Short Update

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
and
Peacee yaww =))







Holla!! Pehhh rindu syal nak menaip kat sini. Hahahhaahha. Dah lama gila aku tak bukak blog. Agaknya kalau aku dah kahwin, aku dah ada anak sorang dah ni. Kahkhakha. Damnnn, I miss my blog laaaah. And tetibe pagi ni mood nak menaip sampai. Dah lah kat office lagi hahahhahaha.


Okay lah aku pun dah lupa format aku nak taip macam mana. Maklum lah dah lama tak menaip. Kah! Acah sangaaat. HAHAHAHAHAHA. Format pebendee ntah. Okay lah, since aku rasa nak menaip (senanya nak acah acah buzy buat kerja so biar lah bunyi keyboard tu bergema satu office. Kah!), aku rasa aku patot update life aku yang sekarang. Hashtag followers perlu tahu. Hahahahahaha


1. Kerjaya

Haa kemain kerjaya kan. Tapi tulah alhamdulilah aku dah start jadi pekerja tetap di syarikat yang aku pernah intern untuk degree aku sebelum ni. Asal dia, lepas habis intern tuari, lepas sebulan, aku datang balik tolong staff situ sebab nya ada tiga orang staff yang cuti bersalin secara serentak. So mybe bos tengok aku boleh buat kerja kot, tu yang dia serap terus jadi permanent. Cewwaaahh gittewwww.


2. Losing Weight

Walaupun tak banyak dan disebabkan tengah puasa ganti dah tiga minggu, tapi wehhh berat turun tujuh kilo yaww. Eksaited gilaa masa timbang dekat office tuhari. Tapi tulah tu, lepass seminggu timbang, semalam try timbang balik kat rumah kak zuryn, berat tetibe naik mendadak 8 kilo. Hahahhaahhahahhaa. Boleh bayang tak. Turun 7, naik 8. Apoooooo. So conclusion nya, jangan percayakan timbang office. Tiberrr. Kah!


3. Currently Watching


So, aku baru habis tengok movie anime tajuk Spirited Away. Orang cakap citer tuu sedih, bagi aku sedih jugak tapi tak sampai menangis lah. Tapi damnnn, lagu backgorund diaa sumpah awesome gila. Menusuk di kalbu sangat wehh.

Ohh btw citer ni pasal family chihiro ni nak pindah rumah, then masa otw nak ke rumah baru tuu, diorang tersilap masuk jalan so terjumpa lah satu terowong ni. Terowong ni menghubungkan dunia ghaib dengan dunia manusia. Then Chihiro ni terjumpa dengan Haku, budak yang pernah selamatkan dia dari lemas masa kecik tapi masing-masing tak ingat.

Jalan citer dia simple je, slow and steady. Tapi production dia studio ghibli, so pepaham lah kan. Tapi lagu memang terbaik lah. Animation pun fuhh. Okay lah malas nak describe pepanjang, aku bukan pengkritik movie pun, ni pun dah tiga perenggan. Hahahahahha. So overall aku bagi rating 8/10 eheks.


4. Currently Listening

Lately aku rajin dengar lagu jepun tau. Taktau lah kenapa. Since dengar lagu Lemon by Kenshi Yonezu kot. Tak sangka lagu-lagu dia pun best-best weh. Banyak lagu dia dijadikan ost anime. Kiranya king Ost lah ni kot. Hahahhhhaha. Ntah. So sekarang ni aku tengah layan lagu Moratorium by Omoinotake. Sedap weh. Please lah dengar. Lirik dia sedih gilaa. And lagu dia pun menusuk bai. MV dia pun beautiful weh bagi aku, like awesome gila. Hmm, dah lah, tengok and dengar lah sendiri. Kah!!





5. Gaming

And now I'm officially announce me as a pro Gamer. HAHAHHHAHAHA. Acaaah. Baru main worm zone dah isytihar gamers. hahhahahhaa. Btw aku tengah addicted gila main dengan game worms tu. Alaaaa yang makin lama makin panjang. Macam main snake, tapi ada lagi snake-snake lain. Main lah sampai 1 Juta score. Makan yummies dia, kill others worms. Makin berat, makin lambat. Tu yang boleh main sampai berejam tu. Sampai kena marah dengan mama lah. Hahahahhaa. Okay lah, nak sambung main game. Bai.


6. Espiyem

Haa, bukan aku yang ambik spm, tapi adik aku. Adik yang last. Tahniah dod. Dapat 5A tu acheivement paling best dalam family. Sian mama baba kena tunggu anak yang bongsu baru dapat rasa. hahahah. Nasib baik lah tak ikut jejak langkah abang-abang dan kakak dia. Hek.





Okay lah bai lah, bos dah datang. Hahahhahaha. Taktau dah nak update apa, buat masa ni aku update yang ni dulu. Jangan tanya aku pasal jodoh ke apa. Bai.








Till then, Chow
DAA~

You Might Also Like

5 comments

thanks for dropping your comment.. =D