Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
and
Peace yawww =))
Aku taktau lah ni sama ada review ke apa tapi satu yang pasti, aku just nak share satu produk ni. Produk yang aku guna setelah gataai pi tukar. Hahahaha. Daripadaa ala kadar, terus jadi jalan tar bak kata adik sis. Sis kemurungan tahu. Dah tua-tua baru nak pikir pasal muka. Hmm. Actually takda lah tua lagi, suku abad hidup. Hiks.
Ingat tak aku pernah buat post pasal skincare apa yang sesuai dengan muka aku ni? Kalau tak ingat boleh refer sini Skincare Product. So, aku pun tak da lah macam terdesak sangat nak tukar skin care. Cumanya sekarang kan dah ramai yang mula mainkan peranan penting bahawasanya penjaagan muka adalah sangat penting dan penting? Banyak dah yang share pengalaman dan review on how to take care of your face skin care or should I call Skin Care 101. Hahahahhaaha.
Mulanya muka aku takdalah teruk sangat. Ntah kenapa tetibe je berangan nak tukar pencuci muka padahal helok je before this pakai sabun pencuci muka takda jenama yang mama beli kat kawan dia. Haa kau panjang jelah. Satu nafas je tau. Haa pastu kuat terpengaruh kan, baca itu lah, baca ini lah, nak beli itu lah, nak beli ini lah. Last-last hauk. Padan muka.
Dah lah memula macam struggle gak pebendee ni, nak cari yang macam mana, gigih lah pi baca blog si Iman tu, sudahnya give up sebab tooooo manyy new information. Lagi satu aku pikir, ahh, muka tengah elok lagi ni takdalah breakout teruk ke apa ke kan. Suddenlyyyyy, jeng jengggggg. Masa cuti sem, semester lepas, before semester enam, muka aku berubah. Nak kata teruk tu tidaklah, tapi dah start lah jerawat meninggalkan kesan parut hitam di muka ai yang bebiasa-biasa ni. Dah start lah naik jerawat banyak-banyak. So masa tu aku tekad, dapat je PTPTN aku terus nak beli skincare baru.
Alkisahnya satu hari tu, bila dapat PT, terus keluar shopping. Dalam sejarah, first time aku habiskan PT aku dalam masa sehari sebanyak RM700++ . Hahahhahhhaha. Dengan kasut nya lagi, Spek mata, produk skincare, apa lagi, lupa dah. Nak tau tak skincare yang aku beli tu berapa RM? Total tiga barang semua sekali RM330. HAHAHAHHAHAH. Banyaaaak gila kan. Lajuu je duit mengalir.
So nak tahu apa dia produk yang aku beli? Taraaaaaa.
Yessss. This threee product here. Aku beli cleanser, scrub, toner. Total semua RM330 beb. Hahahahhaha. Sopaaak. Well, aku beli ni kat watson Aeon Melaka tak silap aku. Kat Mahkota parade ke Dataran Pahlawan ntah. Lupa pulaak. Aku beli sebab tengah tekad kan nak tukar produk. Dengan harapan muka sempat lah peloles before kenduri bulan September ni. Satu lagi sebab akak tu explain kemain gigih dengan aku. Padahal dia baru je habis explain kat budak rumah aku. Pastu siap tunjuk gambar testimoni. Aku pun percaya lah. Hahaha. Turn out produk ni tak sesuai dengan muka aku. Too much chemicals katanya. Ntah lah. Guwe pun enggak tawu dong.
Memula pakai tuu cam eksaited lah sebab cleanser dia based on water je. So kau bangun je dari tidur, ambik cotton pad terus cuci muka pastu baru mandi. Pastu toner. Pastu seminggu dua kali, scrub muka tu. Tak pernah lah aku jadi gigih macam tu. Hahahaha. Rajin nakmati. Paling kurang pun, aku pakai mask murah je beli kat yubiso yang rm2 punya tu.
Alhamdulilah now makin okay sikit rasanya lepas aku asyik skip je tak pakai. Kat dahi pun takda dah banyak banyak jerawat yang ketara. Lepas aku pi cek kat Aeon Wellness tu, org tu cakap kulit aku too dry. Dehydrate melampau sebab chemicals terlalu tinggi. And pori pun dah blocking. Mujur stiffness kulit masih di paras normal, so aku muda lagi hiks.
Then lepastu aku terus pi beli Cetaphil sebab dia sarankan cari yang gentle cleanser or for dry skin type. Aku sebolehnya nak elak pakai cetaphil sebab kuat habis natang ni. Hahahhaa. Tengok lah cane kot jumpa cleanser yg sesuai aku tukar lah. And paling penting Moisturizer. Mulanya aku nak beli brand Ginvera tu pun sebab akak aeon wellness tu suggest, tapi tak jumpa, so aku ambik yang rosken punya jenama.
So far Alhamdulilah. Aku rasa makin okay lah walaupun tak banyak perbezaannya. Di sini saya sertakan muka saya sebelum saya pakai produk Aqua+ Series ni, dan selepas saya pakai produk Aqua+ Series ni. Gambar sebelum tu seminggu sebelum tukar produk. Maafkan saya kalau anda semua terkejut dengan muka saya yang bebiasa ni sebab ni kali kedua saya konfiden untuk tempek muka full. Kahkahkahkah. Maafkan saya sekali lagi.
Before gatai tangan nak tukar produk. Kahkahkah. No filter eh. Ni sebab cahaya tengah lawa. |
After gatai tangan pakai produk tu. Kahkahka. Nampak kan parut parut hitam berbeza dgn before. |
Ohh mungkin akan ada orang cakap, "ohh sikit je, takda lah teruk sangat". "Ohh, parut je.". Sesungguhnya dengan keadaan macam ni pun orang boleh hina, dah lah gemuk, hodoh pulak, bodoh pulak tu. Jadinya biarlah muka lawa sikit. Sebab nak jaga muka lagi senang kot daripada nak jaga nafsu makan. Nak kurus tu entah bila lah kan. Kahkahkahkah. So nak taknak, korang kena bersyukur je apa jua keadaan korang yang sekarang. Sekian dari saya. Ohh btw kalau ada suggestion cleanser lain, boleh lah share. And ohh satu lagi, cane eh nak hilangkan sun seed bawah mata tu. Actually no, bukan sun seed, taktau lah nama padia. Hahahaha. Thanks saya dahulukan. Hiks.
P/s : Whoaaa, panjang jugak. Merapu je lebih.
Till then, Chow
DAA~