skip je tak pakai. Kat dahi pun takda dah banyak banyak jerawat yang ketara. Lepas aku pi cek kat Aeon Wellness tu, org tu cakap kulit aku too dry. Dehydrate melampau sebab chemicals terlalu tinggi. And pori pun dah blocking. Mujur stiffness kulit masih di paras normal, so aku muda lagi hiks.


Then lepastu aku terus pi beli Cetaphil sebab dia sarankan cari yang gentle cleanser or for dry skin type. Aku sebolehnya nak elak pakai cetaphil sebab kuat habis natang ni. Hahahhaa. Tengok lah cane kot jumpa cleanser yg sesuai aku tukar lah. And paling penting Moisturizer. Mulanya aku nak beli brand Ginvera tu pun sebab akak aeon wellness tu suggest, tapi tak jumpa, so aku ambik yang rosken punya jenama.



So far Alhamdulilah. Aku rasa makin okay lah walaupun tak banyak perbezaannya. Di sini saya sertakan muka saya sebelum saya pakai produk Aqua+ Series ni, dan selepas saya pakai produk Aqua+ Series ni. Gambar sebelum tu seminggu sebelum tukar produk. Maafkan saya kalau anda semua terkejut dengan muka saya yang bebiasa ni sebab ni kali kedua saya konfiden untuk tempek muka full. Kahkahkahkah. Maafkan saya sekali lagi.


Before gatai tangan nak tukar produk. Kahkahkah. No filter eh. Ni sebab cahaya tengah lawa.

After gatai tangan pakai produk tu. Kahkahka. Nampak kan parut parut hitam berbeza dgn before.

Ohh mungkin akan ada orang cakap, "ohh sikit je, takda lah teruk sangat". "Ohh, parut je.". Sesungguhnya dengan keadaan macam ni pun orang boleh hina, dah lah gemuk, hodoh pulak, bodoh pulak tu. Jadinya biarlah muka lawa sikit. Sebab nak jaga muka lagi senang kot daripada nak jaga nafsu makan. Nak kurus tu entah bila lah kan. Kahkahkahkah. So nak taknak, korang kena bersyukur je apa jua keadaan korang yang sekarang. Sekian dari saya. Ohh btw kalau ada suggestion cleanser lain, boleh lah share. And ohh satu lagi, cane eh nak hilangkan sun seed bawah mata tu. Actually no, bukan sun seed, taktau lah nama padia. Hahahaha. Thanks saya dahulukan. Hiks.



P/s : Whoaaa, panjang jugak. Merapu je lebih.









Till then, Chow
DAA~

You Might Also Like

26 comments

  1. Skincare ni mahal kan? I feel your pain bila terbeli produk yang tak sesuai dengan kulit kita.

    ReplyDelete
  2. omooo pricey but hope they work well. insyallah elok balik. kadang2 kita saja je nak tukar2 kan bosan n syok2 nak try product lain.

    ReplyDelete
  3. ok I pun baru tau kulit I dah jadi kering, maybe sebab banyak chemicals jugak so promoter watsons suggest I pakai Pure Beauty, Pomegranate Range.. So far so good.. :D

    ReplyDelete
  4. sun seed? berbiji mcm jerawat ke? tapi xdpt di poke?

    ReplyDelete
  5. terbaek produk ni..

    follow sini.. harap sudi follow blog ejulz jugak :)

    ReplyDelete
  6. Ade lg ke produk aqua tu? Kalau x pakai, juak je la

    ReplyDelete
  7. Ade lg x aqua tu? Kalau x pakai, jual je la

    ReplyDelete
  8. Omg alamak tak elok ke. Baru terbeli tadi! Actually kita sama sebab masuk watson nak beli cetaphil je pastu akak ni datang kemain explain banyak gila and tunjuk customer cakap skin dia flawless dalam masa seminggu je dengan gambar. Cara cakap kemain mengalahkan dermatologist. Hmm tahtah akak yang sama. Tapi ni beli dekat Aeon Nilai and dia cakap that is the only Watson yang jual product tu and very limited. Sesudahnya sis pun terbeli adui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak dkt watson seremban pun ada jual. Saya pun baru beli. Terperanjat tengkok muka adik ti

      Delete
    2. meee too beli produk tu habis mukaa breakout 😭😭, please everyone jangan dengar explaination dari akak ii aqu plus tu sebab bila dah dgr confirm terpengaruh 😭😭

      Delete
    3. Me tooo!!! I beli and x sampai seminggu keluar jerawat batu gitu.. chat dengan salesperson dia pun insist lagi suruh guna.. watson wangsa walk mall.. money back guarantee my ass..

      Delete
  9. Omg alamak tak elok ke. Baru terbeli tadi! Actually kita sama sebab masuk watson nak beli cetaphil je pastu akak ni datang kemain explain banyak gila and tunjuk customer cakap skin dia flawless dalam masa seminggu je dengan gambar. Cara cakap kemain mengalahkan dermatologist. Hmm tahtah akak yang sama. Tapi ni beli dekat Aeon Nilai and dia cakap that is the only Watson yang jual product tu and very limited. Sesudahnya sis pun terbeli adui

    ReplyDelete
  10. WATSON AEON area melaka n N9 mmg gila promote product ni ke? Sy td ke AEON Seremban2, msk watson saja je jln2, mmg ada promoter yg gigih ngekor sbb nk promote product ni, siap bgtau mama dia pkai n tnjuk gmbr mama dia dlm hp, i is like "eh over lak bdk ni".. Fuhh nasib baik xtermakan pujuk,dah la mahal giler.. Hakak bgtau dia akak ni pkai garnier rm7.90 je dik, ok je dah muka ni 🤭🤭🤭.. Actually i search pasal aqua series ni nk tgk apa komen n review, kalau dah mcm ni mmg ok bye jelahh... Xpadan dgn herga kalau kesudahannya merana.. 🤣🤣

    ReplyDelete
  11. I baru try, semalam baru start pakai cleanser + toner. Harap sesuai lha, dah lha mahal namatey. Ni terpengaruh dgn bigboss i, skin dia dlu breakout teruk tapi skrg licin dah dan dia mmg konsisten pakai milky cleanser + toner aqua ni je. Hope so skin i pun makin better lha, dah mcm jalan tar skrg heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai , tatau la awak prasan ka tak. so far awak still pakai prodt ni ke. Saya dah terbeli em tatau lah rasa mcm rugi pulak tgok comment kata tak mjadi

      Delete
    2. i rasa yg adek ni myb terlebih scrub. Kulit akan jadi kering. kalau milky cleanser ni okey i tgk feedback yang lain.

      Delete
  12. Omg ! Baru beli tadi dekat Aeon Nilai ..akak tu sungguh2 suggest kan product ni .. baru nak mula pakai ni .. wish me luck .. hmmm

    ReplyDelete
  13. Muke i dulu teruk tau..byk tiny bum+ jerawt batu guys.. i jumpe aqual ni..i try toner je dulu,i rasa ok i add satu2..muke i dh ok sgt..depends kulit korang jgk sesuai ke tk..jgn la pakai sekali gus..try satu persatu.. sbb dlm produk ni ade activ ingred..yg boleh buat muke korang purging..purging ni sekejap je..

    ReplyDelete
  14. saya pun beli product aqua plus tu then breakout teruk gilaaa, padahal akak tu claim product tu bagus sampi pakai 2 minggu je dah berkesan , kepalaaa hotak dia , beli dekat aeon melaka jugak 😭

    ReplyDelete
  15. I pn dh terjerat dgn produk ni..beli di seremban 2..nak cari produk lain..tp promoter tu punya racun...smpai terbeli..mmg mahal..i beli toner dan serum...tau tak apa jd..sblom guna kulit i ok la...masa tu kulit i tgh gatal²..lps guna..kulit i jd kering...terik sgt dan merah² teruk mcm kena sunburn!...sedih gila i😭..lps tu i stop terus dan trpksa pergi klinik! Alhmdulillah ok la sikit merah² tu..now i tukar kepada retinol...alhmdulillah..bnyk perubahan tapi yg tnda merah tu msh ada sikit² lg .harap boeh hilang terus merah² kat pipi ni..😔

    ReplyDelete
  16. Not recommended, harga mahal tp booo. before pakai produk tu ok ja kulit muka, after 2-3 weeks tiba2 kulit muka berjerawat banyak

    ReplyDelete
  17. alamak rupanya ramai yang terkena dengan promoter watson jugak weh termasuk i 😭 sama la masuk nak beli cetaphil je lepastu dia promote aqua plus ni siap tunjuk gambar semua.. i pun try la nak beli yang kecik punya pun dah 55 harap jadi la dengan skin i 🥲

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru je beli , dgn hrapan nk klit cntik 🥲 , promoter tu mcm2 ckp produk ni bgus la ape , dkt 2 mggu pakai jerawat hari2 tumbuh yg baru 🥲 mnysal beli🙏🏻

      Delete
  18. actually dulu aku pernah beli dan pakai. aku beli cleanser dia je yang milky wash tu. selama aku pakai, muka bersih, takda jerawat kecik ii pun yang naik walaupun dah tak pakai lama waktu tu.

    ReplyDelete
  19. Nicely done article and interesting information. Thanks for your hard work on such a topic.
    business lawyer malaysia

    ReplyDelete

thanks for dropping your comment.. =D