Final Exam Syndrome

4:09 AM

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
and
Peacee yawww






Hai. Tak sangka lagi beberapa hari je 2016 dah nak melabuhkan tirai. Kejap je masa berlalu kan. Emm, and tak sangka jugak lagi beberapa hari lagi aku nak hadap peperiksaan akhir. Yup! Final exam wehh. Hahahahha. And guess what? Aku boleh lagi hadap blog ni tanpa lakukan sebarang ulang kaji. So nice jieha so nice.


Ohhh, kalau korang nak tahu, semua IPTA/IPTS akan ada masa satu minggu free dimana dalam seminggu tuu kelas takda dan dalam masa seminggu tu jugak semua assingment kena submit sebelum start final exam. Mostly student and lecturer panggil "study week". Yeah obviously "study week" ni lah masanya untuk korang study, buat revision atau seumpamanya sebelum korang masuk dewan jawab examination.


Well, not for me. Hahahaha. Memang bukan aku. Yeaah, mungkin kalau untuk orang lain diorang akan gunakan masa tu sebaik-baiknya. Tapi aku tak. Aku tak boleh study awal-awal. Aku cepat lupa. (yeah, i know cara i salah) Nak buat cemana kan, hee. Aku tiap-tiap semester, time study week tuu aku akan balik rumah (balik perak) tanpa bawak sebarang buku atau file. Dari zaman diploma sampai lah ke degree ni. Hahahaa. Sebab aku tau aku memang takkan study/revision pun kalau aku dekat perak. Memang rilek punya orang. Hahahahah.


Aku taktau lah benda ni jadi kat aku sorang je ke atau pun dekat korang jugak, and taktaulah benda ni normal atau tak. Tapi ini antaranya yang selalu aku buat bila final exam around the corner. Cewaahh.


Movies and TV

Since aku duk kolej kediaman, TV tuu memang takdalah dalam kamus hidup. Tapi kalau movies tu masha allah, tak boleh nak cakap. Takdak student yang mampu survive tanpa movies. Paling kurang pun empat hingga lima movies mesti ada. I mean mesti ada student yang akan layan. Takkan 24jam hadap buku kan? Time study week ni lah semua movies aku nak layan. Tu belum lagi masuk K-drama. Maigodd! Sekali aku dah terjebak, susah weh nak move on. Macam sekarang, tak tahan punya pasal, sanggup tunggu tiap-tiap minggu cerita K-drama terbaru, Goblin : The Lonely and Great God. Best wehhh. Seriously really recommended. You guys should go watch it. Really worth it. Tapi baru episode 8 lah ada =D



Internet

Ni musuh pertama wehh. Time nak final ni lah kemain laju wifi kolej weh. Tengok youtube takda buffering langsung. Then mula lah nak download macam-macam. Download movies/K-drama pastu layan tiga hari tiga malam berturut-turut non-stop. Maigod! Why wifi why? Lepastu hadap blog, buat blogwalking semua. Urghhh.



Kawan-kawan

Ni pun satu hal. Dapat nya engkau kawan-kawan yang tak guna sama spesis dengan kau, hancurlah hidup kau sebelum nak final ni weh. Hahaha. Patotnya engkau kena lah cari kengkawan yang boleh tolong kau sebelum nak final exam ni, yang boleh tolong kau ajar subjek-subjek yang kau tak paham, yang boleh ajak shetadi sama-sama, tapi tak weh. Jangan harap sebab nya perangai kau pun tak semenggah mana nak dapatkan kawan yang macam tu. Hahahhahaa. Makanya berpeleseran lah engkau lepak tanpa sedar yang kau ni ada final exam. Eh, sebenarnya aku, bukan engkau.



Phone

This is the biggest distraction untuk aku rasanya. Mana tak nya, dah kalau 24jam melekat je phone tu dengan kau, habis semua benda leka weh. Nak lagi complete kau punya distraction ni, phone kau tu lengkap ada internet dan movies yang boleh kau download. There you go. 24jam dengan phone. Aku pernah tau, aku just skip nak solat and pergi bilik air je. Hahahahhaa.



Nih baru a few je, banyak lagi yang aku tak mention like engko tetibe nak baca novel yang dah lama engko beli, or tak pun engko tenung dinding kosong tu lelama. Haa, tapi yelah malas pulak list, kang panjang-panjang entri ni sape je yang nak baca? Ahahahhaa.


So aku harap bukan aku sorang lah macam ni. Normal kan student macam aku ni? Hahahaha. Ke korang ada syndrome yang lagi teruk dari aku? Share lah mana tahu aku pun ada terbuat juga, hee.








Till then, Chow
DAA~

You Might Also Like

3 comments

  1. good luck dear :D
    GA best sedang berlangsung, banyak hadiah
    Jemput join ya kalau ada masa, tamat 31/12/2016
    http://mellyacrayola.blogspot.com/2016/12/end-year-mini-giveaway-by-mellya-friends.html

    ReplyDelete
  2. I bet semua student mcm tu. Cuma beza cara je hee

    ReplyDelete

thanks for dropping your comment.. =D

Advertisement