Movie Review : Bohemian Rhapsody (2018)

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
and
Peace yawww =))




So, I'm back again with another movie review. Well, lepas dah submit draft report final year project chapter 4 dan chapter 5, perasaan lega tu fuhhh ibarat kau tanggalkan bra selepas seharian buat kerja, maka nya kau ambik keputusan untuk membuang masa dengan menonton wayang/filem/K-drama. Padahal assingment berlambak lagi tak sentuh dan internship pun tak apply lagi. Hahahahaha. Well, that's me my dear. I can't help myself being procrastinated (tapi update blog kemain laju). Wahh kemain speaking. Hahahahahahaa.



Bohemian Rhapsody (2018)

 *image source from google



IMDb : 8.4/10
Genre : Biography
Durasi : 2j15min
Pengarah : Bryan Singer
Pelakon : Rami Malek, Lucy Boynton, Gwilym Lee, Ben Hardy, Joseph Mazello




"Bohemian Rhapsody" ni menceritakan tentang kumpulan rock lagenda yang dikenali dengan nama "Queen". Cerita ni sebenarnya focus dekat front man ataupun lead singer kumpulan Queen ni iaitu Freddie Mercury. Pada permulaan cerita, Freddie Mercury yang dimainkan watak oleh Rami Malek, menunjukkan yang dia tertarik dengan sebuah band "Smile" yang di anggotai oleh Brian dan Roger di salah sebuah kelab tempatan. Since vocalist band tersebut keluar untuk join band lain, Freddie offer diri untuk menjadi vocalist dan dengan penambahan John, seorang bassist, maka nya ter-tubuh lah kumpulan Queen.



Jalan cerita sangat smooth dan senang paham. Sangat sesuai untuk orang yang baru nak kenal dengan vocalist Queen ni. Cuma kat malaysia  ni banyak scene kena cut sebab berkaitan dengan LGBT. So, kau kena paham sendiri yang Freddie ni sebenarnya gay sebab takda scene yang menunjukkan dia ni bi and gay. Yes, BI and Gay. So pepaham lah kan. Dan sepanjang perjalanan proses penceritaan "Bohemian Rhapsody" ini, ia juga menunjukkan beberapa kisah, menceritakan process yang berlaku di sebalik ciptaan lagu-lagu ikonik mereka dan juga setiap perselisihan paham yang tejadi antara mereka. Cerita berakhir dengan concert epik diorang di Live Aid. (tapi ada orang cakap concert Queen paling padu bukan Live Aid, tapi concert di Wheembly)


Okay, siapa je yang tak kenal Queen kan? Merupakan salah satu band lagenda yang terawal pernah terkenal pada tahun 70's dan 80's. Since filem ni keluar, makin ramai yang mula minat dengan Freddie dan Queen. Tak kisah lah peminat lama ke peminat baru kan, yang penting cerita ni boleh bagi inpirasi dan moral. Like kalau kau kaya macam mana sekalipun, kalau kau buang semua orang yang sayang kan kau, kau akan rasa lonely af and yang penting jangan cepat terpengaruh sebab akan ada orang yang ambil kesempatan ke atas diri kau.


Dan Rami Malek, omaigod a big salute to him sebab dia try hard gila bawak watak Freddie ni and surprisingly sangat menjadi. Aku rasa nak tumbuk je mulut dengan gigi dia tu pastuuu dia punya perangai diva tu annoying nak mampus. Hahahahahhahaha. Series banyak jugak elemen komedi aku rasa dalam filem ni ke aku je yg mudah terhibur ntah. Hahahahaha. Oh yeah, dan tak lupa jugak setiap watak yang lain and guess what, aku sukaa Roger, dia punya british accent tu plus handsome hahahaa. Dan Brian is sangat matang dan Mary sangat lah cantik. 


And scene akhir filem ni was amazing like goosebump gila rasa, overwhelmed sangat dengan lagu-lagu diorang. Aku hampir menitik air mata tau hahahahaha. Masa dah habis cerita pun, audience still tunggu sampai lah bebetul tinggal closing credit rolled. Personally aku nak bagi 10/10 tapi tak jadi disebabkan aku tak puas hati banyak cut scene (kena cari yang uncut lah) dan jugak kenapa freddie bodoh sangat boleh jadi gay sedangkan awek kemain baik dan lawa hahahahhaa.


Jieha bagi rating : 9/10




Till then, Chow
DAA~

You Might Also Like

2 comments

  1. haritu check cinema malaysia, ada nmpak poster cerita ni. boleh try tengok la

    ReplyDelete
  2. best cerita nie...hari tu, nak tak nak, ....last last tengok jugak....hehehehe

    ReplyDelete

thanks for dropping your comment.. =D