Housemates =))

3:48 AM

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
dan
Peaceee yaww =))





Orang cakap kalau buat baik dengan orang, orang akan balas baik dengan kita kan. Well, sebenarnyaa aku ni seorang yang anti-sosial, yang tak begitu friendly orang cakap, tak peramah. And ai hate to start a conversation. Eh no, tak lah sampai benci tapi memang tak suka sebenarnya nak start sesuatu perbualan tu. Yelah, memandangkan aku punya self-esteem sangat teruk, aku memang takda konfiden langsung weh, takda keyakinan diri. And that is why aku paling tak suka nak mulakan perbualan atau perkenalan baru. Aku selalu berfikiran negatif sebelum positif datang menyapa. Aku akan fikir yang semua orang tak suka aku, menyampah tengok aku. Hahahahaa. Padahal semua okay je. Aku yang over. Dan aku pun terus berpikiran positif dengan meyakinkan diri aku sendiri yang diorang semua tu pun manusia normal macam aku jugak.



Suprisingly, waktu mula-mula aku daftar kolej kediaman kat UTeM ni, aku orang pertama yang tegur roomate aku. Actually mama lah yang start dulu conversation tu, biasalah dia, cikgu kan. Hahahaha. And start daripada tuu aku kenal semua housemate aku. Memandangkan aku ni kasar sikit orangnya, aku pun gelarkan "aku" dalam perbualan tu walaupun aku tau aku lagi tua daripada diorang. Aku pun tak galakkan diorang panggil aku "kakak". Come on! Aku ada tiga orang adik lelaki, rasa awkward sangat lah bila perempuan panggil aku kakak. Last orang panggil aku kakak masa form two form three di SARJANA. Hahahahaha. Legend sekolah tu bai. =DD



Ohh, roomate aku sebaya aku. So automatik memang "aku" "kau" jelah. Hahaha. Memula jelah aku gelarkan nama dengan nama.  Well, satu rumah enam orang. And guess what, dua daripadanya adalah chinese people weh. First time aku duduk sekali dengan budak chinese. And mama pun macam tak pecaya. Tapi takpelah, benda baru tuu. Hahahaha. Dalam enam orang tu, tiga daripadanya datang daripada perak, termasuk aku lah kan, and tak sangka aku merasa jugak serumah dengan budak sabah. Seriously pengalaman baru weh. Boleh belajar bahasa dia, boleh vacation tempat dia, macam-macam lagi lah dah aku pikir. Heee. Ohh yaa, budak cina tu sorang dari Negeri Sembilan dan sorang lagi dari Johor. Nasib baik aku dengan roomate dari perak. Balik cuti boleh balik sekali mama cakap. Ada kawan. Hahhaaa. Tapi tuu semua perkenalan setahun yang lepas lah. Sekarang ni dah lain. Aku dah takda roomate. Roomate lari tak tahan duduk dengan aku. HAHAHAHHAA.



Well, sekarang berlima jelah. Aku, Rahmah, Wanny, Hung dan Lin (dari kanan). Alhamdulilah hampir dua tahun ni tak sangka semua sekepala. Still boleh tahan perangai masing-masing. Tapi Hung dan Lin dah cakap awal-awal, tahun tiga dan empat dia nak duduk serumah dengan kaum dia sendiri. Yelah kitorang pun paham sebab masatu dah start duduk luar, duduk rumah sewa, so lebih baik duduk dengan kaum sendiri kan, more advantages. So, inilah housemate aku.





Alhamdulilah tahun ni kitorang lebih bahagia walaupun berlima. Seriously. Sebab tahun lepas masing-masing jaga hati orang. Hahahaaa. Taknak bergaduh dengan makanan punya pasal. Kan wanny kan, kan rahmah kan? Hahahahhaa. Well, past is past.  Bagi aku dalam masa setahun tuu aku rasa macam sia-sia sangat kenal dengan orang macam tu. Orang yang takda hati dan perasaan bila sekelip mata je kau anggap perkenalan selama setahun tu hanya lah persinggahan semata-mata. Luar nampak baik gila, tapi hati takda sape boleh teka. Takpelah. Abaikan jelah. Aku pun dah move on. Hahahhaahaha. Dan best part, best gilaa duduk dalam bilik sensorang sebenarnya weh. Bebas nak buat apa saja. Walaupun kenkadang sunyi, tapi takpe, budak bilik sebelah ada, aku lepak jelah dengan diorang. Hohhoo. Diorang pun selalu datang bilik aku.



So yeah, aku harap housemate korang okay lah. Tak elok gaduh-gaduh ni sebenarnya. macam budak-budak. Tak matang langsung. Hahahahaa. Okaylah tetibe nak update cerita ni kan. Dah takda idea sangat lettew jieha. Kahkah.







Till then, Chow
DAA~

You Might Also Like

10 comments

  1. hahahha. pengalaman itu mematangkan kita dik. i know perasaan u dik.haha. sbb akak pun dah melaluinya. tapi abaikan je. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. itulah. nasib baik dah move on. Hahaaa

      Delete
  2. Saya pernah dapat housemates yang annoying. Tapi alhamdulillah baru-baru ni dapat housemate yang sangat baik =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah. Susah nak cari yang sekepala dengan kita ni =D

      Delete
  3. zaman housemate roomate dah berlalu. tapi waktu dulu ibu sis ada pesan setiap kali masuk asrama sem baru, kena tegur org dulu jgn sombong. walaupun sis mmg xsuka lgsg start borak dulu mcm jieha! HAHA terpaksaaa tp xrugi taw :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulahh. tapi nak buat cemana kan, kalau orang dah tak suka kita, kita tak boleh nak paksa dia untuk stay dengan kita hee =D

      Delete
  4. sedang mengalaminya sekarang.. so i think i can understand what you've felt..

    ReplyDelete
  5. Hahaha alhamdulillah sepanjang 3 sem nie sy dapat roommate dan housemate yg baik.. cuma roommate sy dia x berapa friendly cgat dgn org haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahhaa awak tuu yang friendly sangat tuu. hahaa. alhamdulilah moga persahabatan korang kekal selamanyaa =)

      Delete

thanks for dropping your comment.. =D

Advertisement