Anime Series Review : Kimetsu No Yaiba ( Demon Slayer ) (2019)

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera,
dan
Peace yawwww =)) 




Hi bertemu kita lagi dalam meng-review session. Kali ni aku nak bawak korang semua ke dunia jepun pulak. hahahhhahaa. Yea, kalini aku akan review anime series. Jarang-jarang aku nak layan series ni tau tak. Selalu nya aku sanggup layan k-drama je haa. Tapi tuu dulu laah, now aku fokus kat anime series and thai series. Bwhahahaaahahahahhahaha.



Kimetsu No Yaiba ( Demon Slayer ) (2019) 


IMDb : 8.7/10
Genre : Animation, Action, Dark Fantasy
Durasi : 25min
Episode : 26 episod (S1)
 


Aku bukan apa, banyak je aku boleh review anime lain tapi disebabkan demon slayer ni ada keunikan dia sendiri, so aku jadi auto nak update sini. Aku nak simpan sini. Kalau boleh semua video, gambar atau moment yang best-best aku nak simpan sini. hahahahahahaahhaha. Sebab anime dia lain macam. bwhahahha over lah jieha.


Btw mula-mula aku hesitate tau nak tengok antara Haikyuu! atau KMN ni. Tapi since haikyuu! banyak naau season dia, so aku start lah dengan KMN ni. And aku tak menyesal weh sebab aku sukaaa gilaaaaa . And Giyuuuu my crush walaupun yeah dalam tu kejap gilaa dia buat kemunculan. Aimin tak banyak lah part dia. Tapi sekali dia muncul, wow gituu. ahahhahahahaa.


So anime ni mengisahkan tentang Tanjiro dan adiknya, Nezuko yang kehilangan ahli keluarganya akibat perbuatan demon jahat. Tapi since Nezuko dah terkena sumpahan demon tu, Tanjiro tekad nak bawak Nezuko berubat dengan cara apa sekali pun. Masa dalam perjalanan, diorang terserempak dengan salah seorang pemburu Demon, iaitu Giyuuuu ( aaaaaaa my crush love love ). Pastuuu si Giyu ni nak sembelih lah kepala Nezuko ni tapi tak jadi sebab dia tengok Tanjiro ni macam ada something yang boleh buat dia protect adik dia. So Giyuu pun suruh lah si Tanjiro ni jumpa master dia dulu and begitulaah cerita seterusnya kalau nak tahu please go tahan mata dua hari tengok cerita ni. 26 Episod je tak banyak punnn. Kejaaap je (cehh, aku pun ambik masa sebulan nak habiskan kah!!)


Tiap-tiap episod sedih weh. Tak boleh pilih lah episod mana, semua sedih aku rasa. Episod pertama pun dah sedih wehh. Aku cam wtf cite apa ni hahahahahahhaa. Okay lah, kalau faveret episod mungkin episod 3 dan episod 4. Sebab Sabito dan Makomo weh. Dia macam hekeleeh, sikit je part diorang, tapi bagi kesan yang mendalam do kat aku. hahahahaa.


And of course tak terkecuali scene faveret, episod 19. Fuhhhhh, teresak-esak aku dibuatnya. Dengan lagu dia, dengan efek dia, dengan quality dia, fuhhhh, meremang wehh. Tapi cian, Tanjiro pun kena scam dengan Rui. ahahahhahahaha. And at the end, Giyuu my faveret jugak yang dapat sembelih natang tu. hohohoho. Ohhh tak lupa jugak episod 22 dan episod 23, sebab ada Geng Hashira. Fuuuu. Depe ni macam hot senior lah kalau kat sekolah tu. Style aaa depe ni. Kalau tanya aku sape paling style, of course lah Giyuu Tomioka. Hikss. So, korang nak kenal Giyuu tak. Okay lah aku perkenalkan. hahahhahahahaha.


GIYU TOMIOKA 


Oh lagi satu kan, aku suka sebab cerita dia macam logik. Aimin logik tu macam tak mengarut sangat. Macam latihan Tanjiro nak jadi Demon Corps tu kan, lama kot dia practice, dalam 2 tahun kot baru lah dia dapat ke Final Election tu haa. Uishh, bila ingat balik Final Election, sebak terus aku. Hmmmm. Pastuu yang best nya lagi, every episod dia akan cerita past every character tu. Macam flashback every character tu kan, bila nak mati tulaah, mula lah diorang flashback balik past life dorang. Tu yang buat sedih tu every episod tuu. Fuuuu. So pleaseee tengok lah citer ni please walaupun aku tau cite ni dah lama femes, aku je yang baru tengok ahhahaahahahahahahahahaaha sorry giyuu I know you a bit late but heyy better late than never uhukss.


Ohh btw lepas anime series tu, depe akan keluarkan satu movie. Actually dah keluar dah pun 16 October tuhari kat Jepun, fuhh box office weh kat Jepun. Aku tak sure kat Malaysia bila keluar, dengar kata bulan Februari. Ntah lah harap harap boleh lah tengok kalau tak merana jugak nak tunggu beberaapa bulan untuk cetak rompak. Eh. Hahahhahaa. Anyway, movie ni confirm sedih. Confirm. Dengar lagu pun dah sedih isk isk isk. Sape yang baca manga mesti tahu. Huwaaaaaa. Aku lepas dah habis episod 26 tu, aku terus pi baca manga dari awal sampai sekarang now baru chapter 117. Hahahahhaha. Tapi tuhari ciss aku ada terbaca spoiler besar chapter 200. Cissss. Tak sabar nak baca sampai chapter 200 hikss


Poster for Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba the Movie: Mugen Train
(Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba the Movie: Infinity Train)



So itu jelaah bebelan aku kali ni. Aku taktau nak cakap apa dah, yang penting korang kena tengok demon slayer ni. Best nak mati. Tak sabar nak tunggu season akan datang. Hehehehe. And of course dengan lagu-lagu dia, LiSA is the best. Kalau boleh aku nak karoke lagu tuu tapi tulah, pusat karoke mana ada sediakan roman MV semuaa kanji kana je ahhahaahhhaaahahaa. Now currently watching Girl Bunny Senpai, Yuri On Ice, Haikyuu! and Sensei Koro (Ninja Assasination). Tengok lah kalau best, aku buatlah review lagi hahahahahahahaa okay guys baii.














Till Then, Chow,
DAA~

You Might Also Like

4 comments

  1. whenever i ask ppl to suggest anime mesti they include this one jugak , kesian kat nezuro :( dahlah hilang parents dia pun kena gak

    ReplyDelete
  2. i like giyu too! mugen train tak tengok lagi, tapi siap dah hafal dah lagu homura dia sedih jugak la lirik dia :((

    anyway nanti tengok la haikyuu pulak. even panjang gila sampai ada 4 season, i dah repeat marathon sampai dua kali (sangguppp hahaha) sebab best gila <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn. me too. tak sabar nak tunggu movie release kat Malaysia.

      Tulaaaah, nak jugak tengok Haikyuu! sebab ramai cakap best.

      Delete

thanks for dropping your comment.. =D