Resepi Chicken ButterMilk

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
dan
Peacee yaww






Tuhari aku tinggal berdua dengan mokdod di rumah. Parents aku takda, pergi Kelantan/Terengganu bercuti dengan kawan-kawan. Bukan sebab bercuti lah to be exact, cuti tu sambil-sambil je, diorang ada buat majlis perpisahan sebenarnya. Kemain jauhh kan buat kat pantai timur. Hahahaha. Haa, Ocen balik rumah jugak tapi harituu dia takda, pi catering. So tinggal lah berdua aku dan mokdod.


Kebetulan pulak mood aku tengah rajin nak masak. Hewhewhew. So malam sebelumnya aku tanya mokdod, esok tengah hari nak makan apa. Dia jawab "masak jelah papae". Tapi lepastu terus cakap masak ayam butter milk ni. Aku pun macam haa okay lah aku pun teringin jugak nak rasa macam mana pergi kalau aku masak. Hahahahhaaa.


Esoknya aku tanya wanny resepi buttermilk ni sebab masa sem tiga ke sem empat ntah, dia ada masakkan untuk kitorang. Tapi malangnyaa wanny lambat reply aku, maka nya aku pun google lah. Aku tahu dah resepi nya, ingat sikit-sikit lah macam mana wanny buat dulu, cuma aku nak kan kepastian jelah semua resepi tu. So bila aku google, aku jumpa blog yuyu zulaikha. Aku takdalah ikut sebijik macam apa dia buat, sebab macam aku cakap, cuma nak kepastian bahan-bahan masakan tu je. Hahahahaa. Eh, btw aku tak letak cheese sebab takdak. Haa jom lah start memasak. Huhuhuhu. Ohh yeah before that, ni haa Link Resepi dari Yuyu Zulaikha. Kalau ikut resepi aku buat ni memang tahap malas punya orang. Paling simple tapi nice ah, yang penting rasa dia punya buttermilk tu je haa adaa hahhahahaaa.


Bahan-Bahan

Chicken

Ayam potong kekecik ikut selera tekak.
1 cawan tepung gandum
1 sb serbuk kari
secubit garam dan lada hitam

Buttermilk

2 biji cili belah tengah (ikut pedas masing2)
4 ulas bawang putih (potong halus)
2 tangkai daun kari
1/3 buttercup
1/2 bawang holland (dihiris)
1/2 tin susu cair
Garam dan lada secukup rasa


Cara-caranya

1. Mula-mula potong lah ayam tuu ikut macam mana korang nak. Nak potong dadu ke potong segi tiga ke bulat ke tak kisah lah janji terus ngap masuk mulut je. 

2. Lepastu, buh tepung, serbuk kari, garam dan lada sikit.Haa gaul-gaul sampai rata.

3. Pastu goreng ayam tu. Ikut lah nak goreng separuh masak ke fully masak ke. Kalau aku ni separuh masak je sebab nanti kang goreng lama-lama jadi liat pulak. Pastu dah angkat tepi sat.

4. Pastu cairkan buttercup dulu. Api jangan kuat sangat. Slow-slow je.

5. Pastu dah cair, masukkan bawang puith, bawang holland, daun kari dan cili tadi. Tumis lah sampai agak-agak bawang hollang tadi layuu kekuningan. Memang tak nampak sangat sebab butter tu dah kuning macam otak korang. Hahahahaa.

6. Pastuuuu dah layu tu, masukkan susu cair. Kacau sikit sampai mendidih.

7. Pastu masukkan ayam yang dah kita goreng tadi. Kacau dan biar seminit dua. Pastuu taraaaa. Siap dah chicken buttermilk kita. Huhuhu.




Done. Senang je kan? Adik korang yang darjah tiga tu pun boleh masak chicken buttermilk ni haa. Hahahahahaa. Oh yeah btw, aku punya resepi ni dia jadi kering sikit. Ikut lah kan ada orang suka kering sikit, ada orang suka yang berkuah sikit. Macam aku, sebabkan takda lauk lain, aku nak buat berkuah sikit. So, untuk bagi berkuah, lepas aku dah angkat semua ayam-ayam tu, aku tambah air, susu, butter, garam dan lada sikit dalam kuali yang sama tu. Agak-agak lah rasa dia macam mana. Boleh rasa kan masing-masing. Kalau macam manis sangat, tambah lah garam dan air sikit. Huhuhu.


Fuhh makan panas-panas dengan nasi kosong nikmat gila weh. Dia cam tak pekat sangat, tak cair sangat. Kalau dah sejuk pun still nais lagi. Hahahahaa. Mokdod sampai bertambah lah jugak nasi tuu. Muehehehee. So satu resepi aku dah unlock. Seronok jugak memasak ni senanya. Hahahahhahahahaaa. K lah. Aku ada tempek gambau buat tatapan korang. Korang boleh lah try lepas ni. Selamat mencuba!
















Till then, Chow
DAA~

You Might Also Like

2 comments

  1. apatuuuu sedap sgt haaa nampak chicken buttermilk jiehaa. diet pun terbantut bila tgk tuu hehehe teringin.

    ReplyDelete

thanks for dropping your comment.. =D

Advertisement

Powered by Blogger.