Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
dan
Peacee yaww =D
As usual, jieha being jieha. Clumsy jieha. Stupid jieha. Plan asal nak buat kerja lah konon sebab ada document nak kena submit due date esok, tapi tulah tu, pendrive boleh pulak tertinggal kat office. Demmm. Since kena Work From Home (WFH) ni, memang nak ke office tu malas gilaa lah kalau takde sebab yang kuat dan kukuh. Now melepet lah seorang jieha depan blog. Dah alang-alang tu kita taip lah sepatah dua kata kan. AHHAHAHAHAHAA.
It's been awhile huh. Ceyyyy, padahal baru tiga minggu duk umah. Hang toksah nak pulung sangat jieha. Wehhhh, dah tiga minggu weh. Dah masuk hari yang ke-berapa ni eh, 20? 21? Ahhh takpe, dulikk, aku rasa kita punya PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), RMO (Restriction Movement order), MCO (Movement Control Order), (haa banyakk nau nama dia kan), akan berpanjangan sampai raya. Hahahhahaaa. My instict kuat mengatakan PM akan melanjutkan lagi tempoh RMO ni. Sebab apa? Sebab wujudnya manusia yang degil, dan cluster-cluster baru yang bermasalah.Sampai bila tu taktau lah kan, yang pasti akan berlarutan selagi kes baru tak timbul. So far Malaysia dah ada 67 kematian weh. Bayang kan wehhh.
Sejujur-jujurnya aku tak kisah bab PKP ni, nak berlarutan sampai hujung tahun pun aku tak kisah, sebab yang penting kesihatan semua orang. Kesihatan mama baba. Tapi tulah tu, bende ni bukan menguntungkan semua pihak. Ada pros and cons dia. Kalau tak, kesian lah makcik kiah tak mampu nak berniaga pisang goreng, mana dia nak cari rezeki kan? Aku pun, mana boleh tak kerja, kena jugak kerja.
Eh jap. Sekarang pun aku tengah kerja what. Kata work from home. Uwaaa.. Tapi seriesss wehh, aku tak kisah PKP berpanjangan, tapi aku taknak work from home. PENAT TAU TAK PENAT!! Hari ahad no longer public holiday, hari sabtu no longer half day, pastuuuuu memalaaam macam ni boleh lagi whatsapp untuk remind kerja hari esoknya. Gilaaaa ke. Feduppp akuu. Pastuuu suruh pergi office semata-mata tak puas nak cakap dalam phone. INGAT AKU RAJIN KE NAK PERGI OFFICE TU SEMATA-MATA?? Dah lah ingkar arahan, kena jail ko nak tanggung? Lain lah kena jail dalam plato, atleast terlepas tiga kali peluang nak jalan je. Hmmm.
Dah tetibe jadi luahan hati, HAHAHAHHAHA. Aku tak marah punn, nak ngadu je. Hikss. Okay lah abaikan. Ni tak jadi sepatah dua kata dah ni. Btw, ada tak siapa-siapa cakap RMO ni bosan, takde kerja nak buat, penat duduk lelama, bosan hadap dinding, hadap kipas? Meh cek nak habak sikit, tu semuaaa DUSTA ye kawan-kawan. Ya allahhhh, aku rasa macam tak menang tangan duduk rumah sejak RMO ni. Buzy dia double dari hari biasa nuhh. Series tak tipu wehh. Haa tapi jangan tanya lah aku duk buat apa, kang aku cite, tak nampak macam buzy pun. AHAHHAHAHAHA.
1) Makan makan dan makan.
So basically alhamdulilah aku makin bertambah berat. Bukan senang tau nak dapat berat yang obese. Kat luar tu ada yang susah nak maintain kan berat, apetah lagi nak naik kan. Lago drop lagi ada lah. Noo, aku nak maksudkan kat sini alhamdulilah, makan aku terlebih lebih. Ada yang susahh tak makan, takde rezeki, so bersyukur lah eh. Well, memandangkan mama ni suka masak, hari-hari dia masak. Breakfast, lunch, makan petang, makan malam. Hari-hari. Aku senanya tak suka masak tau, so dia jadi double penat kat situ sebab kena tolong hahahahahha. Dah lah anak perempuan dia sorang je. Hmmmm. And ofcourse lah, resepi-resepi viral tak terkecuali. Macam Dalgona coffee (Favourite, loveeeee it so muchh), Honey Butter Bread ala texas Chicken, kek milo kukus tiga bahan and many moreeeee.
2) Berjemaah / Mengaji
And alhamdulilah jugak, since day-1 of RMO, kitorang satu family Subuh, Maghrib dan Isya' berjemaah. Oh and Zohor kalau hari jumaat (sebab takda solat jumaat, so ganti Zohor berjemaah je) Selalunya kitorang jemaah masa Ramadhan je. So bila ada peluang macam ni, rasa macam woww, bukan selalu kan dapat buat macam ni. Kebetulan semua ada pulak tu. So aku tak kisah pun kalau PKP ni berpanjangan. Kalau dah stop, takde dah nak berjemaah macam tu. Hahahahhahaahaha. Ada je buat, tapi tak sekerap ini lah. And antara maghrib isya', kitorang buat bacaan Yassin / Doa selamat / Tahlil / Mengaji. Nice kan. Hahahaha puji sendiri.
3) Game / Tiktok
Sejak-sejak duk umah je ni, sampai kan install balik plato dengan tiktok. Hahhahhahhahahhaa. Haa jangan kecam lagi, aku donlod tiktok sebab nak tengok video je, tak buat pun video tiktok. Don't worry, aku tak sign up pun. Tapi fuhhh, filter-filter tiktok mengancam eh. Lawaaa teruk. Ahahahhhaa.
4) Movie / Drama
Okay lah, aku sejak PKP ni jarang layan movie/drama dekat laptop. Sebab bila aku depan laptop, ada je kerja-kerja office menanti. Dem. Tak boleh tengok aku senang sikit. Hahahahahha. Tapi senanya sempat jugak aku marathon dua tiga movie. Ahaks. Lagipun astro bagi channel free kan sepanjang PKP ni, so tengok TV jelah banyak.
5) Jadi Anak Harapan @ Ketua Keluarga
Bwahahhahahahahaah tahu kan kita PKP tu macam mana. So kalau nak beli barang keperluan, barang rumah, hanya ketua keluarga je yang dibenarkan keluar kan. So since aku ni rajin sangat pergi office, kebetulan office pulak dekat dengan econsave, makanya aku dah dua kali menjadi anak harapan keluarga @ Ketua keluarga untuk beli barang dapur. Hahahahahhahahahahaha. Bangga gak ah. Siap buat story insta boh. Follow lah jieha_nasir. (Hikss, sempat lah pomot). Masa shopping tu, perasaan macam nak pergi berperang nuhh. Ambik barang pun cecepat je, tak pilih dah mana sedap ke, mana murah ke (eh, harga still compare jugak), tapi janji balik cepat je. Takut wehh. Hahahhaaha. Nak ambik barang pun tak sentuh gitu je. Dah lah sesak pakai mask. Kah.
6) Berkebun
Actually berkebun ni applied to mama baba je. Tapi adalah jugak sekali dua kali aku tolong. hahahhahaahhaa. Bukan apa, berkebun is not my thing. Aku tak suka dan aku tak reti. Kah!! Btw, korang try lah tanam bayam brazil. Pastu nanti bila dah ada hasil, boleh kudap-kudap. Goreng dengan tepung Bistari ayam goreng tu. Sumpaaah sedap gila. Tak nyesal weh. Seriess.
7) Mengemas Rumah
Punya lah nak bagi ada kerja tetiap hari untuk di buat, mama baba punya rajin lah sampai lap hari-hari barang-barang dalam almari. Kan kebanyakan rumah akan ada almari display kan. Tak kisah lah tupperware ke, pinggan mangkuk coware ke (ntah aku eja betul ke salah), barang-barang dapat dari kenduri ke, semua bende depe nak lap. Masalahnya buka depe yang lap, kami adik-beradik yang kena haa. Haduuu hhahhahahahaaa. Ada satu hari tu, macam nak raya. Habis semua langsir bukak cuci, tingkap, tv eh semuaa lah. Memang sebijik macam nak raya. Cuma belum Ramadhan dan tak pasang lagu raya je.
8) .............,,
Okay, aku stop sini jelah. Penat pulak taip banyak-banyak. Nasib baik idea sampai jugak hahahahahaa. Kalau tak, aku post lagu je. Kah!! Nasib baik takda instrumen muzik, kalauu tak mesti aku dah terer main gitar. Takpun drum ke. hahahhahaha. Cuma tulah, aku harap aku boleh explore lagi bab bahasa luar. Explore by mean nak fasih sikit lah kefahaman tu. Bahasa Korea, Jepun dan Thailand. Now aku dah get into Thai Lakorn. Saawadikaaa. Khop kun kaa. Gu shop meng! Hahahahahahhahahahahahahhahaha kemain. K Dah lahh bai.
See, produktif gilaaaa kan. Korang yang cakap kata bosan tuu, aku taktau lah korang buat apa. Ohhh, mybe korang maksudkan korang bosan duduk rumah, nak keluar jalan-jalan mall, gitu eh? Takpee, sabar jelah, aku pun rindu dengan karoke, wayang, sushi isk iskk. Insyallah semua akan okay. So, apa je yang korang buat sepanjang RMO ni? Walau apapun, stay safe gais. Stay at home. Bak kata PM, "duduk lah diam-diam dekat rumahhhh". Kita pasti menang tangani virus ni. Woooooohoooo!
Till then, Chow
DAA~
5 comments
Produktif geng RMO ni. Cuma takdak baca buku je. Pi baca buku! Hahaha
ReplyDeletetak sempaaat wehhhh hahahahahahahahahahhaaa. aku tak suka baca separuh jalann. nanti akuu lupaaa. padahal ada je buku tak habis baca lagi tuu hmmmm siap tak bukak plastik lagi
Deletesangat faham bila lect cakap nak buat meeting tengah malam like sir, saya nak tidur la besok dah la kelas pagi T^T idk why online class lagi penat dari face to face. maybe sebab dulu penat pun boleh main gelak gelak cuit member ni mengantuk dah la kat rumah study sambil baring pulak tu ish ish ish
ReplyDeletedah ramadhan dah ni sis. eheee. selamat berpuasa. sambung lagi PKP
ReplyDeleteI lost count of the days and date already haha
ReplyDeletethanks for dropping your comment.. =D