Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
and
Peacee yaww =))
So tahun ni kita raya a bit different huh. Well, thanks to Covid-19 lah kan punca kita tak raya tahun ni. Actually no, kita raya je macam biasa, cumanya kita raya dalam rumah je. Aimin tanpa perlu keluar balik kampung or aktiviti ziarah-menziarahi disebabkan kita masih dalam fasa CMCO (Conditional Movement Control Order) atau melayu nya PKPB ( Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat). So sebab tu lah kena raya sendiri-sendiri je, kalau yang dengan family tu alhamdulilah lah kan, kalau yang bujang tu allahu kesian sangat. But now alhamdulilah sekarang semua dah boleh balik jumpa parents memasing.
Well, bagi aku tahun ni memang lain sikit lah raya. Sebab raya di Lekir je tanpa balik ke Jelai. Tapi bagi aku lah kan, a bit excited sebenarnya sebab dah tujuh ke lapan tahun kitorang beraya dekat Jelai. Memang lah sedih bila tak dapat berkumpul sama, tapi sekali sekala kan, why not. Hahahhahhaha.
Dan sebenarnya, raya kali ni beza dia just tak dapat kumpul sama je. Tapi feel dia sama je aku rasa. Hahahahhahaha. No actually lagi eksaited kot, terutamanya mama dan baba. Fuhh. Dari awal Ramadhan lagi dah plan memacam. And guess what, hari kedua terakhir puasa, mama dah siap masak segala jenis rendang. Bwahaaaahhahahaa. And guess again, siap beli freezer baru weh semata-mata untuk simpan semua lauk frozen. Oh sebab kitorang memang sanggup habiskan duit kat makanan. (tengoklah anak dia macam mana). Pheww.
And untuk last day puasa, mama masak lauk-lauk jawa (baba jawa ye fyi) untuk kitorang berbuka puasa. Sebab memang tiap-tiap tahun macam tu walaupun raya kat Jelai. Ohh and for ketupat and rendang, selalunya, kitorang buat sendiri. Selalunya ketupat lah, lemang order je senanya. Tapi tahun ni semuaa order je. Satay pun order. Ayam bakar pun order. What else, aku lupa lah. Banyak sangat lauk. bwhahahhhahahaha.
Malam raya tu pulak, lepas dah maghrib berjemaah, kitorang buat sesi video call dengan family Hj Arshad & Fatimah (family baba) guna apps zoom meeting. Wehhh sedih gilaaa do. Tetambah buat yang takde tu kan (Al-fatihah dengan di baca) masing-masing buat ucapan raya sendu gilaa rasa aahhahahahaaha. Lama jugak kitorang ber-video call, sampai pukul 10 jugak lah sebab awal-awal tu kitorang ada buat takbir raya jugak. Then malam raya kitorang berakhir dengan bervideo call dengan family mama pulak. Sorryy, tahun ni takde mercun. Stok tak sampai sebab tengah PKP. Hahahahahhahaha.
Then pepagi raya tu luar biasa jugak, dah lamaa iler aku tak join solat sunat raya. So tahun ni a bit special sebab solat sunat dekat rumah berjemaah. Lepas solat tu, terus siap and shoot gambar raya kat koridor atas. And fyi, tahun ni aku pakai foundation weh pagi raya. Eksaited sebab first time pakai. Mujur tak nampak buruk. HAHAHHHAH
Then of course lah ada sesi salam bermaaf-maafan kan. Hahahahaha. And part paling best adalah, aku dah start bagi duit raya. Haahhahahaahhaa. Sedih campur happy lah perasaan tu. Sedih sebab kena keluar duit, happy sebab kena hulur duit. Paham tak? Alaaaa bebuat paham jelah. hahhahahhaha. So habis je salam terus buat aktiviti memasing, tapi kitorang sentiasa je ada guest yang datang raya pagi raya tu. See, aku rasa macam takde beze pun raya tahun ni. Hahahahahha.
Okay lah sampai sini jelah pasal raya tahun ni. Sebab tahun ni raya sehari je. Eh tak, ada jugak yang sambut raya pada hari yang ke-17. Disebabkan masatu arahan boleh balik kampung dah dibenarkan, so ramai jugak yang buat raya 2.0 hahahhahhhaah. Lagu raya pun pasang di corong radio sampai lah hari terakhir syawal. Selalunya hari ke-15 dah stop lagu raya. So not bad lah raya tahun ni, how is your's??