Throwback Event

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
and
Peace yawwww









Tetibe terasa nak buat throwback event. Walaupun dah lama, saje lah aku nak throwback. Nak kasi penuh sikit blogpost ni. Kang boring-boring, boleh jugak selongkar post-post dalam ni. Lagipun ada lah jugak ber-update blog aku ni. Hahahaha. Bukan apa, aku teringat ada jugak dua tiga event yang aku join kat UTeM ni. Haa, sape yang kenal aku masa Politeknik dulu, fuhh, punya payah lah aku nak join. Nak tunjuk muka sikit pun takda.



Since aku dah nak masuk semester lima ni, (yeayy, dah tahun tiga), aku rasa macam-macam aktiviti ada setiap semester. I mean, yelah, nama pun Universiti kan, mestilah kena banyak event or aktiviti yang berfaedah untuk para pelajar. Tapi apa yang aku nak cerita kat sini adalah, event dimana setiap semester, at the end of semester akan ada satu aktiviti atau event besar yang di uruskan oleh batch aku sendiri. Yang mana yang terlibat dengan event tu semuanya budak kuliah aku sahaja. Walaupun bukan aku sendri yang handle, bukan aku sendiri yang manage, bukan aku sendiri yang join ahli jawatankuasa, tapi aku bangga lah sebab para lecturer, Dekan fakulti, sanggup beri kepercayaan kepada batch aku untuk handle event besar macam tu yang melibatkan orang luar juga.


Ye, memang bagus untuk para pelajar supaya nanti tak awkward dekat dunia luar. Atleast time kau study, kau dah ada pengalaman nak handle or manage sesebuah event besar. Atleast kau tahu serba sedikit apa yang nak di buat. Hee aku tak join bukan apa, aku ni pemalu sikit. Nak hadap orang ramai tuu emm, memang kena pikir dua tiga kali. Hahahaha. So, here antara event yang ada.



Semester Dua - Skill Gua Pertandingan Kemahiran.

Kita start semester dua jelah ye sebab semester satu semua noob lagi. Aku pun tak kenal orang lagi. Lambat sangat perkenalan nya hahahahaa. Kalau time poli dulu, hujung semester satu dah pi picnic dah dengan budak kelas, budak kelas jelah. Kahkahkah. Oh yeah, skill gua ni kalau korang perasan aku pernah update dalam blog ni. First event lah yang batch aku handle. Korang boleh tekan linkkkkk ni untuk baca sepenuhnya. Kat sini aku tempek gambau instagram jelah eh. Hahahaa.


A post shared by Song Jie Haa (@jieha_nasir) on




Semester Tiga - Pertandingan Prototaip Steam Engine

Untuk semester tiga ni, aku as ajk biashe-biashe je. Hahahahaa. Ajk buat nyemak, tunjuk muka je. Semester ni kitorang kena cipta satu prototaip menggunakan prinsip steam engine. So aku dengan kumpulan aku yang terdiri daripada Paon, Vikesh, Bai'em, Kema dan aku sendiri. Seriously aku taktau nak buat apa masa ni, aku tak paham langsung apa projek tu nak. Hahahaha. Then slow- slow Vikesh eksplen kat aku, pastu aku pulak buat poster, haa paham lah sikit-sikit. Tapi bukan aku lah present. Paon dengan Vikesh je hee. Ohh by the way, project ni under subject Thermodynamic - BETH 2303

A post shared by Song Jie Haa (@jieha_nasir) on




Semester Empat - Pertandingan Rekabentuk Sains Teknologi dan Inovasi (Motorhome/Foodtruck)

Fuhh, dalam banyak semester, kalau korang nak tahu, semester empat lah paling barai. Haa. Tiap-tiap miggu, setiap kali subject Permodelan dan Alisis Computer ni, malam sebelum tu mesti tak tidur langsung. Haa, dalam seminggu tu ada lah dua kali tak tidur langsung. Pecah rekod seminggu lepak rumah orang sampai pagi semata-mata buat Catia ni. Oh yea, subjek ni macam AutoCad lah, cuma kitorang pakai software Catia. Fuhh, renyah betul pakai software Catia ni weh. Seriously. Alaa, cemana eh nak cakap. Haa, software ni lebih kurang macam kau design something macam kereta ke rumah ke apa-apa jelah, tapi bukan atas kertas, ni pakai komputer. Haa, lagi senang lah daripada design atas kertas. Tapi catia ni mencabar betul. Hahaha. Ntah lah, mybe aku sorang je kot yang lemah sikit. Lagipun aku ni susah nak imagine sikit. Macam-macam benda kena buat. Tapi alhamdulilah lah, semua benda setel, daripada design, prototype sampai lah ke report akhir. Lagi satu, kan aku ada mengadu pasal lecturer tu kan, haa, lecturer subject ni lah. Hahahahhahahahahaha kbai.





So itu jelah event yang batch aku handle. Alhamdulilah semua nya berjalan dengan baik dan sempurna. Biasalah kalau yang terkurang sikit tu kan, mana ada yang sempurna kan, tapi yeah, aku consider sempurna lah semua event tuu. Haahahaha. And ni aku nak selit sikit lah, walaupun bukan event yang kitorang handle, tapi ni lah satu-satunya yang melibatkan kelas aku sahaja. Kelas 2/1. Thanks to madam sebab bagi aku dan budak kelas peluang buat persembahan dan sama-sama jayakan pembukaan English Week tu. Semua last minute punya plan. Hahaha. Kira okay lahhh =DD

A post shared by Song Jie Haa (@jieha_nasir) on




Nah aku kasi sikit highlighted performance masa tu. HAHAHAHAHAHA.






Korang jangan gelak. Biasa-biasa je persembahan kitorang hahahhaa tapi nais kan. Madam pun puji je. (yelah madam nak ambik hati je). Hahahahaa. Tapi yeah, dengan event-event ni, aku dapat lah dua tiga jugak sijil cop utem walaupun tak berapa penting sangat tapi nampak sikit aku ADA join aktiviti universiti. Hahahaha. Kalau tak buat macam ni, takda maknanya aku nak join. Kan. So doakan aku agar aku lebih aktif dan produktif untuk join lagi banyak aktiviti-aktiviti yang di anjurkan oleh universiti aku. Hee.









Till then, Chow
DAA~

You Might Also Like

0 comments

thanks for dropping your comment.. =D