Skincare Product

10:56 PM

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
dan
Peacee yaww =)






Geram betul aku dengan aliff aziz. Haih. Tak berubah langsung. Ingatkan dah kahwin berubah lah tapi rupanya tak. Hmm. Aku syak lah kan dia jadi macam ni lepas frust tonggeng dengan anne ngasri dulu lah. Hahahahhaha. Tapi seriusly kesian dengan bini dia, bella tu haa. Baru lepas bersalin kot. Dalam pantang baru 20 hari. Hmmm. Aku doakan semoga semuanya baik-baik saja lah untuk diorang. Lagipun nais gila tindakan bella. Dan dia pun tak melatah teruk or bagi komen-komen yang sarkastik macam Afifah dan Anzalna tu haa. Haih.


Eh aku pulak over kan. Bukan apa, aku pantang betul dengar suami yang buat hal ni. Hahahhahahahahhahaa. Bukan lah aku ada pengalaman ke apa, tapi tulah based on people around me, tu yang macam eee geramnyaaaaa aku dengan diorang ni. Okay lah stop pasal diorang. Hahahahaa.


Sebenarnya aku buat post ni sebab aku betul-betul nak tahu. Aku ni noob sikit bab skincare ke makeup ke or whatsoever yang girlie-girlie ni lah. Yelah aku kan ada empat orang adik-beradik je which are aku sulung and aku ada lagi tiga orang adik bawah aku yang kesemuanya lelaki. I repeat LELAKI. Haaa. Mama pun bukan jenis yang bebetul jaga muka, yang jenis cuci muka ada step by step, tak. Not so mama. Sebab tu aku pun biasa-biasa je.


Aku start pakai pencuci muka masa aku form 2. Aku ingat lagi jenama safi timun yang warna hijau tu. Hahahha. Aku beli pun atas suggestion kawan-kawan aku, tak ingat lah pulak siapa. Tapi masatu muka panas pun aku bedal je pakai sampai habis sebab aku ingatkan takda apa. Sampai berapa botol ntah aku pakai, lepastu  tukar dengan pencuci muka shurah kengkonon nak kelainan lah sebab macam takda effect pun pakai safi tu. Lepas tu pakai shurah muka aku merah teruk, mengelupas teruk, rupanya aku pakai scrub muka apricot. Hahahahaa. Dah lah kesan panas-panas muka aku pakai safi tu tak hilang, pakai pulak scrub muka tiga kali sehari, memang mengelupas teruk lah muka. Scrub seminggu sekali dua kali cukup lah kan. Hahahaha.

sumber : Google

Lepas tu aku pun beli lah pencuci muka shurah. Pun takda effect. Aku pakai lah balik safi timun tu. Kejap tukar lah dengan gamat. Tapi tak lama pun sebab aku tak suka bau dia. Banyak pakai yang timun lah. Kepala timun toi. Hmm. Tapi kadang-kadang aku tak pakai langsung sebab aku memang tak reti nak jaga, tak reti nak ambik tahu. Yelah, muka aku ni, bedak pun tak pakai. Paling koman pun bedak tepung, tu pun botol kecik tahan bertahun lamanya. Hahahha. Lepastuu aku dah tak ingat pakai apa, tapi since masuk poli aku ada lah jugak tukar-tukar dengan eversoft lah, alaishah lah, clean & clear lah dan apa ntah lagi. Masa tu muka memang berubah teruk lah. I mean dah naik lah jerawat apa semua. Tapi masa poli aku pakai paling lama jenama alaishah lah sebab aku suka bau dia. Hahahhaaa.


Start aku praktikal, muka aku memang teruk. Hitam teruk. Berjerawat teruk. Semua lah. Tapi zaman aku praktikal jelah yang nak tengok aku kurus sikit dari sebelum-sebelum ni. Hahahhahaa. Body dah kurus, muka tak lawa pulak. Muka dah lawa, body gemuk pulak. Betul lah kan, Allah dah bagi sama rata, sama adil dah kat hamba dia. Tinggal perlu bersyukur je haa. Hahahaha k terbabas sikit.


Kebetulan pulak masatu mama tengah pakai sabun pencuci muka yang kawan dia jual dekat kedah. Bila dia pergi kedah (masa dia sambung study PJJ dekat IPG Darul Aman), dia beli lah kat kawan dia. Memula aku ingat sabun jenama nurAien tapi bukan. Ntah lah taktau jenama apa, packaging pun kosong je memang takda jenama. So masatu lah aku ambik mama punya pakai. Saja nak try sebab masa mama pakai, tak sudah-sudah tanya aku ada pape perubahan tak. Ohh, btw dia pakai sekali dengan pakej cream siang dan malam lah.


Masa aku praktikal tu, mama pergi menunaikan haji. Then bila dia balik tu dia cakap muka aku macam okay sikit, pakai apa mama tanya. Aku pun dengan tak malunya cakap lah kan sabun pencuci muka dia, mujur dia tak marah. Siap suruh ambik lebihan lagi tiga ketul tu. (sabun bulat bahagi enam, so mama dah pakai dua, aku dah pakai satu). Then mama suruh aku try pakai cream siang dan malam dia. Memula aku macam malas lah kan, sebab yelah, aku praktikal kilang kelapa sawit kot, main mesin, main haba, main minyak, (tu yang buat muka aku makin teruk day by day), tapi sebab kan nak putih sikit macam asal kulit punya pasal, aku pun gigih lah sapu cream tu siang dan malam. Hahahahhaaaahaha. Bila tengah hari, mula lah berminyak muka. Hahahaha.


So bila dah dua minggu aku pakai tu nampak lah perubahan dia sikit. Tapi aku ni yelah mana tekad, sabun dah habis pun senyap je. Tapi seriusly sabun tu memang berkesan dengan aku sebab bila aku stop pakai, muka aku naik jerawat sikit-sikit. Walaupun hakikatnya muka aku tak lah sebaik mana, tak lah selicin mana, tapi alhamdulilah muka aku tak lah teruk sangat macam orang lain. Biasa-biasa je haa. Dan sampai ke sekarang lah aku pakai sabun tu. Haa, sabun tu je. Cream aku dah malas nak pakai. Hahahhaa. Disini saya sertakan raut wajah saya yang biasa-biasa bagi saya, luar biasa bagi korang. Hahaahahahahahahaaa.



Ya Allah, berani mati betul aku post muka sendiri kat blog ni. Maafkan saya.


So kat sini aku nak mintak lah pendapat korang, product skincare yang sesuai dengan kulit aku tu. Muka aku dulu berminyak gila, sekarang ni macam dah kurang. And kekadang jadi kering gila. Mengelupas pun ada. Eh aku taktau sangat lah sebenarnya keadaan kulit muka aku ni. Hahahahaa. Yang aku tahu, jangan naik jerawat. Tu je. And kalau korang perasan muka-muka aku ada bintik-bintik hitam tu kan? Cemana nak hilangkan eh? Ada tips tak. Selain penggunaan laser lah. Hahahahaa. Aku taktau apa namanya. Dan kalau perasan lagi, muka aku penuh dengan kesan/bekas jerawat. Sebab aku suka usik jerawat pakai tangan, pakai kuku. Aku suka kupil-kupil benda tu. Dari kecik memang tabiat. Mama pun marah.



So aku harap korang boleh lah share dengan aku tips or product yang sesuai untuk aku. Product untuk beginner pun dah nais dah sebenarnya. I mean yang basic je. Tapi yelah, tu semua perlukan kerajinan dan ketekadan jugak (eh ada ke perkataan "ketekadan"?) untuk dapatkan kulit yang cantik mulus dan gebus. Tak putih takpe dah, janji bersih. Huhuhu.










Till then, Chow
DAA~

You Might Also Like

3 comments

  1. utk yg bintik2 hitam tu anis pun tak tau mcm mana nk hilangkan , tpi kalau parut jerawat sapu bio oil insyaAllah lama2 dia hilang :)

    ReplyDelete
  2. Mai tak pakai skin care apa pun...Cuci muka pun pakai follow me je, hehehehe

    ReplyDelete
  3. wuuu lebel of confident yu macam dah ke langit je ni hikhik.
    anyway pakai jela sabun yg mama punya tu since yang tu paling berkesan ?

    ReplyDelete

thanks for dropping your comment.. =D

Advertisement