Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
and
Peace yawwww
Now we back with the part 2. Yaish, cuti dah nak habis baru aku hadap laptop. Sorry lah gais. Cuti-cuti ni rasa malas betul nak hadap laptop, padahal story berlambak nak share ni. Huhu. So apa-apa pun kita kasi publish dulu story yang dah lama save ni. Hiks. Kang dah basi. Tak syok pulak kann. So, kemana kita tuhari? Oh yeah, sesape yang tak baca lagi part 1, boleh lah ke link ni Weekend Trip in Melaka - Part 1. Okay sambung balik.
Lepas dah balik hotel, mandi, solat apa semua (since aku tak boleh jamak), kitorang sambung perjalanan kitorang menuju ke The Shore Melaka. Tau tak tempat apa tu? Haaaaa, actually The Shore ni besar jugak. Dia banggunan tinggi 43 tingkat. Dalam tu ada macam-macam. Ada hotel, resident, shopping mall, restaurant, toy museum, interactive park dan yang paling best ada Sky Tower Melaka. Macam-macam pakej ada. Korang boleh tekan link ni untuk tahu pakej apa yang ada. Since kitorang ni tak lah berkemampuan sangat, trip pun trip bajet moderate gitu je, kitorang decide nak pergi Sky Tower je. Yang lain tu boleh pergi next time kot. Hahahhaa. Harga masuk sky tower cuma RM25 sahaja. Sangat berbaloi huhuhu.
Satu jelah nak pesan, kalau korang nak masuk sini, make sure cari lif betul-betul nak ke Sky Tower ni sebab apa, sebab kitorang sesat. Hahahahahahha. Yup, kitorang boleh sesat dalam bangunan The Shore tu. Pebendaaaaa ntah. Sebab lif lah, ntah lah kitorang pun tak paham. Yelah, gelojoh pun satu hal, mana tak nya, lif asyik penuh je, kitorang naik lah lif lain. Sudahnya sampai ke tingkat berapa ntah, tingkat resident, jenis nak naik kena ada kad something like that. Kahkahkah.
Tapi takpe, berbaloi dengan sesat tuu sebab bila sampai je kat atas, masya-Allah view dia, lawaaaaa gila. Plus waktu petang cemtu dalam pukul 4 lebih, so dia punya terik tu ssup naik ke atas. Hahahaha. Tak tak. Dia punya terang tu fuhh. Seriously cakap, lawa nak mati kalau nak shoot gambar. Masa kitorang pergi tu, ada jugak pengantin tak silap aku. Kitorang pun apa lagi, dengan menggunakan henfon canggih masing-masing, sempat lah snap dua tiga gambar. Tak. Actually banyak gila. Sampai taknak turun
Satu jelah nak pesan, kalau korang nak masuk sini, make sure cari lif betul-betul nak ke Sky Tower ni sebab apa, sebab kitorang sesat. Hahahahahahha. Yup, kitorang boleh sesat dalam bangunan The Shore tu. Pebendaaaaa ntah. Sebab lif lah, ntah lah kitorang pun tak paham. Yelah, gelojoh pun satu hal, mana tak nya, lif asyik penuh je, kitorang naik lah lif lain. Sudahnya sampai ke tingkat berapa ntah, tingkat resident, jenis nak naik kena ada kad something like that. Kahkahkah.
Tapi takpe, berbaloi dengan sesat tuu sebab bila sampai je kat atas, masya-Allah view dia, lawaaaaa gila. Plus waktu petang cemtu dalam pukul 4 lebih, so dia punya terik tu ssup naik ke atas. Hahahaha. Tak tak. Dia punya terang tu fuhh. Seriously cakap, lawa nak mati kalau nak shoot gambar. Masa kitorang pergi tu, ada jugak pengantin tak silap aku. Kitorang pun apa lagi, dengan menggunakan henfon canggih masing-masing, sempat lah snap dua tiga gambar. Tak. Actually banyak gila. Sampai taknak turun
Ohh yeah,
lupa pulak nak bagitau. Masa memula sampai The Shore tu, korang akan
nampak satu tempat ni, eish aku taktau lah nak panggil apa, dia macam
balcony lah, balcony kaca boleh nampak bawah, nampak jalan. Haa kitorang
eksaited lah ke situ terus masa sampai tu. Nak tangkap gambar, tapi tak
boleh. Kena pakai camera yang diorang sediakan. Pastu kena beli, masa
turun nanti ada. Kitorang tak beli pun, tak berbaloi. Hahahhahaa.
Sudahnya tangkap gambar kat screen je senyap senyap. Perangai kampung datang bandar sangat
kan. Gigih blur-blur pun. Takut kantoi. Hahahhahahahaha.
Then, dah puas tangkap gambar, kitorang pun turun dengan paksa rela sebab banyak lagi tempat kitorang tak jalan. Plan asal, lepas naik the shore ni, ingatkan nak naik bot river cruise, tapi memandangkan view petang dia tak lawau (sebab malam ada lampu), kitorang pun decide naik malam. So, apa kitorang buat petang tu? Kitorang decide nak jalan-jalan ambik angin sekitar sungai tu. Kan femes banyak mural-mural dan lukisan jalanan kat dinding bangunan tu kan, haa alang-alang snap picture satu kali. Huhuhu.
Pastu, dah puas jalan (tak puas pun sebenarnya), kitorang taktau nak buat apa, sebab dah lambat, nak ke A'Famosa malam-malam tak best. Sebab naik boat pun mesti dah lambat kalau nak ke bangunan merah tu, last-last masing-masing decide nak tengok midnight movie. Hahahahaa. Takda kerja kan. So sebelum balik bilik nak solat mandi apa semua, kitorang singgah Dataran Pahlawan nak beli tiket wayang. So lepas naik river cruise terus pi tengok wayang. Hahahahhaha. Kitorang tengok cite apa ntah masatu, lupa pulak.
Dan masing-masing menyesal sebab naik river cruise waktu malam. Eh, ke aku sorang? Hahahhahha. Tak, bukan apa, lawa memang lawa sebab lampu-lampu dia meriah gila. Angin pulak sepoi-sepoi bahasa meniup muka, tapi tulah, tak lawa langsung dalam camera. Hahahahhahahah. Lagipun aku banyak buat video malam tu. Sebab tulah, dah tahu gambar tak lawa. Aku banyak buat story kat instagram (boleh click link follow kalau nak. jieha_nasir . Hiks.) Sorry kalau selfie barai. Memang gelap dan sehabis mungkin aku cerahkan. Hahahahhaa.
Okay bukan itu pengakhiran trip kitorang. Ada lagi. Hahahaha. So lepas tengok wayang, kitorang terus balik bilik sebab dah lewat. Alia kena balik naik bas esoknya. Ohh btw, Alia demam haritu. Kesiaaan gila dia. Nasib baik demam dah nak balik. Kalau tak memang duduk bilik je lah rasanya. Pastu tak padan dengan tengok movie tengah-tengah malam kan. Kahkahkah.
Mesti korang pelik, kitorang ni tak makan ke satu hari? Haaa, makan sebenarnya. Aku lupa nak cerita kat atas tu. Hahahaha. Lunch pun dah lambat sebenarnya. Dalam pukul tiga macam tu. Lepas kitorang solat, sebelum nak ke The Shore, kitorang benti makan dekat kedai Asam Pedas Selera Kampung. Lauk okay lah, memberangsangkan tapi tulah masatu kan dah pukul tiga, lauk banyak dah habis. Kitorang ambik asam pedas, paru sambal dengan air. Total semua agak mengejutkan kami lah masatu sebab macam tak padan dengan lauk yang kitoranga ambik. Dan paling mahal adalah lauk paru sambal weh. Hahahaha. Takpelah, janji kenyang. Huhuhu.
Source : Credit on picture |
So sepanjang trip ni, alhamdulilah takda langsung berbeza pendapat ke apa kan, haa kemain berbeza pendapat. What I mean is, takda sorang pun yang mengada-ngada, nak kena layan karenah itu ini. Hahaha. Semua on je memanjang. Huhuu. And semua benda kitorang share. Makan minum tempat tidur minyak transpot. So aku anggarkan dalam RM250 lah sorang. Sebab kereta Husna sewa dari Nilai je. Tu je.
Seriously wehh aku rindu gila. Masa aku post ni pun, nak edit gambar, aku ralit lagi pi trobek semua. Duk belek-belek gambar. Hahahaa. So kemana kita (Husna Alia) lepas ni gais? Cuma satu je angan-angan kita tak tercapai lagi ni, harap sempat before korang kahwin. Hiks.
Korang and geng dah kemana?
Till the, Chow
DAA~