Polisas semester kedua =))

9:55 PM

Assalamualaikum wbt 
Salam sejahtera 
Peaceee yaww !! =)) 

Kembali menulis setelah diriku tiba tiba menjadi buzy. Buzy dengan abg CKT. Ahhaha .. Enough jieha, stop pasal abg tuh. Motif sangat nya pun kau nak cakap pasal dia. Buang idea kau jek. Ahhaa =)) . Anyway, abg CKT tuh comel. Haha. Dah dah. Stop it.. -___-‘ ..

Aku dah pun masuk semester ke-dua untuk pengetahuan korang korang dan korang yang belum tahu tuh. Yang dah tahu, jangan banyak bunyi. Dan untuk semester nih, aku terpaksa duduk di luar poli atau dengan kata lain, aku terpaksa menyewa rumah dengan member member yang lain. Mula memang seronok weyh duduk luar. Cuba kau duduk lagi dua tiga bulan, comfom korang akan rasa ape yang aku rasa. Banyak makan duit weyh. Seriously !!! Tapi tulah, sumpah best kalau korang sewa rumah sebabnya bagi aku :

1) Tak terikat dengan peraturan

2) Bebas nak pakai ape jek ( sebab baju aku kan fit fit. Ahhaha =D )

3) Bebas balik rumah tiap tiap weekend ( kalau ada duit )

4) Menyegarkan mata dengan pemandangan yang indah ( motif sangat -___-‘)


Duduk luar memang sangat sangat heaven. Sangat sangat heaven. Bagi aku lah. Tapi tulah, satu jek masalah dia yang menyebabkan susu sebelanga rosak, DUIT. DUIT DUIT DUIT DUIT.. oh duit, dimana kan ku cari dikau.. Nak kerja? Memang tak lah, masa untuk belajar pun aku tak pandai nak bahagikan, apetah lagi nak bahagikan masa dengan kerja nanti. Ohh susahhnyaa hidup !

Kadang tuh aku ada jugak terasa nak quit, then kalau taknak parent aku tau, kengkonon aku tak balik perak, aku kerja jek kat kuantan terus. Tapi fikir fikir balik, dah bape banyak duit parent aku habiskan untuk aku belajar. So, aku teruskan jugak. Ada jugak sebab lain aku nak berhenti belajar. Kos aku ! sumpahh killer doe! Aku risau giler aku tak boleh bawak. Yep, aku tau aku baru sem dua. Sebab aku tau aku sem dua laah aku risau aku tak boleh nak go on sebabnya sem atas atas tuh nanti (sem 3, 4, 5 ,6) lagi susahh daripada sem dua yag sekarang nih. Kos aku banyak kira kira weyhh. Sekarang nih aku tengah serabut dengan subjek math 2 aku, thermodynamics dan mechanic. Serius weyh ! aku kan dah memang azali lemah bab kira kira nih! Hahahha =)) .. takpelah, aku citer kat sini pun bukan boleh buat ape. =))

So, sepanjang sem dua nih, macam macam jugak aku buat. Contohnya, tak pernah pernah aku dengan budak perempuan kelas aku keluar bersama. Err, except sorang jelah. Sorry akak. Ahahha =)) .. Yaya, Sha, Farah, lain kali kita keluar lagi eh. Serius seronok sangat! Cuma slek sikit ah, time tuh bulan puasa. Hahaha.. ssshhh, banyak tragedi yang tak ingin berlaku. Ahhahaha =)) .. then hari yang sama, kitorang bukak puasa sama sama dengan ipin, ikhwan dan muiz. Kat benteng Tg. Api tak silap aku nama tempat tuh. Serius best. Tenang jek bukak pose. Dengan angin sepoi bahasanya, anginn laut plak tuh. Haha .. Tak campur dengan itu, kelab mechi aku ada buat bubur lambuk, so kelas aku diwajibkan untuk memenuhi attendant bagi projek untuk subjek softskill. Best gak ! First time pengalaman aku kacau bubur lambuk dengan budak budak baya aku. Ahhahaha. Motif sangat kau jieha =)) .. Lepas tuh, baru baru nih, satu poli kat seluruh Malaysia ada buat derma darah secara besar besaran. Kelas aku pun diwajibkan derma darah untuk projek softskill jugak. Malangnya aku tak dapat nak derma darah aku yang suci lagi bersih nih sebabnya aku tak cukup tidur. Ahhaha. 



Then, tak cukup dengan tuh, masa bulan puasa jugak, aku dengan budak budak rumah nih,buat barbeku dekat teluk cempedak. Hahaha. Overnight lagi kau. Sumpah best!! Memang kenangan giler. Tak pernah aku overnight macam tuh. Sewa kereta dua biji, pastuh motor ada dua biji jugak, yang ada masa tuh aku, pika, lieya, ratna, zaty, usu (p.we zaty), fiez (p.we lieya), peney, iecha, ubai, abg long (p.we pika) .. pehh pehh, best siut !! dah laa bulan puasa masa tuh, nasib baik laa masa tuh Allah bagi cuti kat aku. Ahhaa =)) .. lepak TC sampai pukul bape ntah, tak ingat, then terus gerak g lepak kat benteng kuantan. Esplanade laa kiranyaa. G tangkap gambar kat situ. Rugi giler gambar kat TC takde, sebab gelap. Henfon semua canggih canggih, mana pakai flash. Hahaha =)) .. memang kenangan yang tak dapat dilupakan untuk sem dua ni lahh =)) ..



Sepanjang aku stay dengan budak budak nih, rajin gak aku keluar malam, dan rajin jugak laa DUIT aku keluar. Haha -__-‘ .. Mana taknya, kejap kejap scandal orang nih ada kereta, haa, aku ikut jelaa, ada kosong banyak kan. Hahaha =)) .. Mula viva, pastuh Honda plak, satgi myvi plak, Lori jek aku tak try lagi. Lepas ni aku nak follow kau lah plak ema. Aku nak gak merasa naik lori bapak aku, Syukor.. ahhaha =)) .

Haa, harituh kan, aku ada mimpi ngeri doe. Sangat tak best mimpi tuh. Sumpah, kalau laa mimpi tuh real, taktau laa life aku kat poli ni macam mana. Aku quit rasanya. Hahaha =)) .. kerjaa nak quit jek kau jieha, ape ntah punya perangai. Serius weyh ! aku taknak doe mimpi tuh betul betul berlaku kat life aku. Aku mimpi yang member member kat rumah aku nih semua pulaukan aku. Zaty, ema, ratna, pika, zura, iecha, lieya, ira, aisha semua pulaukan aku. Aku taktau kenapa. Semua pakat tak tegur aku. Tak peduli dengan aku. Anggap macam aku nih tak wujud langsung. Macam aku nih takda jek kat rumah nih. Seddeyh peddeyh doe hati aku. And part paling best, classmate aku pun sama, pulaukan aku. Aku tak kisah lagi kalau budak laki jek yang pulaukan aku, tapi nih sekali dengan yaya, sha, akak, farah pun pulaukan aku. Langsung tak peduli tentang aku nih. Aku tanya tentang asinggment pun buat tak tahu jekk. Aku mesej tanya kelas kat mana pun suh aku cari sendiri. Celaka ! ahhaha =)) .. tapi tulah, budak laki pun sama. Zaki,muiz, hafiy, kumanan, ezzany, ikhwan, fasrah, man, Quentin, usamah, ipin, semua tak cara aku !! bapakk seddeyh nyaa !! dalam mimpi tuh aku rasa macam taknak hidup dah. Tapi nasib baik aku ada ain, fathin, dila, alia, husna dan semua laa kawan kawan aku yang lain yang ada kat perak tuh. Seddeyh yang amat sangat. Aku taktahu kenapa semua tak pedulikan aku. Pastuh, aku nekad laa konon nak berhenti poli masa tuh. Hahaha =)) .. Amacam ?? ngeri kan kan ?? hahahaa! Sumpah ngeri doe mimpi aku nih. Sumpah aku taknak terjadi kat life aku ! aku sayang semua kawan kawan aku. Aku sayang family aku jugak .. #Eh??

Oke, tu jelah yang aku nak cerita buat masa nih. Banyak gak gambar aku rasa nak tunjuk kat sini, tapi ntah laa, tengok kadar wifi dulu. Ahhaha =)) .. so, sampai sini jelah eh, kita stop dulu. Nanti ada masa aku update lagi.

Till then, Chow 

DAA~

You Might Also Like

1 comments

thanks for dropping your comment.. =D

Advertisement