Lazada Birthday Blogger Contest

11:54 PM

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
and
Peace yaww =D






Hai. Dah lama menyepi kan. Hahaha. Buzy sikit lah dengan assignment yang berlambak namati. Hee. Nak bukak blog pun dah tak menyempat. Tapi kadang-kadang menyempat lah jugak sign in blog dalam kelas catia or programming since kitorang buat lab dekat bilik komputer. Itupun sempat terjah dua tiga blog dekat reading list je. So, dalam aku duk lepak blog diorang tu, banyak jugak aku terjumpa post pasal lazada birthday something like that. Aku pun acah-acah lah buat research pasal ni, ( kemain research hahaha) buka dua tiga blog yang post pasal lazada, so terdetik jugak lah hati aku ni nak join since birthday aku pun jatuh pada bulan yang sama.




 
*klik sini untuk join



Since Lazada menyambut birthday yang ke-lima, aku pun mengambil kesempatan ini untuk join sekali. The more the merrier isn't it? Lagipun dah lama jugak nak join, tapi malam ni baru berkesempatan since tarikh tutup contest ni berakhir pada 23 March 2017 ( esok). Hahahhaa. Harap-harap sempat lagi lah ek. Happy Birthday Lazada. Walaupun ai taktahu tarikh lahir exactly you guys di tubuhkan, but ai hope tarikh tu sama lah dengan tarikh ai, 18 March. Happy belated birthday to me. Hahahaahaha. Well, of course there are few question yang perlu dijawab.


1. What do you love about Lazada Malaysia? 

Well, Lazada ni merupakan salah satu antara shopping online yang terawal yang ditubuhkan di Malaysia ni. So sedikit sebanyak menjadikan Lazada ni salah satu website yang wajib kepada pengguna/pembeli barangan online. Obvious kot, dah lah banyak benda ada dalam website diorang, kau nak apa, sebut je, dari hujung kepala, sampai lah ke hujung kaki. Semua benda ada. Dari dapur rumah sampai lah luar rumah. Semua benda lah ada senang cerita. Cuma mak bapak korang je yang tak ada dalam tu. Hahahaha. Gurauu =)


2. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products).


Here comes the favorite part. Hahahaa. Aku tak tahu lah products yang kita pilih ni dia akan bagi ke or sesaje lah nak tengok apa yang kita nak sangat ada dalam website Lazada tu, tapi yang pasti ini apa yang memang aku nak lah, yang aku idam-idamkan.




Memandangkan aku ni technologist student, so banyak software yang besar-besar data nya aku kena pakai. Contoh macam software autocade, software Catia dan sebagainya. Bila download dekat laptop, dah hang laptop aku. Aku punya storage pun dah merah. Mana taknya, student dengan movie kan tak boleh berpisah, dengan runningman nya lagi. So dengan adanya external ni, aku boleh lah simpan semua movie or kerja-kerja assignment dalam external ni. And laptop aku cuma ada software je. Makanya mudahlah kalau aku nak buat kerja bila dah ringan. Dah alang-alang kan, rembat 2TB terus. hee







Memandangkan aku ni technologist student, ahahahahaaa. Okay tak. Tapi yelah memandangkan aku ni student, aku nak lah jugak beg yang bergaya sikit pergi kelas. Mana taknya, aku hari-hari dah hadap lab, hari-hari pakai baju labcoat, safety boot, so apa salahnya kalau tak dapat nak bergaya dari segi pakaian dan lain-lain, aku dapat bergaya melalui beg? hahahhaaa. Tak lah, beg ni dah lamaa aku usha, boleh buat santai, boleh buat formal. Ada tali panjang pulak tu. Memang kena lah dengan aku. Kalau tali pendek, mana muat. Hahahahhaha.




 

Dan yang paling last, ini dah lamaa jadi wishlist aku. Hahahhaa. Tak kisah lah mana-mana website pun, aku akan bukak usha hari-hari mana tau harga drop sampai harga yang aku nak. Dari Lazada, instashop, apa lagi, sampai lah ke Mudah.com pun aku cari tau. Hahahhaaa. Please somenone hadiahkan aku yang ini please =D


3. How do you think Lazada Malaysia can improve?

Memandangkan aku pernah beli Lazada ni sekali dua, aku tak rasa lagi ketidak puas hatian aku terhadap Lazada ni. Cuma aku harap jangan sampai pelanggan/pembeli tertipu jelah. Macam indah khabar dari rupa. Letak gambar punya lah lawa, tapi sampai tak macam kita harapkan. Hee. So far Lazada berikan service yang terbaik hee.


4. What is your birthday wish to Lazada Malaysia? 

Happy Birthday Lazada yang ke-5 tahun. Diharapkan moga terus sukses dan terus dikenali oleh seluruh rakyat Malaysia. Tak mustahil Lazada akan terus berkembang untuk 10 tahun yang akan datang serta memberikan jaminan dan perkhidamtan yang terbaik kepada pembeli. Dan tak lupa juga, jangan lawan cakap ibu bapa dan yang penting jangan tinggal solat. Eh.



So guys, jom lah join ramai-ramai. Lagi ramai lagi meriah. Lazada akan pick secara random. Memandangkan bulan lahir aku sama dengan bulan lazada, aku pun mencuba nasib lah. Dapat alhamdulilah, tak dapat kita boikot. Eh. Hhahahaha. Gurau je.








Till then, Chow
DAA~

You Might Also Like

3 comments

  1. Good luck! Instax tu menarik kalau dapat kan hehehe. harap ada rezeki nak menang contest ni.

    ReplyDelete
  2. Your wishlist yang last tu menarik...!! Good luck jieha..!

    ReplyDelete
  3. teringat my external dipinjam x pulang sampai skrg 😭

    ReplyDelete

thanks for dropping your comment.. =D

Advertisement