Best Contestant in I Can See Your Voice Korea (Husky)

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera
And
Peace yawww :-)




Related image 



*p/s  : Please take note post ni dah lama simpan dalam draft so aku malas nak edit. HAHAHAHAHA



Semalam masa aku tengah edit draft report PSM bab 4 dan bab 5, aku dengar lagu kat spotify. Bayangkan aku habiskan masa aku 20min just semata-mata nak cari lagu buat playlist baru. Last-last dengar chart malaysia 50 je haa. Hahahahhahahahaha. So dalam duk asyik mendengar tu, tetibe aku macam teringin nak dengar orang yang bersuara husky ni. Like serak serak basah, deep voice gitu. Pastu terus aku teringat dekat program reality show korea iaitu I Can See Your Voice. I Can See Your Voice ni adalah program dimana artis jemputan akan meneka sama ada peserta ni skilled voice atau tone-deaf dan seterusnya berduet at the end of the show. Kalau tone-deaf yang berjaya berduet dengan artis jemputan, diorang akan menang hadiah wang. Kalau skilled voice, maybe dapat buat recording kot, ke apa ntah aku pun lupa. Ahhahahahaha.



Now Kat malaysia pun ada program macam tu, I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY). Aku tengok satu episod je, episod dimana artis undangan nya adalah Pasha Ungu, band dari Indonesia. Aku pun tak tahu kenapa dia panggil Pasha jadi jemputan. Tapi tak kisah lah, yang penting Pasha tu crush aku masa darjah lima setanding dengan Aeril Peterpan, dan Ian Radja. Hahahahahahah. Masa Pasha nyanyi tuuu omg, childhood memory sangat wehh. Walaupun makin gemuk makin bahagia, aku rasa suara dia lagi sedap kot walaupun feel dia lain tak macam dulu. Kahkahkahkah. Korang boleh tengok show dia video bawah ni.



Anywayyyyyy, ICSYV korea dah sampai season lima. Aku start tengok ICSYV ni masa kat rumah husna. Dia yang tunjuk kat aku. Itupun dah episod dua masa season first and start dari situ aku jumpa suara yang boleh kalahkan honggi (ft island). Hahahahahaahahha. Hwang Chi Yeol. Nama yang tak asing lagi dalam industri musik korea. Wahh gitu. Hahaahahhaaha. Tapi dalam episod tu dia keluar awal. And masa dia buat persembahan nak reveal dia tone-deaf ke tak, semua orang terkesima dengan suara dia. And disebabkan itu jugak, episod yang ke-6, 7, 8, 9, dan 10, dia datang semula ke program tu untuk jadi judges.




Okay first person tadi chi yeol. Second person is Kim Ki Tae, peserta dari ICSYV 2. FYI, aku tak layan langsung season dua ni hahahhahahaha but since dekat youtube ada short clip video show ni, aku pun layan lah sampai lah aku terjumpa clip video kim ki tae dengan tajuk video ada tulis "husky voice". Fuhhhh suaraaaa diaaaa kemainnn wehhh hahaaahahahhaha aku suka gila but still Chi yeol nombor satu di hati (sebab dia handsome). Malangnya Ki Tae pun terkeluar pusingan awal.



Third is Kim Joon Hwi. Peserta dari ICSYV musim ketiga. Dia muncul dalam episod pertama dengan artis jemputan Park Jin Young (JYP). Suaraaaa dia padu wehh. Aku taktau nak describe macam mana. Feel gila masa dia nyanyi lagi Im Jae Bum - Where are you. Tetiap malam aku bukak youtube dengar dia nyanyi. Hahaahahha. Sampai sekarang aku still doubting dengan kredibiliti JYP, disebabkan dia, Joonn Hwi pun terkeluar awal. Hahahahhahaa.



Keempat ialah Goo Jeong Hun. Dia menjadi peserta ICSYV3 di episod yang ke-sepuluh dengan artis jemputan G.O.D. Nasib baik dia jadi peserta akhir dan dapat duet dengan artis jemputan. Suara dia pun tak kurang hebatnya. Suara dia pun lebih kurang Im Jae Bum wehhh. Fuhhh.




Next person is Lee Wong Yeol, peserta ICSYV 4 dengan artis jemputan Hwang Chi Yeol. Yup exactly. Hwang chi yeol yang pernah jadi peserta masa season pertama dulu. Hebatkan sampai datang balik show tu as artis jemputan. Masa tu pun dia dah ada sebuah lagu sendiri. Fuhh. Memang mantap bosskuuk. Tapi mantap macam mana pun, dia terkeluar awal jugak. Tapi yelah, korang tengok lah seluar dia ahahhahahahahahahaa




That's all. Sampai season 4 je mampu sebab season 5 aku tak pernah tengok lagi. Ntah lah, sejak ada kaitan dengan PSM ni, feel dia tak sampai. Nak jadi fangirling pun dah tak kuat dah sekarang. Hahahhahaa. Ohh yeah, before kita end post ni, ada satu video bonus. Si Wong Yeol dengan Joon Hwi duet berdua dalam episod special ICSYV 4. Muka pun dah lebih kurang dah. Sebab rambut kot. Hahahahha. Fuhhhh, meremang do. Tapi kejap je tak puas hmmmmm. K lah. Enjoy the video. Baiii.





Ohh last-last. By the way, antara semua di atas, aku rasa takdak sape boleh kalahkan Honggi. Walaupun Honggi kalau masuk mana-mana competiton, mesti kalah. HAHAHAHHA. Tapi suara dia still the best. Hiks. Please stan Honggi for life. Who are BTS? Kbaiii...........







Till then, Chow
DAA~

You Might Also Like

4 comments

  1. Lama dah tak tengok I Can See Your Voice. I love all the contestants here. Masa first time dengar suara diaorang, meremang kot.

    ReplyDelete
  2. Chieyul je handsome

    ReplyDelete
  3. Last night tengok ICSYV season 6 and the guest was Chi Yeul and Sun Bin. Best jugak sebab ada contestant yang suara sebijik Chi Yeul. My sister tak minat korean2 ni tapi ICSYV is one of her favourite show.

    ReplyDelete
  4. Ariel Peterpan Pasha Ungu hahaha #childmemory :)

    ReplyDelete

thanks for dropping your comment.. =D

Advertisement

Powered by Blogger.