Book Review - Bercakap Dengan Jun Edisi Kombo by Hasrul Ridzuan
- 6:00 AM
- By jieha nasir
- 0 Comments
Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
and
Peace yaww =))
Hai bertemu lagi dalam segmen meng-review. Kali ni jieha nak review satu buku karya Hasrul Ridzuan. Atau nama gelaran dia Mat Gorn. Mat Gorn ni asal dia aku follow tweet sebab movie je. Lepas dia ada buat group whatsap berkaitan movie/series yang best best. Tapi malangnya aku kena kick hahahahahaa aku pun lupa sebab apa kena kick. Then dari situ baru aku tau ohh rupanya dia penulis novel jugak aahahhahahaa. Btw, ni buku pertama dia yang aku ada. Ntah nape tak pernah try pun nak beli buku dia padahal tahu je orang review semua cakap best. Nak nak buku Budak Hostel Otaknya Sewel. Orang kata buku tu kelakar gila. Comedy kuat. Ntah lah. hahahahahahahah. Yang ni aku beli pun sebab ada dekat shoppee. Ingatkan dapat yang sign HR punya version, rupanya aku terbeli awal. Hikss.
Buku ni sebenarnya buku keluaran Mat Gorn tahun ni. Dikeluarkan sempena pesta buku bulan 4 haritu kalau tak salah aku lah. Kenapa edisi kombo? Sebenarnya buku kalini diterbitkan sekali dengan sekuelnya iaitu Bercakap Dengan Jun 2. Dua buah cerita dalam satu buku. That is why called Edisi Kombo. Aku pun taktau lah apa perbezaan nya Bercakap Dengan Jun (BDJ) yang lama dengan Bercakap Dengan Jun edisi kombo ni. Tapi since dekat sinopsis belakang buku dah diberitahu yang teks BDJ 1 telah diubah suai, mungkin dari segi bahasa dan cara kot telah diolah semula oleh penulis. Aku taktau hahahaha sebab tak pernah baca edisi lama. Tapi don't worry, aku tak rasa jalan cerita dia ada perubahn.
Ulasan dan pandangan
Untuk buku BDJ 1, aku rasa penulisan dan jalan cerita dia macam lembab sikit. Sebab yelah, aku ambik masa seminggu nak habiskan buku 1 ni. Cerita BDJ ni sebenarnya mengenai Jun, watak pencerita itu sendiri menceritakan tentang hidupnya. Kalau baca buku ni, rasa macam tengah baca diari Jun ye. hahahahahahaha. Aku ingatkan banyak lah part komedi dalam ni tapi tak ye, yanga banyak main emosi je. Ohh cerita ni sebenarnya pasal Jun, penyeluk saku dekat KL, tetibe jadi bapak dalam sekelip mata. So since dia dah ada Ranum, hidup dia dah berubah 180 darjah.
Memang best untuk korang yang suka kan penceritaan yang santai dan rilek. Buku satu ni banyak main emosi sebenarnya. Korang akan rasa watak Jun ni realistik gila untuk orang yang berada dalam kesusahan. Ohh and tak lupa jugak dia ada bela anjing yang diberi nama Saigon. Waktu baca, aku memang tak pikir dah anjing tu haram dibela ke tak ahahhahahahaha.
And aku suka semua watak. Terutamanya watak Lily. Watak Lily yang aku rasakan aku pun akan jadi macam dia kalau aku jumpa Jun ni. Aku suka orang yang hidupnya berlatar belakang kan something yang kita tak expect pun dia macam tu. Macam Jun, dia tinggal di kawasan macam Cekur Manis tu, daripada seorang penyeluk saku berubah jadi seorang bapa penyayang. Kita tak boleh nak baca hidup seseorang tu. That is why be kind and be good to semuaa tak kira bangsa dan agama.
Overall buku ni best. Ending dia kalau takde sekuel memang akan buat kita benci penulis. Pengakhiran untuk Jun tak sepatutnya begitu. Tapi siapalah kita kan nak menidakkan idea penulis, in realiti pun rasanya ada je yang macam tu. Hahahahahahahahaha. Btw, ending dia macam ada plot twist tapi aku masih tak dapat tangkap. Dapat tau bila baca buku 2.
Rating buku 1 : 4/5
Untuk buku 2 pulak, aku rasa jalan cerita dia laju dan banyak jugak aksi. Dia macam mindblown sikit dengan watak Jun ni. Hahahahahhaaha. Buku 2 ni pulak mengisahkan Jun dan Ranum yang dah menginjak dewasa. Since Jun ni merupakan bekas banduan, korang bayangkan lah dia punya kesusahan hidup buku 2 ni macam mana pulak hahahahahaa. Semua melibatkan aksi. Dan sama seperti buku 1, aku tak expect langsung Jun ni. Macam dia dengan Vicky. Macam dia dengan Akhbar. Serius. Semua sebab satu, Ranum.
Dan dalam buku 2 ni jugak banyak jugak watak baru dan pelbagai watak. Watak kawan-kawan Jun dalam penjara, watak kawan-kawan Jun dekat tempat kerja, so watak tu makin ramai. And ohh ye, aku geram gila ye dengan Naurah. Haishh, hampir termenitik ye bila dapat tau tu hahahaahahhaahhaha. And Lily, aku taktau lah kenape aku suka watak dia. Walaupun tak banyak sangat dalam buku 2, tapi dia merupakan watak yang penting jugak untuk pengakhiran cerita. And aku rasa watak paling win is Lang Mudoq. haahahhahahahahaha nakhareyyy dia tuu hahahahahahaha
Buku 2 ni pun sama, pengakhiran dia ko dah boleh agak macam mana dengan ada sikit twist sikit. Hahahahahhaha. Aku rasa penulis nak pembaca imagine sendiri ending buku ni dengan hint yang ada. Ntah lah. Bagi aku, aku rasa macam tu lah. HAhahahahahhaa. Overall memang best. Korang kena baca dedua buku.
Rating buku 2 : 4/5
So sampai sini sajalah penulisan kalini. Aku rasa ni pertama kali aku review buku hahahahahahaah. Mana tak nya, kena quarantine ni tak pasal habis satu buku. Ohh lagi satu sebab tetibe line teruk ye area kawasan rumah ni. Tahik betul. Dah beberapa hari dah macam tu. Tu yang boleh habis satu buku, dan update satu blog. HAHAHAHHHHAA. okay lah bai. Akhir kata, korang patot beli buku ni. Baiiiiiiiiiiii
Till then, Choww
DAA~~
0 comments
thanks for dropping your comment.. =D