Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
and
Peace yawwww
Fuhh, kemain aku update blog. Exam tak start pun lagi jieha, engko dah start plan apa nak dibuat semester break nanti eh? Hahahaa. Bukan apa, nama pun plan kan? Kena lah plan dari awal apa nak dibuat masa cuti nanti. Hee. Lagipun mood nak study tak jumpa-jumpa. Alang-alang wifi kolej tengah laju, kita update blog lah mampu. Nak tengok youtube pun dah jemu. Eh, pantun tiga kerat lah. Hahahah. Lagipun semester break kali ni tak lama, lebih kurang lima minggu je rasanya. So better I buat a list-to-do sepanjang semester break nanti.
Well, even tak lama mana cuti tuu, tapi I will make sure cuti kali ni betul-betul berfaedah. Betul-betul diisi dengan agenda-agenda, aktiviti-aktiviti yang sihat lagi padat. Hahahahaha. Macam tak kena je ayat. Tulah dulu SPM dapat B dalam subjek Bahasa Melayu. Kesian cikgu Josh Halimaton Zaharah penat-penat ajar komsas. Tapi takpe, janji maksud yang cuba nak disampaikan tu dapat difahami oleh semua pembaca ( cewaaah, macam ada pembaca sangat ahhahaha ).
Dan aku harap aku takda lah mensia-siakan cuti kali ni macam cuti sebelum-sebelum ni. Well, "mereput" dengan student macam tak dapat nak dipisahkan. Bila cuti, mereput. Bila tak cuti, nak cuti. Dah cuti, mereput lagi. Macam tu jelah cycle hidup seorang pelajar. Hahaha. And by that, I have lots of plans for this semester break, and tak sabar nak share dengan you guys. Yay!!
Watch Korean Drama
Well, what else could it be? Hahahaha. Nak final ni pun aku dah tak tahan nak tunggu Goblin sampai habis. Come on. It's Gong Yoo kot. Sumpah weh Gong Yoo has stolen my freaking heart. Hahahahaa. But after I watch Goblin, can I change my freaking heart to Dong Wook? Hahaha Maigodd!! Dia punya lakonan, reaksi muka untuk watak Grim Reaper tu is sooooo damnnn fucking cute! I kenod lah huuuhuhu. Okay cerita pasal dorang memang tak habis tiga keturunan. So, bukan Goblin je yang aku tunggu, some other dramas also buat aku nak tengok tapi aku sanggup tahan lagi. Tapi antaranya ada yang baru keluar so berkemungkinan tak dapat tengok habis lah time cuti nanti. Antaranya:
- Weightlifting Fairy Kim Bok Joo
- Hwarang
- Jealousy Incarnate
- Please Comeback Mister
- Let's Fight Ghost
Reading Books/Novel
And of course, ni antara aktiviti yang takkan aku tinggalkan. Sebab apa? Sebab buku-buku yang aku beli masa PBAKL 2014 still tak terusik. Banyak pulak tu. Novel pun ada dua tiga buah aku tak sentuh lagi since zaman diploma lagi. Hahahaha. Bad isn't it? Bukan apa, aku tengah cari masa yang sesuai je nak baca semua buku-buku tu. Sebab bila dah start baca, memang non-stop dah. Then kerja rumah pun tak buat. Then kena marah dengan mama. So I think it's the right time to read those book this semester break. Hohoo.
Room Makeover
If you guys noticed, I think I've mentioned it on this post on how I want my room to be like. So I think it is a perfect time for me to decorate the room that I want to be. But, tak semestinya lah aku makeover sepenuhnya. Maybe part tema bilik tu aku hold dulu kot. Takda duit lah nak beli cat semua bagai. Hahahaa. But if untuk interior design, tak pun dia punya hiasan bilik tu maybe boleh sebab baru-baru ni aku jumpa salah satu barang yang dah lama aku cari. Maigod! Tak sabarnya nak start hias bilik sendiri. Nanti dah siap I buat room tour post okay. Hahahaha.
Blogging
Frankly speaking, eh, ke frankly typing? Ahh, lantak lah mana satu, blogging ni aku tak boleh nak taruk kepercayaan sangat. Sebab blogging ni bukanlah priority aku tetapi aku suka jugak dengan writing. Well, even though I'm not good at writing, but yeah, aku cuba lah jugak nak menulis sebab kadang-kadang dengan menulis je aku dapat express kan apa yang nak aku sampaikan. Aku memang teruk dengan luahan. Hahaaha. Like kalau orang lain mintak aku ajar subjek yang diorang tak paham, aku nak explain tu kemain teruk lagi. Memang failed lah senang cerita. Hahaha. So, kalau ada idea, aku blogging lah waktu cuti. Hee.
Of course bukan tu je plans aku masa cuti nanti. Nak list kan semua panjang pulak post ni nanti. Dah lah aku yang tulis sendiri, baca sendiri. Hahaha.So aku harap aku tak mensia-sia kan lah cuti kali ni. And aku harap jugak semoga you guys have a wonderful holiday and have fun.
Till then, Chow
DAA~