Movie Review : Ratsasan (2018)

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
and
Peace yawwwwww =))





Okay since rakyat Malaysia dah kena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu dari 18 Mac 2020 (my birthday ehek) until 31 Mac 2020, and company pun dah suruh start work from home (WFH), apa kata kita habiskan masa kita dengan menonton movie/drama yang banyak tertangguh? Of course lah selain membuang masa melayan movie/drama, kita patut banyak kan mengaji. Please balance kan dua bende ni ye. Or lebihkan mengaji. Should be fine.


Ratsasan (2018)

Hasil carian imej untuk ratsasan poster


IMDb : 8.7/10
Genre : Action, Psychology, Crime
Durasi : 2j 50min
Pengarah : Ram Kumar
Pelakon : Vishnu Vishal, Radha Ravi, Sangili Murugan



Cerita ini mengisahkan Arun, yang nak jadi pengarah filem ber-genre psychology crime, tapi disebabkan selalu kena rijek dengan penerbit, dia akhirnya mengikuti jejak langkah ayahnya yang dah pun mati untuk menjadi polis atas bantuan abang iparnya. Pada awal cerita, kita boleh tengok lah bertapa strugglenya Arun ni nak cari producer untuk terbitkan filem dia, dia punya struggle tu sampaikan bahan material dia nak buat filem tu, dia tampal satu bilik dia penuh dengan artikel atau surat khabar yang berkaitan dengan jenayah psikologi.


So bila dia dah jadi polis, tetibe muncul kes pembunuhan kejam budak sekolah menengah berumur 15 tahun. Lepas pembunuhan kedua, dia mula dapat rasakan yang kes pertama dengan kedua berkaitan so dia gunakan segala ilmu yang dia ada untuk buat filem tu, dia selongkar balik fail-fail dia and mula explain pada pegawai atasan tapi biasalah bila budak muda baru kerja, kau nak expect apa, mana ada orang nak percaya. hahahahhaha. Dan bermula lah perjalan seorang Sub-Inspector bernama Arun untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.


Btw, aku bukan lah peminat filem tamil, aku layan pun sebab adik-adik aku yang suruh. So bagi aku not bad lah, genre macam ni memang jarang nak mengecewakan. Since at the end of story pun ada plot twist yang tak dijangka. So bagi peminat filem yang suka kan plot twist, filem ni recommended untuk korang. Lagipun, filem ni buat kita tertanya-tanya sape pembunuh dia, tapi at the same time dia tak fokus kan pun sape pembunuh tu. You get me? Ahh dulikk. 


Apa yang tak puas bagi aku, cerita ni tak fokus pada jenayah tu, dia cuma fokus pada Arun untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Patotnya tunjuk lah sikit kan cemana pembunuh psiko tu bunuh budak sekolah tu, baru lah padu. Hahahhaa. Tapi part cinta tak banyak, part lagu menari tu semua pun tak banyak. So aku boleh terima lah. Hahahaahaa. Overall okay lah untuk bukan peminat filem tamil bagi aku.



Jieha bagi rating : 7/10








Till then, Chow
DAA~

You Might Also Like

1 comments

  1. Wow tengok citer tamil. So far dah tengok Ratchasi dengan Bahubhali je. Haha.

    ReplyDelete

thanks for dropping your comment.. =D

Advertisement

Powered by Blogger.