Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera,
dan
Peace yawwww =))
Hi bertemu kita lagi dalam meng-review movie. Hahahahhaa. Fefeling nak taip something tapi taktau nak taip apa, (actually ada je cuma takde idea), makanya terhasil lah movie review. Hahahaaahahahha. So harini nak review movie sebab aku baru je layan dalam minggu ni. Ntah sebab apa ntah tetibe aku nak tengok movie malam-malam, padahal tengah exausted gila minggu ni sebab TNB punya kerja. Aaaa abaikan. So let's gooooo.
Easy A (2010)
IMDb : 7.0/10
Genre : Comedy, Drama, Romance
Durasi : 1j 32min
Pengarah : Will Gluck
Pelakon : Emma Stone, Penn Badgley, Amanda Bynes and more
Cerita ni mengisahkan tentang Olive Panderghast (Emma Stone) yang mendapati dirinya menjadi mangsa "kilang khabar angin" sekolahnya apabila dia menipu kepada kawan baiknya Rhiannon (Alyson Michalka) tentang pertemuan hujung minggu dengan seorang pelajar tahun pertama kolej. Khabar angin dengan segera merebak tentang pergaulan Olive apabila Marianne (a girl with a devout Christian faith) terdengar perbualan mereka. Akan tetapi Olive ni mula merasakan seronok dengan perhatian itu. Apabila dia bersetuju untuk membantu kawannya yang dibuli dengan berpura-pura tidur dengan dia, imejnya dengat cepat bertukar kepada lebih berahi dan dunianya mula menjadi tidak terkawal. Semasa dia terus membantu lebih ramai rakan kelasnya dan penipuannya terus meningkat, Olive terpaksa mencari jalan untuk menyelamatkan maruahnya dari terus di jaja. Akhirnya, dia membuat satu siaran langsung untuk menerangkan perkara sebenar. *Source : WIKIPEDIA
Cerita ni bagi aku best lah. Light, funny, romance, and character Olive tu tersangat lah sassy, classy kind heart and smart. Sukaa gilaa character Emma Stone dalam cerita ni. Dia tolong orang sampai diri dia terjerat. Hahahahaha. No, bukan suka sebab diri dia terjerat tu, tapi tulah tuu, jangan baik sangat dengan orang sampai dipergunakan macam lecturer and pakwe Marianne tu. Tapi tulah, since dia kena gosip, dia jadi savage gila. And dia pandai guna peluang tu untuk dapatkan duit tapi mostly voucher and kupon je rasanya yang orang offer. ahhahaaha/
And part iconic bagi aku dalam cerita ni adalah part Olive habiskan masa weekend dia. Instead dating someone younger and lost her virginity, dia habiskan masa weekend dia yang sebenar dengan kad lagu yang nenek dia bagi. Hahahahahahahahahahahahaaha. Sampaikan lagu tu stuck dalam kepala aku dua hari. Korang boleh click SINI untuk join sekali. And yeah, for the last scene also. Sebab Todd datang rumah Olive naik kereta mesin rumput macam Patrick Dempsey dalam film Can't Buy Me Love (1987). Lepastu pulak dengan background song Don't You by Simple Minds macam dalam filem The Breakfast Club (1985). Kalau korang tak tengok lagi dua cerita ni, baik pergi tengok. Best gila for an old movie bwhahahha tapi selalu old movie ni memang ada value dia tersendiri. Heh.
Cumanya, dalam cerita ni aku tak suka dengan Todd. Bwahahaaha. Tapi overall okay lah. Plot pun nais. Yang mana tak tengok lagi boleh tengok lah. Tak nyesal. Korang akan fall in love with Olive. Eh.
Jieha bagi rating : 7/10
Till then, Chow
DAA~