Another Two Years

2:16 AM

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
and
Peacee yawww









Seperti sedia maklum, aku sekarang lagi cuti semester. Makanya aku dah habis dua tahun. Yeayyyyy! Lagi dua tahun pulak nak hadap. Maigod cepat sikit habis, nak muntah belajar. Hahahahaa. Bukan apa, bila pikir pasal hutang PTPTN, duit mama baba tanggung lagi, aku macam malu lah. Umur kemain tua tapi mak bapak tanggung lagi. Memang lah orang cakap zaman belajar lah paling best, tapi aku harap aku takda hutang PTPTN, dan aku tak pakai duit mak bapak. Itu baru erti sebenar aku kalau nak kata zaman belajar ni best. Huhuhu.


Dan lagi, aku belajar pun kemain teruk result haa. Aku nak lah jugak merasa dekan ke apa kan, atleast bagi mama baba bangga lah, tapi tulah hahahahhaaa mampu gelak jelah. Haa, kalau aku dah habis belajar, insya allah aku kerja lah kan. Kerja apa tu taktau lah yang pasti halal lah kan takkan aku nak pi jual diri pulekk. Hahahahaa. So bila aku dah kerja, atleast aku boleh cuba belikan apa yang mama baba nak huhu. Yer aku tahu kebahagiaan bukan datang dari wang ringgit, tapi tulah zaman najib ni mana boleh pakai dah ayat tu hahahaha.


So bila pikirkan balik, aku pun tak sangka kejap je dah dua tahun. Dah empat semester rupanya aku kat melaka. Baru rasa macam minggu lepas aku daftar masuk. Hahahaha. Tapi kan, aku akui lah, tak banyak beza pun aku dalam dua tahun ni. Makin gemuk lagi adalah. Mama hari-hari bising tanya bila nak kurus, bila nak kurus. Belum masuk lagi pasal jodoh. Haa tu aku takmau sentuh kahkahkah. Nak dibandingkan dengan zaman poli dulu, aku rasa tempoh dua tahun masa dulu banyak betul yang jadi sekeliling aku, haa ni yang malas nak throwback ni, kang buat sendu leleh shahdu kang, mula lah layan lagu rock kapak. Hahahahaaa.


Haa apa pun, memang beza lah zaman poli dan zaman uni sekarang. Haahahaa. Aku je yang tak reti nak hargai, tak reti nak enjoy moment-moment tu. Kalau lah aku dikurniakan level konfiden yang tinggi, aku rasa aku mampu je archived apa yang aku nak. Tapi sebelum level konfiden aku ni tinggi, aku kena kurus. HAHAHAHHA. Okay gurau tak gurau lah. Salah satu faktor jugak lah self-esteem aku low. Hehehe. Ish apa aku ni, dah sampai mana ni mengarut? Sorry lah, korang boleh je skip entri ni, hahahahahaa.


Back to the real topic, aku sebenarnya nak cerita pasal cemana aku survived sepanjang dua tahun ni, hahahah acah-acah kan, tapi tulah merepek sampai kemana dah, terus lupa niat asal. Aku dah alang-alang sambung taip ni malas dah nak save as draft, kang lagi banyak tertangguh. This post should be done before raya lagi tau. Hahahaha. Tapi tulah post raya come first. It's okay, aku yang buat dia. Huhuhu. But after all, yeah, alhamdulilah I have come this far, so apa salahnya aku sabar lagi dua tahun kan. Walaupun aku tahu, cabaran makin susah like the subject makin hardcore, lecturer yang kau taknak jumpa, tapi kau kena jumpa lagi, and many more but yeah, i will follow the flow. Moga Allah tunjukkan lah jalan hidup aku sebaik-baik mungkin. Setiap yang berlaku ada hikmahya. Aku mampu berdoa dan berusaha sehabis mungkin je untuk hadap semua ni. Yeah!


Fuhh, dah lah. Aku taktau nak taip apa dah. Doakan aku jelah. And aku harap sangat, seriously punya harap, level konfiden aku ni mampu ditingkatkan, Eh, macam tak kena je ayat tu? Hahahaha lantaklah, janji paham lah kan apa yang aku cuba nak sampaikan. Hahahahhaa.







Till then, Chow
DAA~

You Might Also Like

5 comments

  1. kann tak sabar nak habis belajar.. tak lama lagi nak melangkah ke alam pekerjaan pula.. Pejam celik-pejam celik dah nak habis goodluck dear

    ReplyDelete
  2. Enjoy habis2 dunia belajar. Nanti dah kerja, berlainan dah hidupnya :)

    ReplyDelete
  3. Good Luck pretty, Adelia baru je nak masuk degree. Hope everything went well hikss

    ReplyDelete

thanks for dropping your comment.. =D

Advertisement