Yeayyy! I Got My Lesen

10:25 AM

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
dan
Peacee yaww




Well, this post maybe took three to four or maybe five months to publish. Or maybe a year? Hahahahahahaa. So, start tulis untuk post ni 8 August 2017. Kita tengok bila post ni di-publish. Hahahaha.


Okay, aku sekarang tengah ambil lesen memandu untuk kereta. Yup. For D class. Setelah berapa lama orang duk suruh aku ambil lesen, finally, pada tarikh 2 July 2017, aku pi dengar ceramah satu hari. Kahkahkah. Oh ya, aku ambil lesen kereta je sebab lesen motor aku dah ada. Aku ambil lepas SPM tak silap aku. Ke masa tingkatan lima eh? Hmm rasanya tingkatan lima sebab aku pegi rumah dila, rumah fathin naik motor dah mastu. Siap lepak kat lumut berempat makan ABC. Haa, kk aku ingat dah. Tingkatan lima aku ambil lesen motor.


So bayangkan dah berapa tahun aku tinggalkan dunia perlesenan ni. Hahahhaaa. Over. Yelah, semua orang ambil lesen kereta lepas SPM. Husna, Fathin, Alia, Ain, Dila, semua lepas SPM. Aku je tak. Sebab apa aku tak ambil awal-awal? Eishh, aku bukan takut bawak kereta, cuma aku tunggu kancil tu jadi BMW je baru aku pegi test. Hahahaha. Yer, sebab aku takut aku tak selesa nak drive. Hmm.


Tak, bukan nak berlagak, tapi paham-paham lah kan bila aku naik kancil ke, wira ke, lemas kan, rasa macam sesak. Tak bukan sebab kancil tu kecil, tak. Tapi sebab, hmm, paham-paham lah. Malas nak cakap. Hahahahaa. Okay abaikan lah. Yang penting walaupun kancil tak naik taraf jadi BMW, jadi Axia pun dah nais dah. Tapi tulah, Axia masa test je. Masa training ni still kena bawak kancil jugak. Dah lah nak pusing streng macam nak mati. Mapuh lahhh.


Well, nak tahu markah ujian komputer aku berapa? Markah lulus 50 kan? Haa, tu lah markah aku. Hahahhahahahaa. Pemandu berhemah syal aku ni. Tapi tulah, bukan nak riak lah kan, aku bagitahu family, bapak aku boleh cakap, "jangan teori je boleh, nanti time praktikal hauk". Well, tu concern aku yang sebenarnya sekarang ni. Pagi nanti (which is 9 August), aku dah kena buat amali dan latihan memandu. Aku risau gila ni. Kang ada yang terbabas ke border jalan kang. Hmm.


Aku bukan apa, lepas seminggu ujian berkomputer tuu, aku patot dah boleh start amali dah. Tapi aku tangguh tiga minggu sebab aku takut. Aku tak pernah bawak langsung (aik, tadi cakap tak takut). Ye, aku takut. Bukan takut as in trauma pernah eksiden ke apa ke, ntah lah, it just aku taknak bawak kereta. Hahahaha. Sebab leceh sangat lah. Aku ni kan jenis cepat give up pulak tuu. Ohh by the way, aku ambil lesen manual. Ye auto lagi senang tapi hmm manual boleh bawak dua-dua, (walaupun aku tau at the end aku mesti bawak auto je. Hmm).


So, first time aku prektis bawak kereta manual. Not bad. Hahahahaa. Aku kesian dengan cikgu tu je haa. Penat nak ajau. Kiri kanan pun aku confius lagi weh. Haih. So mula-mula okay lah, tang bukit pun takda mati enjin banyak kali. Cuma masalah aku sekarang nak handle steering tu haa. Aku taktau macam mana nak tau steering aku tu kiri ke, kanan ke, straight ke. Haa, cemana eh? Ada tips tak? Eh, aku post entri ni maybe aku dah lulus dah. Kahkahkah.


Pastu seminggu kemudian, aku pi try pulak drive atas jalan raya. Fuhh. Ketor beb. Lori belambak gila syal. Hahahhaa. Nak tukar lane kiri kanan pun neves haa. Okay lah, cuma banyak remmm. Eh, rem ke? Lebih kurang lah. Bunyi bila kau tak angkat kaki kat clutch tapi kau tekan minyak. Haa, satu lagi steering. Hahahhaahahaaa. Sebab time nak tukar gear, aku tengok gear, bukan jalan, so kemana mana dah aku punya steering tu. Lagi satu sebab aku buat keras kot.


So, setelah dua minggu latihan, aku pun buat lah test JPJ pada 30 August 2017, hari rabu. Allahuuu, dia punya ketor tu, dia punya neves tu dah macam nak pi perang je haa. No giliran pulak no 14, lagi ketor. Tapi act no 14 tu not bad sebenarnya. Tak awal sangat tak lambat sangat. Kebetulan pulak adik aku si muhsin tu no 15. So okaylahh. hahhahahaa.


Nak dijadikan cerita, sampai je turn aku, aku terus masuk kereta. Aku terus biasakan kaki dgn clucth, terus drive. Ini masa nak buat litar. Aku nak buat tang bukit tuu. So sampai je aku kat bukit, terus JPJ tu cakap dekat aku, "haa dik, adik gagal ye sebab tali pinggang tak pakai. Adik boleh tinggalkan kereta kat sini." . Yaa Allah, masa aku dengar tu, aku terus mencarut. Taktau lah dia dengar ke tak. Maka keluar lah aku dari kereta tersebut dengan beg aku. Dah macam keluar akademi fantasia dah. Hahahahaha. Pastu jalan raya. So, masa jalan raya tu, ntah macam mana, tak pernah lagi enjin mati kat trafic light tu, tetibe hari test, tiga kali berturut-turut mati enjin. Ya tohannnnn, sedih dia hanya tuhan je yang tahu. Terus JPJ tu yang bawak balik kereta.


Antara jalan raya dengan litar, aku paling risau dengan jalan raya sebab aku tahu tak reti nak balance kan lagi kaki kat pedal minyak dengan pedal cluthc. Kalau litar, dia macam dah okay, tapi ikut nasib. Kalau tetibe buat hal kat bukit, habis lah. Hahaahhaaa. So, disebabkan aku gagal kedua-dua bahagian, terpaksa lah aku jadi calon baru lagi. Hahahahaa.


And alhamdulilah, test JPJ aku rabu baru ni, 6 September, aku lulus dua-dua bahagian. Hahahahhaa. JPJ pun banyak tolong aku senanya. Sebab aku nak balik U dah kan. Hahahahaa. Yang takleh bla nya, JPJ bukit orang yang sama. Masa aku naik bukit tu je, terus dia tegur aku "eh, adik dah lulus kan, kakaknya bila pulak nak lulus?". Allahhuuu, dah lah masa tu kat bukit, kalau aku tak lepas, memang aku salahkan dia hahahaaa. And rupanya, agent aku cerita, dia memang ingat aku lah sebab aku sorang je yang failed tak pakai seat belt. Hahahhahaha. Yeayy! Lega dah boleh balik Uni dengan tenang. Takyah pikir pasal lesen dah. Thanks lah kat agent aku, cik su dan cik halim tabah ajar aku nak drive cemana. and tak lupa jugak kengkawan baru, Pika, Mira, Zaty, Ain, Ustad, Duan, terus-terusan bagi kata semangat kat each other. Hahahaha.

Zaty dan Mira je sempat swafoto sesama =D





Itulah dia pengalaman sepanjang aku ambik lesen kereta ni. Macam macam lagi jadi, tapi aku rasa ni pun dah cukup panjang post aku. Hahahaha. Emm, malas betul nak pack barang nak balik Melaka esok. Tak sangka dah habis cuti tiga bulan aku. Hahahahaaa. So aku dah ada lesen, korang dah ada lesen kereta belum? Hahahhaaa.








Till then, Chow
DAA~

You Might Also Like

4 comments

thanks for dropping your comment.. =D

Advertisement