Assalamualaikum
Salam sejahtera..
Hai guys..
Peacee yaww :)
Ahha.. Aku hupdate lagi. haha.. Lorr, jangan laa marah aku nak hupdate pun.. Kang aku tak hupdate korang marah, aku hupdate pun korang marahh.?? Wahh, duniaa dah maju dah nih.. *Err, ape aku merepek.??
Oke, di petang yang indah ni *sila baca entri nih waktu petang, dengan kehadiran angin sepoi sepoi bahasa.. Aku duduk bertelaku di atas bumbung rumah aku.. Gilerr aku nak duduk atas bumbung rumah.?? Mau nak robak bumbung rumah nanti.. Aaa, aku duduk bersimpuh sambil meriba laptop aku di teres rumah aku yang kat atas nih.. *sape yg pernah dtg rumah aku tau la teres rumah aku macam mana. And, asal ayat aku skema mengalahkan sasterawan negara..?? tipulahh tuhh.. hehe.. Oke, sambung balik. Sedang duk belek belek mukabuku, tiba tiba aku dapat satu notification, yang datang nya dari mak aku sendiri.. WHAT.?? hahaha.. yeah, mak aku sendiri.. Dia tag kat aku satu nota nih. Wah, aku baca pun terharu doe.. 3 thumbs up.. ;))
So, jom check it ouutt apa yang aku baca sampai aku terharu sangat nih...!!! :))
"Mana Mak?'
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
Nukilan dari seorang sahabat yang merupakan sahabat ayah aku jugak.. Tapi mak aku yang jumpa nukilan ni.. Tak silap aku dia buat nukilan nih khas untuk anak-anak dia.. Siap ada gambar diorang satu family lagi.. Tapi ape apa pun, aku ucapkan tahniah dan terima kasih sebab dah berjaya mengesankan hati aku nih.. *Err, mengesankan.?? mcm tak kena jekk.. Aaa, dan kepada korang yang nak share tuh boleyy la share ramai ramai yekk.. Tapi sebelum tuh nak ingatkan, kalau nak ambik sebarang idea atau cerita yang ada dalam blog nih, please sila bagi tau dulu ek. Sebab aku pun mintak kebenaran dulu sebelum nak post.! hehe ;)) Sharing is caring is loving ;))
P/s : Kalau ye pun nak tanya mak korang kat mana, takyah la sampai nak jadi bzybody sgt.. Err, paham tak.??
DAAA~
clickk sampai lebam ek.?? gomawoo
Assalamualaikum..
Salam sejahtera..
Hai guys..
Peaceee yaww.. :))
Tah pape kan, entri nih aku perap dulu bagi secukup rasa, semanis hempedu, sepahit madu dalam draft.. Kesian kesian.. Aku post dulu cerita lain.. Hah, takmau takmau.! Meh sini ramai ramai kita baca dulu entri cik Jiabumface nih haaa.. Pergi la amek dulu kopi ke, teh ke, buat santapan masa baca entri ak nih ek..
Oke, pendahuluan komfom komfom kena tolak 2 markah sebab langsung takda kena mengena and merapu meraban.. So, back to the main point, kalau baca tajuk pun dah tau.. kan.?? Aaa, aaron aziz tuh abaikan.. oke oke, kali nih aku just nak share pasal wajah blog aku yang baru nih hah.! Yang segar dari ladang. Terbaik wokk.! *oke, aku syok sendiri..
Ahha, btw, korang nak tau sape yang tolong adjust kan blog aku nih hah.?? Yang tolong bagi hidup balik blog aku yang hidup takmau, mati nak segan nih.??*Err, betul ke peribahasa aku tuh.?? Janji ada bunyi iras iras. haha :)
Ahha, gotcha.! No no no.!! Bukan aku tempah ke ape ke segala bagai kat orang lain semata mata nak edit blog nih yek.. Aku just pakai khidmat orang biasa jek. Nak kata cun tuh, cun lagi aku lah. Nak kata comel tuh, yeah, of course, memang tak di nafikan comel lagi aku.. Nak kata tinggi tuh, ehem ehem, aku lagi tinggi hokehh.. Nak kata pandai tuh, yeahhh, aku lagi pandai sebab sampai sekarang aku tak sambung stady lagi.! Gotcha.! Aku masuk lambat hokehh..*Oke, semua statement di atas berunsurkan tokok tambah. Tak ada kaitan dengan yang hidup atau mati.. Baik korang sediakan baldi cepat.. =..='' Nah, amek kau sorang sekor.! HAHAH :))
Yeah, for sure exactly, aku pakai hidmat kawan baik aku sendiri tak lain tak bukan iaitu Cik Limah kita atau nama saintifiknya Ain Desa.. haha.. Thanks laa ek.. Thanks banyak banyak..
![]() |
| Hamekk.!! Di sebabkan aku eksaited melampau. Edit blog je punn.. =..= nah sekor lagi .. HAHA ;)) |
Apesal kau buat muka senget benget mcm tuh kak limah oi.!! Tuh tak lain tak bukan nak minta aku belanja la tuh... Kau kata ikhlas nak tolong aku.. Kau kata tak minta ape ape bayaran pun mahupun balasan.. Macam nih ke member.??
Hahahah.! Aku gurau jek Kak Limah oi.. Aku tau niat kau baikk.! Aku tau kau ikhlas tolong aku walaupun bila aku kena kejar dengan KUCING, kau hanya mampu gelak jek.! Aku tau kau nak yang terbaik tuk kawan kawan kau.! Aku tau kau sayang kawan kawan kau.! Aku tau kau nak glemer.! Aku tau kau yang suruh aku buat post nihh. HAHAHA.. Gurau gurau.. Dua ayat yang terakhir tuh aku reka..
Aaa, but seriously, even kau just edit blog aku je pun, aku appreciate it sangat sangat. Aku pun tak pernah edit blog aku sampai tiga jam.! Setakat duapuluhempat jam minit jek.. haha.. Sampai siap buat post untuk aku lagi tuh.! Lagi terharu mak noks.. Nak nanges cap eyemo aku baca post kau yang kat SINI . Meleleh melalak semua keluar dari rongga rongga yang ada nih *jangan nak pikir bukan bukan.. Nak harapkan Kak Pong a.k.a Fathin Bamir aku yang sorang nih memang tak lah kan.. Blog dia pun tunggang langgang lagi.. ahahah.. Eyhh, tapi dah LAWAU oke blog dia sekarang nih, kalah aku.. Voughee kau header blog dia.! hehe.. ;))
Aaa, ape ape pun TERIMA KASIH banyak banyak banyak banyak banyak *sengaja di kecik kan supaya kau tak terharu sangat kak limah oi.. atas pengorbanan kau yang mungkin merupakan cara terbaik kau untuk tunjuk rasa cinta kau yang membara kat aku *err, baldi please.. =.=' And, cinta kat situ merujuk kepada cinta atas dasar kawan hokeh. Jangan nak pikir lain.. Pelempang sedas kang.! haha ;))
Last but not least, terima kasih lagi sekali..*apesal aku emo nih.. ?? Aaa, and aku pun just nak wish Salam 1 Malaysia.. haha. tetibee.. Tak, aku pun nak bagitau, bertuah aku punya sahabat baik macam korang..! Sayang korang lahh.. Lovey dovey skinship freindship forever :))
Credit to : Kak Nab (dila), Kak Pong (fathin) and Kak Limah (ain)..!!
| Baik korang terharu cepat sebelum aku hangguk pale kome.! Penat doe nak buat nih.. Lapanpuluhempat |
| Mood masih dalam perayaan. So, aku nak duit rayaa.!!! ;)) |
Salam guyyss..
Hollaa..
Peaceee .! :))
P/s : Hensem tak.?? haha ;DD Abg2 fasi Kem Remaja Islam ..!
DAAA~
Assalamualaikum W.B.
Salam sejahtera..
Salam 1 Malaysia..
Hyee guyss..
Peaceee ;)
Haha, kali ini entri takda ape yang nak di share pun.. Just na bagitau korang yang blog aku nih sedang diperbaharui.. So, kalau yang mana bukak tiba tiba jadi pelik tuh, dun worry dun bimbang, sebab nih mmg blog aku. Alaa, jiabumbum.. hahha.. Oh and btw, aku nak bagitau korang lagu yang aku baru tukar.. Best sangat.! Try laa dengar sampai habiss.. Nak karok sekali pon oke.. Pon bolleyy.. Sebab aku ada sertakan lirik lagu nya..
Do enjoyy yeaa
Peacceee :))
Adele - Set Fire To The Rain
I let it fall, my heart
And as it fell, you rose to claim it
It was dark and I was over
Until you kissed my lips and you saved me
My hands, they were strong, but my knees were far too weak
To stand in your arms without falling to your feet
But there’s a side to you that I never knew, never knew
All the things you’d say, they were never true, never true
And the games you’d play, you would always win, always win
But I set fire to the rain
Watched it pour as I touched your face
Well, it burned while I cried
‘Cause I heard it screaming out your name, your name
When laying with you I could stay there
Close my eyes, feel you here forever
You and me together, nothing is better
‘Cause there’s a side to you that I never knew, never knew
All the things you’d say, they were never true, never true
And the games you’s play, you would always win, always win
But I set fire to the rain
Watched it pour as I touched your face
Well, it burned while I cried
‘Cause I heard it screaming out your name, your name
I set fire to the rain
And I threw us into the flames
When we fell, something died
‘Cause I knew that that was the last time, the last time
Sometimes I wake up by the door
That heart you caught must be waiting for you
Even now when we’re already over
I can’t help myself from looking for you
I set fire to the rain
Watched it pour as I touch your face
Well, it burned while I cried
‘Cause I heard it screaming out your name, your name
I set fire to the rain
And I threw us into the flames
When we fell, something died
‘Cause I knew that that was the last time, the last time, oh
Oh, no
Let it burn, oh
Let it burn
Let it burn
Till then, Chow
DAA~
Hai guys..
Salam sejahtera..
Salam 1 Malaysia..
Peacee.. ;))
Aaa, korang bosan tak.?? Hah, tak.?? Takpelahh, aku bosan yang amat sangat nih. Nak kemas rumah, dah habis kemas dah.. Nak tunggu orang datang beraya, lobang hidung pun tak nampak nampak ouhh.. So, aku memang takda kerja sekarang nih.. Bosan yang teramat.. haha.. BTW, aku just nak share satu game nih. Alaaa, game dah lama dahh.. Aku jekk lambat hupdate sikitt.. Bertape noob nyaa aku.! haihh.!! Aaaa, malas nak taip panjang panjang.. Korang main jelahh game nih ek.! Yang dah main tuh, ape kata main lagi sekali, pastuh share dengan aku.. Oke tak.?? ahhaha.. ;DD
i) Pilih bulan kelahiran anda :
Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terjatuh depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku punya muka macam
Disember - Aku terlanggar
ii) Pilih nombor hari jadi anda :
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Gerrard
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Hantu
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Kawan aku
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Farid kamil
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan
iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg :
Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat
Tak pakai baju- Sebab aq xtaw malu
KONGSI JAWAPAN KORANG KAT BAWAH OKE~
CERIA SELALU! :)
DAAA~
clickk laa ek.! haha



