Movie Review : Who Am I (2014)

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
and
Peace yawwwwww =))





Yay! Finally jieha buat movie review. Dah lama sangat nak buat review tapi taktau nak review apa. Since dua tiga hari ni aku asyik melayan drama/movie/web novel, maka dikesempatan ini aku nak review lah satu-satu. And tak lupa jugak disebabkan dah dua bulan aku tinggalkan blog ni tak terusik, makanya aku taknak lah blog ni ditinggalkan untuk bulan yang ke tiga yedokk. Hiks. So lets start. Kahkahkah.



Who Am I (2014)



IMDb : 7.6/10
Genre : Crime
Durasi : 1j46min
Pengarah : Baran bo Odar
Pelakon : Tom Schilling, Elyas M'Barek, Hannah Herzsprung



Cerita ini mengisahkan seorang hackers yang bernama Benjamin  yang menghabiskan masa dengan dunia internet sebab ketiadaan kedua ibu bapanya dan dibesarkan oleh neneknya. Semasa menghabiskan sebahagian masa dengan dunia Darknet, Benjamin mengenali dengan MRX. MRX ni takdak siapa yang kenal dia dan MRX ni merupakan pakar hackers dalam semua sistem. So, Benjamin menggagumi MRX dan ingin menjadi seperti MRX. Dan pada satu malam, Benjamin berjumpa dengan Max yang juga seorang hackers kecilan dan Max perkenalkan kepada kawan-kawannya setelah Benjamin menunjukkan bukti kepakaran yang dia ada. Maka terhasil lah hacking group diorang yang bernama CLAY (Clowns Laughing At You). Dia tubuhkan group ni sebab nak impress MRX. Kiranya nak tarik perhatian MRX lah. Macam-macam diorang lakukan sampai lah satu hari diorang decide nak hac company besar. Dan disitulah detik permulaan bagi mereka.


Pada permulaan cerita, Benjamin berada di dalam sebuah bilik dan di soal siasat oleh Hanne Lindberg, Head of the Cyber Division of Europol. Hanne ni tengah melakukan siasatan terhadap satu group hackers yang bernama FRI3NDS. So Benjamin telah menceritakan segalanya dari awal kisah hidup dia sampai lah cara dia nak jejak FRI3NDS ni.


Seriously korang kena tengok cerita ni sebab ada plot twist yang besar. Haa, aku bagitau siap-siap lah sebab aku tengok citer ni pun sebab aku tau tentang plot twist tu. Jalan cerita pun tak berat sangat, smooth je setiap perincian tu. Dan tak rasa lambat sangat. Teknik penceritaan pun senang paham walaupun ada penggunaan teknik imbas kembali at the end of story. 


Setiap karakter pun nais. And Max pun boleh tahan handsome dengan watak dia yang cocky, charisma dan cool. Benjamin biasalah seorang nerd. Hahahhahaa. Ohh yeah orang yang jadi MXR tu pun hensem and shit muda lagi weh. hahahhaa. Since aku dah tahu cerita ni ada plot twist, setiap scene aku akan kaitkan dengan twist yang boleh jadi hahahahaha. Tapi at the end cerita memang mind blown lah. Overall memang recommended sangat lah cerita ni. 



Jieha bagi rating : 8.5/10






Till then, Chow
DAA~

You Might Also Like

2 comments

thanks for dropping your comment.. =D