Genre : Action, Comedy, Crime
Durasi : 2 jam 10 minit
Pengarah : Wei-Hao Cheng
Haiiii, kalini kita meng-reviu satu movie dari china, eh taiwan yang aku memang tak expect pape bilaa tengok cerite ni. Cerita ni keluar kat netflix, kebetulan pulak aku takda cerita apa nak tengok, aku pun click lah cerita ni since cover dia masatu menarik minat untuk aku tonton. HAAHAHAHAHHAHA *ytjt. Lagipun hero dia sumpah comel teruk. Dah jadi fan ye terus follow intsta. hahahahhaa. And turn out cerite ni best gila ye. Penuh dengan kelakar, happy, sedih, even plot twist. Dari plot twist kecil ke besar ye. Memang unexpected. hahahaahhahahahaha.
Marry My Dead Body ni sebenarnya mengisahkan seorang anggota polis yang homofobic, Wu Ming Han (Greg Han Hsu) yang secara tak sengaja terkutip satu sampul merah semasa dia mencari bukti untuk kes pelanggaran kereta sebelum itu. Dan ternyata, sampul merah tu merupakan cara traditional untuk memilih sesorang untuk berkahwin dengan orang yang dah mati iaitu Mao Mao (Austin Lin) yang mati akibat kemalangan. Nenek Mao Mao menggunakan pekahwinan hantu ini kerana berasa kesian terhadap cucu nya. Makanya terjadilah perkahwinan antara Ming Han dan Mao Mao.
Betul tak ikhlas aku buat sinopsis. Hahahahaahah tapi tulah, begitulah serba ringkas sinopsis untuk cerita ni. Actually, selepas ritual perkahwinan diorang ni lah banyak scene-scene yang best. Hahahahahaha. Banyak scene yang kelakar bagi aku. Antara scene yang kelakar, malam selepas Mao Mao munculkan diri tu. Dia rasuk Minghan lepas membe ni mandi. Pastu terus merayau kat kawasan rumah dia dalam keadaan bogel. Hahahhhaha. Yang lagi kelakar nya bila Ming Han ni homofobic. Bila dia dapat tau Mao Mao ni gay dia lagi lah benci. Hhahahhahaa.
Walaupun cerite ni ada element LGBT sikit, tapi tu bukan lah fokus utama cerita ni. Sebab kita tahu Taiwan merupakan negara Asia yang memberi kebenaran dan kebebasan untuk perkahwinan sesama jantina, tapi cerita ni lebih fokus untuk perasaan menyayangi dan disayangi. Seperti contoh, hubungan bapa dan anak, hubungan kawan; homofobic dan gay, dan lain lain.
Banyak scene yang aku suka dalam cerita ni antaranya sewaktu Mao Mao dah ucap selamat tinggal pada Minghan, beriye aku sedih padahal sebenarnya Mao Mao nak pergi intip bos Minghan je. Hahhahahahahahaa. Pastu ada satu part tu, sebelum tu ada satu scene Minghan duduk depan komputer tengok porn, lepastu bila nak ending ada jugak scene Minghan duduk depan komputer, ingatkan tengah tengok porn jugak, rupanya tengah video call dengan nenek dan ayah Mao Mao. Eh banyak sebenarnya scene yang kelakar dan twist. Korang kena tengok sendiri lah. Hahahahahaahahhahaaha.
Overall sumpah puas hati. Aku pun pikir dua tiga kali jugak nak review cerita ni tapi sebabkan best dan tak rugi tengok, cerita ni memang layak di review. Tibeee. ahahhahaha sumpah best korang kena tengok weh. Korang kena tengok santai santai je jangan expect tinggi sangat tapi serious cakap cerita ni memang unexpected. Eh jap cerita dia boleh expect je plot nya, tapi ada sikit twist. So aku recommend sangat tengok lah cerita ni. Hahahaahahahaha. Okay baii.
Jieha bagi rating - 10/10
Till then, Chow
Daa~
1 comments
Malangnya saya tak minat citer China
ReplyDeletethanks for dropping your comment.. =D