Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera
and
Peaceee yaw =))
Sejak dua menjak ni rajin pulak aku update blog kan. Hahahhaha. (jangan ditegur). Mood tengah ada ni. Tengah rajin nak update. Kang dah malas tak bersentuh ah blog ni huhuhu. Lagipun banyak gila cerita ada dalam draft ni hahahaha. Aku tak tahu nak taip apa sebenarnya. Taip kejap save. Esok buka taip few words then save again and so on macam tu jelah sampai basi. Hahahahhha.
Tengok tajuk entri pun tau dah kan. Yang ni story aku save dari bulan satu tuari kahkah aku takda idea nak elaborate sebenarnya. Hah kau kemain elaborate hahhaha. Okay, Ain. Yup. The only one friend that remain friend of mine since sekolah rendah lagi. Dah berapa tahun eh? (jap nak kira). Dari darjah 3 (2002) sampai lah sekarang weh umur dah doplohtiga dah memasing. Hah, kiralah berapa tahun. Malas pulak aku nak kira. Hahahahha. Tapi masa sekolah rendah dulu banyak main2, nak tahu macam mana nakal nya ain dulu ni, masa darjah empat kot, siap bagi surat kat aku cakap kawan dengan aku main main je sebab apa ntah. Pastu pulak si shuhada tuu duk menghasut hah kemain lah aku nangis. Serius beb. Aku menangis weh. Hahhaahhaaa. Bayangkan lah. Aku dulu student yang baik dan sopan, mana reti nak lawan balik even aku ni pengawas. Hahahahahaha. Kalau lah simpan lagi surat tu mesti buat kena bahan je. Hahahaha. Ain tak ingat pun pasal ni. Dulu dia brutal do sampai lah dia dah kahwin ni baru slow sikit brutal tu. (dah ada suami kan kena lah sopan huhuhu).
Tapi time tuu sekolah rendah. Masuk sekolah menegah masing2 buat hal. Jumpa pun kadang-kadang bila aku cuti dan dia lalu depan rumah aku bila balik sekolah naik basikal. Start yang rapat balik time form four lah, aku dengan dia sekelas dan duduk pun meja sebelah huhu. (sebab aku pindah sekolah dan aku jadi budak baru). Lepastu kenal lah si fathin kak pong tu dengan dila kak nab tuu haa. Makanya terjadilah hashtag mafia hunny. Hahahahah.
Eh aku ni nak cerita pasal wedding ain ke pasal sejarah aku dengan ain ni?? Hahahahaahha. Kemain lari tajuk weh. Hmm takpelah, aku nak korang tau serba sedikit lah sejarah aku dengan dia kikiki. So, ain punya wedding reception jatuh pada 6 Februari 2016 tuari. Eh februari? Hahahhahaa aku ingatkan bulan satu. Haa februari weh. Aku lupa kaahkah. Sambung balik. Dia nikah jumaat malam tu, esoknya bersanding dan ahad terus ke rumah lelaki (nasib baik dekat je masing2). Tapi suami dia orang terengganuu. Hah, makang kopok lekor sokmo lah. Hahahha.
Oh my god!! I still cannot believe it till now yang ain sekarang dah jadi mak orang, eh bini orang weh. Hahahahhaa. Kalau aku tengok balik gambar-gambar masa nikah malam tu dan resepsi pagi tu, reaksi aku still unbelieveable weh hahahaha. Speechless pun ada. Haaa. Tak sangka orang-orang macam ain ni yang kahwin dulu. Haa, orang yang macam mana? Biarlah geng mafia hunny je yang tahu. Hahahaha. Tapi siapa yang kenal dia semua tahu ain ni macam mana. Huuu. Tahniah Alif kerana berjaya menundukkan dia ahhahahahaha =DD . Kkkk gurau je weh gurauuu
Ohh, the good thing is aku jadi pengapit dia weh hahahha. First time do. Shet. Aku malu kot tapi dah itu permintaan dia nak buat cemana eheeeem (mata keatas tangan ke bahu lidah terjelir). Neves weh. Sudahnya aku ajak fathin teman sekali. Dah lah macam-macam jadi. Kahkahkah. Takpelah, past is past. huhuu. Okaylah aku nak tunjuk gambar je senanya. Malam nikah ain pakai simple je weh. Nais. Mekap pun semua sendiri dari nikah, sampai lah kedua-dua majlis. Huuu. Jimat weh. Senang. Takyah nak perabih duit bagai.
Nampak tak bertapa ketatnya muka aku sebelah pengantin tuu? Hahahahahhahahaa weh panas lit-lit weh. Tak tahan aku. Payung pun patotnya ke pengantin tapi emm aku yang lebih hhahahahhaha. Sumpah panas weh masa tu. Kan tengah equinox kan eh bukan apa eh nama dia alaaa aku lupaa lah jap aku google.Haa aku jumpa dah, Fenomena El Nino masa tu hahahaha. Lagi satu aku dengan fathin tu acah-acah bridesmaid lah. Nampak tak penting nya aku kat situ, bridesmaid pun aku, pengapit pun aku. Eh jap, bridesmaid dengan pengapit lain kan? Huuhuuhu. Tengoklah gambar aku dengan ain tu, nampak sangat kan reaksi muka aku macam "weh ain dah kahwin lah! Dah jadi bini orang weh, aku tak caya weh maigoddd". Hahahahaha. Papepun tahniah ain. Semoga menjadi isteri yang solehah dan mampu menjaga alif dan rumah tangga kau dengan jaya dan baik =))
Till the, Chow
DAA~
5 comments
Kan mcm tak percaya kan??
ReplyDeleteCik jieha nasir bila pulak?? Hiks
ReplyDeleteMaAG
ReplyDeleteMaaf ganggu
ReplyDeletehahah.. nak tergelak baca cerita jieha. untunglah jadi pengapit. tak lama lagi jieha naik pelamin ni. hehe
ReplyDeletethanks for dropping your comment.. =D