Movie Review : The Divine Fury (2019)

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera
and peacee yaww =))



So harini aku nak review movie yang aku tengok semalam. hahahahaa. Since Astro bagi TVN Movies channel free untuk beberapa hari, so aku bukak lah channel tu nak tengok cite apa best. Tetibe aku tertarik dengan cerita ni sebab ntah. Tetibe je hahahahahhahaa.




The Divine Fury (2019)


IMDb : 6.2/10
Genre : Action, Horror, Thriller
Durasi : 2 jam 9 minit
Pengarah : Kim Joo Hwan
Pelakon : Park Seo-Joon, Sung-Ki Ahn, Woo Do-Hwan and more


The divine fury ni mengisahkan tentang Yong Hoo (Park Seo-Jun), merupakan atlet fighter MMA yang kehilangan bapanya sejak kecil lagi. Bapa-nya mati akibat kemalangan yang di akibatkan oleh dua orang pemabuk. Disebabkan itu, Yong Hoo mula tidak percaya akan ketuhanan dan mula membenci agamanya. Tetapi pada satu malam, dia bermimpi berjumpa dengan bapanya namun tidak sempat bercakap dan mendapati dirinya mempunyai kebolehan luar biasa untuk menghapuskan dan membunuh syaitan menggunakan tangannya. Dia akhirnya berjumpa dengan Father Ahn yang di rekemen kan oleh bomoh anak sedara manager dia dan maka disitu bermula lah perjalanan Yong Ho untuk mempercayai semula agama dan tuhannya serta menggunakan kuasa luar biasa nya itu. *Source : IMDB and KAKIMUVEE.


Begitulah serba ringkas kisahnya. Kalau nak tengok full boleh lah download di mana-mana website yang anda tahu. Kahh!!. Btw, aku rasa macam first time je tengok si Seo Jun ni berlakon. Aku tak ingat lah cite dia berlakon selain Kill Me Heal Me. Haahhahahahaha. Sorry not a fans of Seo Jun. So aku pelik gak cane boleh layan filem ni.


Back to the story, cite ni best. Aku suka sebab ada elemen Horror and Thriller. Tapi disebabkan keagamaan tu terlampau banyak dalam filem ni, aku rasa macam emmmm .... masa tonton tuu banyak kali jugak aku mengucap balik. Bukan apa, bila baca subtitle takut ter-Auto murtad. Hahahhahahahaha. So be prepare lah kalau tengok cite ni. Btw, don't expect untuk cerita ni ada jump scare or suspen or anything like that. No, dia cuma exorcism je, more ritual and rasuk-rasuk ni. Tapi boleh tahan aggresive jugak lah syaitan-syaitan tu.


And part yang paling aku suka adalah scene masa Yong Ho jumpa Father Ahn buat pertama kali. Masatu Father Ahn tengah berubat orang, pastu orang tu tetibe jadi aggresive, then Yong Ho fight lah dengan orang tu, yang kelakar nya Yong Ho tarik orang tu masa bergayut kat palang tu macam gitu je. hahahahahahahahaha. Yelah, membe fighter MMA kan, so memang sebelah tangan jelah hahahahahaha.hahahaha. Ada jugak dua tiga scene yang lain tapi tu korang kena tengok sendiri lah. Bwhahahahaha.


Cuma aku tak paham apa motif si jahat tu, apa nama dia, haa Ji Sin (Wo Do-Hwan), sembah atau buat ritual tu? Eksplen lah sikit kan sebab dia nak kaya ke apa ke ni tak terus cakap ada Kuasa Gelap yang besar kat situ sebab tu Father Ahn datang kawasan tu. So moral dia, jangan lah blame Tuhan if korang tak dapat apa yang korang nak. Mana tahu Tuhan tu plan lagi better, lagi besar untuk korang. So be grateful and be kind. Tibe. hahahhahaa. Overall cite ni best. Kalau tak best, aku tak review. Kah!!


Jieha bagi rating : 7/10

You Might Also Like

3 comments

  1. Interesting and useful info. Thanks.

    ReplyDelete
  2. woww layan movie korea ehh.. nampek best

    ReplyDelete
  3. jemput join GA


    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/02/giveaway-vektor-20-by-cuya.html

    ReplyDelete

thanks for dropping your comment.. =D