Malas dan malas.

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera
and
Peaceee yawww



Politeknik sekarang tengah exam. Final exam. Peperiksaan akhir dengan kata lain. Eh, ada orang yang dah habis paper lah. Aku ada satu lagi paper to go tengah hari nanti. Fluid Mechanics. Tahu taak ape tuh?  Pi google. Habis segalaa buku aku bukak. Segala nota aku belek. Tapi apakan daya, semuaa ke laut. Hampeh. Ntaah laa, semester kali nih aku serabut ayaam. Serabut bagai nak gilaa. Sumpaah serabut. Stegheh sangat sangat doe. Hmm, sad life. Aku dapat rasakan semester nih lima lima paper aku sangkut.

"Lek laah, bendaa tak marking lagi"

Aku sampaai tak tahu nak buat apa. Aku tengok member member aku semua study. Faraah study. Yayaa study. Tikah pun study. Azza study. Miraa study. Nadia study. Kumanan apetah lagi. Aku? aku? hmm

"Eh, koraaang tak penat ke study pagi petang siang malam?"

Then aku realized, aku nih dah laa bodoh, err, kata sopan kurang cerdik. Tapi belajar taknak. So, ape lagi yang perlu buat, Mau dok tanya lagi?

Dalam duniaa nih tak wujud orang yang bodoh atau pun tak cerdik atau pun tak pandai sebenarnya. Yang wujud hanyalah orang yang "MALAS" . Kalau dah tahu tak pandai, rajin rajin laa belajar. Ye dop? Things are easier said than done right? Yeaah, aku tahu tuh. Sebab tuh aku selalu cakap yang aku nih bodoh, tak pandai, tak cerdik. Selalu mengharapkan yang aku akan pandai tetiba macam Alia, macam Kumanan, macam orang lain yang pandai laa. Hakikatnya aku malas. Aku malas nak belajar, malas nak buat ape, malas segalanya. Kenapa aku tak malas jek nak makan haa? Sebab tuh aku macam nih kot (gemuk). hahahahahahaha! =DD

Dan macam sekarang, daripada aku bebel, tulis yang ntaah ape mengarut bagai dalam blog nih, baik aku pi study. kan? Tapi hakikatnya aku multi-tasking. Menaip sambil mengiraa untuk cari mass flow rate (Q) dalam fluids mechanics ini. Q = Av. Formula nak cari Q. Kena cari v sebelum dapat cari Q. Jalan kerja punya panjang, mark dapat laah dalam berapa jek. Eh? Dan sambil tuh jugak, aku bukak twitter. See? Hanyaa perempuan jek yang boleh buat dua kerja nih. Tiga kerja. Empat kerja. Lima kerja. Sudaahnya semua kerja tak siaap. -,-

Argghh, ape aku mengarut pagi pagi butaaa nih? Pi study tuh haaa najiha nasir oi! Esok, erk, tengah hari nanti last payyyper. Aku tak sabar nak balik peghaaak. Duhh ! Seghioussly aku rindu family aku! Kawan kawan aku! Ohh perak, nantikan kepulangan diriku. Salam perantauan. Eh?



"manusia cerdik bukan kerana belajar tapi manusia jadi cerdik kerana berfikir..belajar pada mulanya,berfikir datang sesudah akal mencerna apa yg di ajar..orang bodoh kalau diajar macam mana pun kalau malas berfikir dia takkan jadi cerdik."




P/s : Tak tahu ape nasib paper semester nih. =((




Till then, Chow
DAA~

You Might Also Like

2 comments

thanks for dropping your comment.. =D