What’s In My Bag Omputeh Cakap

 Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera
And
Peace yawwww =))



Haritu aku saja lah nak tukar beg tangan. Eh jap, beg tangan ke? Bukan lah beg tangan, tapi beg yang sentiasa aku bawak kalau nak ke ofis atau pun ke mana-mana sahaja. Now aku pakai macam beg pack tu tapi wanita version. Beg apa ntah orang panggil. Kejap nak gugel.  .......................................... Ntah aaa aku tak jumpa pun sebenarnya. Aku gugel je bagpack wanita, keluar je jenis yang seangkatan macam beg ni hahahhahaha. So panggil bagpack wanita jelah ye.



Haa sanbung balik. Ingatkan nak tukar beg lah sebab mama baru bagi beg haritu. Dia beli dari Hangzhou tak silap. Bukan dia lah pi beli sendiri, dia order kat kawan dia je. Kawan dia tu cikgu jugak, tapi hold mengajar sebab ikut suami pergi China. Haa back to basic, so bila aku dah plan nak tukar beg tu tanpa mengetahui consequences yang bakal aku alami, aku pun secara tak sengaja bawak keluar semua barang dari beg sedia ada dan susun di atas karpet sebelum transfer ke beg yang mama bagi tu.



Dalam duk susun tu, aku macam eh, banyak pulak barang aku ni. Hahahahahaaha. Baru lah sedar rupanya aku kan pakai bagpack. So beg yang mama bagi tu pulak kecik je. Iras-iras beg silang laki tu je haa. Alaaa tau tak beg silang laki yang rempit-rempit (bukan nak judge lah tapi kebanyakannya memang pakai) yang duk selalu pakai tu, haa saiz dia besar tu jek. So bayangkan dari bagpack ke bag silang macam tu, memang tak muat lah. AHAHHHHAHAHA. Pastu pulak compartment beg silang tu tak banyak so macam emmmmm okay lahh next time lah tukar.






Bila dah pakai bagpack ni, dengan compartment pulak banyak lagi senang nak guna pakai. Macam zip depan tu, penuh lipstick je haa. Dengan bedak sikit dengan vaselin. Senang pepagi masa nak pegi kerja, aku just bukak je zip depan untuk ambik vaselin dgn lipstick. Pastu pulak poket kiri kanan. Ada IC, pas TLDM, pas TNB, extension mask, what else eh aku letak, lupa. Haa kunci ofis and kunci kereta. So kalau macam tetibe aku kena keluar site, senang aku ambik je kiri kanan poket. Pastu nak masuk site pun senang, boleh je tarik pas kiri kanan tu. ahahhahahahaa.



Tapi kalau bahagian belakang jangan cakap lah. Bahagian compartment paling besar, aku rasa lagi besar compartment tu, lagi penuh dan banyak barang nak disumbat dalam tu hahahahahahaa. Series wehh, okay compartment besar tu aku letak wallet, segala skincare yg ada, power bank, what else. Haa kalau korang tengok, pantyliner satu pek aku bawak hahahahahahha. Untuk produk-produk aku tu kan, buat masa sekarang aku tak pakai beg sebab malas. 

*update : produk produk skincare tu aku buh dalam beg kecik eco, lagi penuh beg aku hahahahaahhahahahaahahahahaa



Aku senanya dulu bukan jenis yang suka ada beg ni, dulu fon dgn dompet je tu pun tumpang beg mama. Now dah kerja macam-macam aku kena bawa. hahahah. So nak taknak kena bawak lah beg kemana je sekarang ni. Hahahahaahha. Tapi tulah, senanya penting beg ni untuk perempuan. Beza besar kecik je. Kalau besar, semua bende nak bawak. Kalau kecik, kita boleh pilih nak taruk apa, tapi nanti bila tak bawak barang tu, barang tu lah pun yang nak kena guna. Yall. Susah nyaa jadi perempuan ni. hahahaahhaha tiberr.



Okay lah sampai sini jelah nak share. Aku pun tak tahu kenapa tetibe nak share bende ni kat blog. Saja nak bagi ada entri kot. Saja nak bagi hidup blog. Padahal info tak penting pun. Kahkahkahkah. Haritu pun dah share kat story insta hahahahaa., takpelah anggap jelah ikut trend walaupun trend dah lepas. Hahahhahaa. So what's yours?? Share lah sini boleh tengok hikss. Okay baiii.









Till then, Chow.
DAA~

You Might Also Like

0 comments

thanks for dropping your comment.. =D