Assalamualaikum W.B.T
Hello readers :))
Hah, hari nih aku nak share sikit pasal stress.. Korang, korang korang dan korang, mesti ada cara tersendiri untuk melegakan fikiran atau berehat.?? kann. kann.?? Tapi, ada beberapa hal yang rata rata nya aku tengok sering jadikan pilihan "jalan keluar" untuk menghilangkan tekanan tetapi sebenarnya memberi kesan yang buruk kepada kesihatan korang.. Jom...
- MENONTON TELEVISYEN
- Setiap kajian yang dilakukan mendapati menonton televisyen amat berkait rapat dengan obesiti, Dalam penelitian Journal of the American Medical Association mendapati setiap kali korang menonton televisyen selama 2 jam, secara automatik telah meningkatkan obesiti sebanyak 23% dan risiko diabetes sehingga 14%
- Lebih baik korang memilih rancangan kegemaran dan selebihnya waktu korang tuh di penuhi dengan hobi yang menyihatkan lagi menyronokkan.. HAHA :))
- Hah, yang nih utamakan. Ketika menghadapi tekanan, rokok sering dijadikan alat untuk korang merasa tenang. Sebenarnya perokok nih mempunyai risiko terkena serangan jantung 2 kali lebih besar dan sebatang rokok pula menjadi penyebab 90% angka kematian akibat kanser paru-paru. Cuba korang imagine kan.?? heee ~
- Makan lewat malam plak umpama mengambil makanan segera dalam jumlah yang banyak.
aku pun kena amek tumpuan. Makan terlampau lewat malam boleh meningkatkan insulin, hormon penyimpanan lemak dan tubuh tidak melakukan pembakaran. Oleh itu, biasa biasa kan lah diri korangg tuh dan jugakdiri akumengunci mulut selepas jam 7 malam :)) HAHA
- Kadang-kadang olahraga juga dijadikan senjata untuk mengelakkan strees atau tekanan. Tetapi jangan dilakukan secara berlebihan atau di paksa. Berlari secara berlebihan adalah bentuk latihan untuk membuang semua kalori yang tidak diperlukan dalam badan dan menjadikan badan lebih segar.
- Namun, jika dilakukan secara berlebihan, ia akan membuatkan korang kehilangan nikmat dalam berolahraga. Oleh itu, jika korang ingin bersenam atau berolahraga dalam keadaan relaks dan tenang, bolehlah berjoging santai sambil menikmati pemadangan taman. Pemandangan taman jekk, jangan pemandangan lain lain yang negatif.. HAHA :))
So, kalau korang ingin kan hidup yang sentiasa ceria dan gembira serta tiada gangguan stress, korang boley la cuba tips di atas.
Selamat Mencuba dan Selamat Beramal..
DAAA~
0 comments
thanks for dropping your comment.. =D