Renew Lesen

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
and
Peace yawww =)










Hollaa hollaa cikebum cak. Hahahaa. Okay tadi pagi aku pergi renew lesen. Lesen apa? Haaa, lesen motor je weh, lesen B2. Hahahaaa. Mesti pelik kan kenapa baru sekarang nak renew. Ke tak? Memang korang pun lambat  renew eh. Bukan aku sorang lah ni. Okay takpe, legaa lah sikit. Cewaaaah, lega macam apa je kan. Hiks.



So aku pergi awal pagi lah sebab taknak tunggu no giliran lelama. Well, aku pergi dengan adik aku sebab dia je yang boleh drive kereta. Hahahaha, yess aku memang takda lesen kereta lagi. Ntah bila nak buat pun tak tahu lah. Umur dah nak suku abad dah. Tak boleh ke beli je lesen kereta tu terus? Senang sikit tak payah nak belajar dengan formal hahahaha k tak aku gurau je, mana boleh kan macam tu unless ada doremon. Eh. K stop sini. Hahahaa.



Sebenarnya aku sampai pun dah nak dekat pukul sembilan pagi. So takdalah awal mana kan. Tapi tulah mujur tak ramai orang. Masa aku ambil no. giliran tu, atas aku ada lagi empat nombor. Okay lah kan, kejap je aku tunggu. Tak sampai setengah jam dah setel semua dah. Nazirul pun tak sempat nak tidur dalam kereta. Hahahaaa.



Aku punya lesen tuu dah mati lama dah weh. Nak dekat setahun. Expired 18 Mac 2016 ( Hint birthday hiks ). Aku malas nak renew sebabnya aku pun dah lama gila tak naik motor. Aimin yelah naik motor jalan jauh. Setakat pergi kedai depan tuu je ha. Pastu kat Melaka pun naik  motor dari FTK ke kolej kediaman je. Cemana aku tak lupa dengan lesen expired ni. Hee.



Kalau korang nak tahu, sebenarnya korang kena renew lesen dalam masa tiga tahun tau. Lepas tiga tahun, kalau korang tak renew, lesen korang automatik batal. Yeahh, batal. Maknanya korang kena  ambil lesen baru. Yeah, you heard me. Hahaha. Korang kena dengar balik ceramah yang lapan jam yang bosan nak mati tu haa. Korang kena datang balik prektis cukup lapan jam. Eh actually yang sekarang taktau lah cemana sebab aku ambil lesen motor tahun 2010. Hee.



And ohh by the way, make sure gambar kad pengenalan korang lawa-lawa eh. Tapi yelah, kalau dah buruk memang tak boleh buat apa lah kan. Macam aku. Huhuhu. Memandangkan aku punya gambar kad pengenalan macam bibik indonesia (yang pakai tudung ada awning senget benget, can you imagine that with my face T_T ), makanya lesen ai pun gambar itu jugak. Means kad lesen korang yang lama tu dah tak pakai lah even gambar kat kad lesen lama lagi lawa cantik menarik tertarik kau memang da bom (wah, lama tak dengar lagu ni).



And satu lagi, kad aku kan hampir setahun jugak dah expired, so aku ingatkan kalau aku renew setahun, kad aku akan expired 18 Mac akan datang ni, tapi rupanya tak. Kalau setahun, tempoh kad tu start dari tarikh kau renew sampai tarikh lahir kau tahun depan. Macam aku, tarikh harini, 8 Februari 2017 - 18 Mac 2019. Aku ambil tempoh dua tahun. Murah sikit. Yelah, kalau setahun RM40, kalau dua tahun RM60. Diskaun lah RM20. Hahahahaaa.



So yeah, that is how ai pergi renew lesen (independent kan saya). Saje lah nak share sebab aku pun baru tahu. Hahahhaa. Secara konklusinya, korang kena renew lesen dalam tempoh masa tiga tahun eh, kalau tak siap sedia lah duit nak ambil lesen baru. Alaaa, takat renew RM60 untuk tempoh dua tahun tu tak banyak mana lah nak dibandingkan dengan duit pendaftaran lesen baru kan. Masa dan tenaga pun jimat. Hee. K takda gambar IC mahupun lesen sebab buruk. Ai malas nak edit. Hahahahahaa. Baii.










Till then, Chow
DAA~

You Might Also Like

4 comments

  1. Lama nau tak renew lesen but takda kena penalti eh? Bagus la.
    Ambik la lesen keta!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha sabarlah. aku tak puas lagi nak suruh kau jadi drebar aku hiks

      Delete
  2. sy renew lesen amik tempoh 3 thn trs, nasiblah gmbr kat IC tu cun. Cun jugalah gmbr kad lesen 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhhaa nasib baik gambar lawa kalau tak jadi macam saya ni menyesal tak sudah hmm

      Delete

thanks for dropping your comment.. =D