.......... Loading

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
and
Peaceee yawwwwww









Okay first, introducing my new boyfriend or in other words my new anak ikan, KRIST. Krist Perawat Sangpotirat. Hmm. Finally. Post jugak aku pasal natang ni kat blog. Habis semua laman sosial aku canangkan mamat ni. Ai kenod lahh. He's so cute. HHAHAHAHAAHAHAHA. Okay taknak beleber panjang pasal mamat ni, kang sampai esok tak habis cerita. Kahkahkahkah.


"Lighten up, just enjoy life, smile more, laugh more, and don't get so worked up about things."

"I can't stop loving him because once you start loving someone it's hard to stop."

"Loving you was the most exquisite form of self destruction."



Ya Tohannnnn, cringe af do aku ni. Siap caption. HAHAHAHAHAHA. Demm. Asalnya nak letak satu gambar je tau, tapi ni kenapa tiga sekali ni? Hmmmm. Taktauu nak pilih mana satu, tengok lah, comel kan. Eeeee, rasa nak cubit gigit je. Kahkahkahkah K enough jieha. Stop. Hmmm


Secondly, since bulan mac nak habis, gigih jugak lah aku nak update blog sebab target aku kan tahun ni patotnya dua kali sebulan update tapi tulah, buzy memanjang dengan PSM (haa, kejap lagi aku cite pasal psm ni isk isk T_T ) so, atleast satu bulan satu entri. Nais tak? Tak nais takpe, aku je yang baca uhukk.


So sekarang aku tengah mid sem break, yeayy!! Tapi dah empat hari jugak lah aku kat rumah. Sekejap sangat masa kalau kat rumah. Kalau kat Melaka sana tuu ya tohaaan, lama gilaa rasaa masa tu bergerak hmm. Hmm jap, aku nak update pasal apa eh tadi? Demm, patot lah title pun ... loading ....


Ohh yeah, nak bagitahu yang aku dah masuk doplohlima pada 18 Mac tuhari Hiks. Macehhh. Maceh pada yang wish tuu. Rilek. Baru doplohlima kan, tapi tulah, study pun tak habis lagi. Takk sudah perabih kan duit mak pak. Huhuhu. Well, takpelah atleast aku di kelilingi dengan orang-orang yang sangat supportive dan sentiasa tolong aku. And yeah, tahun ni birthday ada kelainan sikit daripada tahun-tahun sebelum ni. First, family takda disisi on that special day. Second, walaupun family jauh, tapi rasa special sangat sebab;
  • Budak kuliah ( LEDIS BETA) kasi suprise kek birthday kat kepci empat hari sebelum tarikh.
  • Budak rumah (Chinese Housemate) sanggup tidur lambat sebab nak suprisekan birthday on that day. (tunggu sebab haritu aku keluar dengan budak bilik, so balik lambat)
  • Budak bilik (WannyRahmah) kasi dreamcatcher yang aku nak sangat yeayyy!
  • Yeoja Chingu (AliaHusna) belanja perjalanan balik dan belanja makan hiks.
  • Kak Zuryn belanja makan Wing Zone. First time try hiks

Okay tu je kot. Kalau ada lagi nanti aku update lain. Aku bukan nak menunjuk ke riak ke bangga ke apa, aku ni jenis mudah terharu. Jenis aku, stranger tolong bukak kan pintu untuk aku pun, aku dah boleh crush ke dia (kalau hensem lah).  So macam tak salah lah kan kalau aku share sini. Hiks. Okay dah. Terima kasih semuaaaaa!!!


Next, pasal study aku. Ya tohaaaaan, rasa nak drop sekarang jugak. Kenapa? Hmm, sebab Projek Sarjana Muda (PSM) je. Stress gila weh. Aku tahu bukan aku sorang yang hadap PSM ni, tapi tulah, aku rasa aku sorang je yang struggle hadap PSM ni. Orang lain rilek je weh. Aku rasa down gilaa kenapa aku tak paham apa yang aku buat ni. Haih. Bayangkan aku hampir nak drop PSM ni, pastu sanggup nak extend. Tak, masalahnya aku ni jenis lambat sikit tau. Orang kata lampi (lambat pickup). Pastuu aku perlukan pertolongan orang. Aku tak boleh hidup sorang. Tak, bukan aku sunyi. Aku tak sunyi. No. Aku cuma perlukan pertolongan dari orang lain. Contoh, selama ni aku study, kalau takda jie, aku takkan paham sesuatu subjek tu. Semuanya jie akan explain balik kat aku. Aku tak boleh study sorang-sorang. Haa macam tu. You feel me right? Kan kan kan. Ahhhh, susah lah nak explain. Btw, sem ni lah paling fucked up aku rasa. K bai.


And lastly, please please please please pleaseeeeee please pray for me. Tolonggg doakan aku agar tekad diet or exercise or sebagainya. Walaupun bukan aku yang kahwin, tapi aku nak jugak melawa dalam gambar. Tolong laaah, aku harap sangat aku dapat kuruskan sikit body aku ni. Takpe berat tak turun takpe, janji ada inch loss. Lagipun aku ada beli kain untuk kenduri, tapi tak cukup. Hahahahaha. Sedih nokrom.


Pastuuuu, aku ada tukar skincare dengan harapan muka sempat lah peloles before kenduri bulan september ni sebab kalau tak kurus, janji muka lawa. Tapi harapaaaaaan jugekk, sebab sekarang ni muka lagi naik mencanak jerawat. Hahahahahaa. Tapi aku harap ni satu good news lah sebab orang cakap kalau dalam masa sebulan ni memang semua benda keluar kalau tukar produk. And I hope it's true lah sebab first time ni aku keluar dari comfort zone, haa kemain comfort zone. Hahahhahahaa. So kena berani ambik risiko lah kan. So guys pleaseeee doakan seorang jieha jadi lawa dan kurus sikit dalam masa lima bulan ni. Aaaaaaaaaaaaaamin. Hiks.



Okay lah tu je. Sekian dari seorang jieha yang terseksa jiwa raga tak dapat tengok movie baru, dengar lagu baru, pergi tengok wayang, gara-gara PSM, but still, boleh makan dengan selera. Hmm. Cane ntah nak bagi kurang makan. Haih. K bai.










Till then, Chow
DAA~



You Might Also Like

1 comments

  1. Wehhhh krist ni yang berlakon dalam mint to be kan? Lagi satu citer mommy apa ntah yang diorang budak sekolah pastuuu prmpuan tu mengandung

    ReplyDelete

thanks for dropping your comment.. =D

Advertisement

Powered by Blogger.