Assalamulaikum wbt
Salam sejahtera
and
Peaceeeee yawwww =))
Wowew dah masuk 2021. And now still kena PKP balik. Bwahhhhahhhahahahahha kesiaaan semuaaa rakyat kena scam dengan kerajaan. Whatever. Cumaaa harap sangat cepat habis Covid ni. Kesiaaannnn lahhh dengan orang orang yang banyak terkesan dengan situasi sekarang. Dengan takda kerja, takde duit, stress dengan anak takde sape jaga since sekolah tutup, what else aaaah banyak lagi lahh. Kesiaan tau. Semogaa korang semua tabah dan bersabar banyak banyak.
Aku? So far alhamdulilah masih lagi bernafas dan masih lagi bekerja alhamdulilah. Walaupun job tak banyak sangat masuk tahun 2020 haritu tapi aku rasa okay je. In fact aku rasa job 2020 lagi banyak dari 2019, tapi boss still cakap tak cukup. Agaknya sebab tu tak cukup, tak bersyukur hahahahahahhahaa.
Btw, aku cumaa nak bagitau, korang kenal tak hlovate? OMG duluuu hlovate ni adalah penulis kegemaran aku tauu. Oh hlovate ni sebenarnya penulis novel dan cerpen pendek. Kalau dulu sebelum ada wattpad, facebook, or segala medium penulisan kat media, kan femes dengan novel novel cinta tebal nokrom tu. Tapi aku rasa femes je lagi sekarang, cuma tak sefemes dulu lah kot novel-novel tuu hhahahahahha.
Aku punya tahap minat dengan hlovate ni sampai kumpul lah novel-novel dia. So far aku ada tujuh buah novel karya hlovate. Aku tak pasti dia ada berapa buah buku cuma yang aku tau aku takde lagi dua buah buku karya dia iaitu Gurindam Jiwa and Pelangi. Or maybe three book’s sebab tuhari dia ada keluarkan satu buku aku tak sure lah kan tapi ada lah cerpen pendek dalam tuu tapi aku tak rasa nak include sekali hahahahahaha so okay lah dua buah je lagi buku hlovate yang aku takde ihiks. Punyaa lah susah nak cari, sebab buku tu dah stop publish and dah lama. Actually ada je secondhand book, tapi tulah tuu harga firaun. Akuu masih waras lagi lah nak beli dengan harga yang setimpal hahhahaahahhaha.
Okaay back to basic, actually sempena PKP ni hlovate ada open wattpad untuk dia publish kan penulisan dia kat situ. And guess what, dia akan publish tiga cerita iaitu dua cerita dari buku tajuk Contengan Jalanan and satu lagi dari buku yang tak dikenalpasti tu hahahhh (aku yg lupa buku apa okay). And memang dah lama sangat akuu cari cerpen Garpu dan Camca tuu sebab duk tengok orang duk quote je ayat dari novel tu. And now aku dah boleh baca dengan tenang. Thank youu hlovate. Walaupun baru update sampai chapter 8, tapi takpe aku bersyukur sangat still dapat baca haahahhahahaha
Korang boleh pergi kat wattpad hlovate ataupun tekan je link ni HLOVATE . Haa thank me later. Walaupun aku dah baca contengan jalan tuu, akuu still akan baca lagi hiks hahhahahahhahaha. So itu jelah yang aku nak bagitau. Saje nak buat post sempena 2021 HAHAHAHHAHAHAHAHHA. Okay lah selamat ber-PKP and happy reading peeps!!
Update : Okay aku dah ingat dah buku satu lagi, 10 Anthology sempena 10 tahun Jemari Seni. So basically tiga-tiga buku yang aku takde tu semuanya karya cerpen pendek hlovate. So Gurindam Jiwa, Pelangi and 10 Anthology adalah buku yang mengandungi cerita dari hlovate serta cerita dari penulis lain. Okay bai. hahahahaahaha
Till then, Chow
DAA~
2 comments
ada koleksi buku hlovate tp dah jual semua dgn harga kasih sayang. hiksss :)
ReplyDeleteif nak baca buku Pelangi dan Gurindam Jiwa secara free, boleh try cari dekat perpustakaan awam. Biasanya ada je mcm dekat library KL
ReplyDeletethanks for dropping your comment.. =D