Manusia Tak Pernah Nak Puas

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahteraa
dan
Peace yawwww =))










Tadi scroll-scroll post lama, kononnya nak edit balik lah kan, nak padam gambar-gambar yang mana patot ke, tapi tidak, melencong ntah kemana. Dapat lah edit satu dua post. Dah tu pulak, blogwalking kejap, sambil baca entri orang, sambil dalam hati berbisik "ish, lawa jugak template blog ni", "eh, kenapa template orang ni macam ni, stail do", dan banyak lagi lah. Haa, aku merasakan template aku perlu di tukar. Kalau ikut template diorang ni, mesti naik aku punya trafik. Tapi telahan ku meleset sama sekali, (ah sudah, kenapa baku sangat ni?), bila memikirkan aku perlu gigih dan berusaha untuk mencari template yang baru, yang lawa dan yang nais. Terus aku batalkan niat suci murni itu. Padahal, template aku yang sekarang ni pun okay je. Simple and nais. Kalau template lawa cemana sekalipun sampai kau sanggup bayar, tapi content kau, isi blog kau tak nais, tak mampu menarik minat pembaca untuk baca blog kau, still tak guna jugak kan??


Tapi itulah orang cakap, manusia dengan sifat kepuasan ni tak pernah cukup. Ada je kepuasan tersendiri masing-masing. Macam-macam benda nak. Tengok orang tu lebih sikit, kau pun nak jugak macam dia. Macam aku tadi, bila aku rasa nak tukar template yang baru, akan rasa puas, rasa cantik setanding dengan blogger-blogger yang lain padahal content blog ntah pape ntah. Hahahahhaa.


Itu baru sikit. Belum lagi contoh lain. Bayangkan orang yang gemuk macam aku ni, nak kurus punya pasal, sanggup makan pil kurus yang bermacam jenis ada kat pasaran sekarang yang taktahu apa kesan panjang di masa hadapan (eh aku tak ambik tau, contoh je). Itu untuk orang gemuk yang macam aku. Kalau yang kurus pun ada jugak tau. Jangan ingat  orang gemuk je yang nak kurus. Orang kurus pun ada jugak yang nak gemuk sampai sanggup makan Appeton Gain Weight tu haa.


Lagi, bila kau single. Bila kau single, tengok member kau yang dah kahwin tu bahagia, yang ada partner tu happy, kau pulak rasa sunyi, rasa lonely gituu. Pastu mula lah nak berpartner, nak kahwin. Tapi bila kau dah couple, nanti rasa terganggu lah, tak cukup dengan sorang lah, rasa terkongkong lah, itulah, inilah. Timbul pulak isu lain. Bergaduh lah, bercerai lah. Hmmm.


Hidup ini bukan sekadar kepuasan je semata-mata tuan-tuan puan-puan sekalian (baca dengan nada Dato' Fadzilah Kamsah). Hidup ini adalah dengan cara menikmati dengan apa yang ada. Bersyukur dengan apa yang ada. Memang normal kita ni penuh dengan sifat ingin tahu, rasa nak perbaiki diri kearah yang lebih baik, tapi sedarkah korang bahawa setiap apa yang kita ada, yang kita miliki itu sudah cukup untuk kita perbaiki diri kita? Jangan tengok atau membandingkan diri kita sendiri dengan orang yang lebih berkemampuan atau lebih baik dari kita. Dengan bersederhana itu lebih bahagia jika kita sentiasa bersyukur dengan apa yang ada di depan mata.


Selain itu, dengan membatas kan kehendak dan keperluan kita, insya allah, dengan nikmat bersyukur tu Allah double kan ganjaran kita. Macam Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

 “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memberikan pernyataan; 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Ku-tambah nikmat-Ku kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih'. (Surah Ibrahim ayat 7).”

Sesungguhnya bersyukur kepada Allah adalah perbuatan wajib ke atas setiap manusia. Oleh itu marilah jadikan sifat syukur ini amalan hidup kita seharian serta basahkan lidah kita dengan memuji kebesaran Allah dengan perbanyakkan menyebut "Alhamdulillah" (Segala puji bagi Allah). Kita tidak akan mampu menghitung nikmat yang Allah beri, syukurilah apa yang kita miliki, syukurilah apa sahaja rezeki daripada Allah S.W.T, samaada sikit atau banyak. Mudah-mudahan Allah menjadikan kita sebagai insan yang pandai bersyukur dan merasa puan dengan apa yang dimiliki. Amin.


Hah, tetibe serius pulak kan. Hahahaa. Entah kenapa tetibe rasa nak sentuh pasal ni. Agaknya sebab aku dah tak tahan dengan trend sekarang kot yang semua benda nak ikut trend. Orang ni nak cantik macam tu, orang ni nak pandai macam ni, nak kerja macam tu, macam-macam lah. Buatkan orang macam aku ni lagi drop confident level dia. Hahahahaa. Chill-chill jelah. Lek lek. Hidup kena enjoy. Tak payah nak ikut orang sangat. Huhuuu. Kita follow the flow.









Till then, Chow
DAA~

You Might Also Like

4 comments

  1. Hihihi mai pun sejenis manusia follow the flow je..Hidup ni banyak suprise rupanya, layankan aje, hihi.

    ReplyDelete
  2. selalu nya kita yg blog template tu,hihi bila tgok org punya cantik,,mcm nak edit balik je blog haha

    ReplyDelete
  3. Aa orang baca blog yg templetenya lawa. Atau ada orang merasa puas hati bila templetenya cantik. Tapi tak kurang jugak orang suka baca blog yg ada pengisian. Itu sekera masing2 kan.

    Tentang tak puas hati memang kerap berlaju kepada semua orang. Tapi janganlah bila tak puas hati timbul kita membantutkan niat untuk mendapatkan benda yg boleh memuaskan hati kita.

    ReplyDelete
  4. Tahap kepuasan manusia memang tak pernah cukup. Ada je nak lebih kan? Hehe.

    Siqah dulu antara orang yang suka tukar template. Sekarang pun baru je tukar template jugak. Dan hope takde dah tukar template dalam tahun ni. Hehe.

    Btw, Jieha, soalan Jieha pasal mana nak download ebooks kat blog Siqah, kalau Jieha nak tahu, boleh email Siqah (siqahiqa@gmail.com) atau DM kat IG, nanti Siqah reply.

    Siqah ada post entri pasal ebooks tapi dah delete atas sebab tertentu :)

    ReplyDelete

thanks for dropping your comment.. =D