Random Wish List #1

3:15 AM

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
dan
Peace yawww =))




Fuhh. Dah masuk bulan Februari dah eh. Cepat nau. Aku rasa aku baru je habis final exam bulan Januari tuari. Pejam celik pejam celik dah bulan dua dah. Minggu ni nak balik Melaka dah. Sem break dah habis. Huwaaaaa. Malas betul nak packing balik Melaka. Berat hati sungguh. Walaupun Melaka - Perak takdalah jauh mana, tapi kebas bontot jugak weh naik bas hahahhaa =D



So, asal post ni acah-acah lah aku nak buat appreciation post. Tapi takpelah, kita tunda dulu. Bila blogwalking tadi, tetibe nak buat post pasal ni memandangkan aku pun kekeringan idea untuk menulis. Bila idea takda, nak tulis pun tak dapat. Bila idea tu ada, kemain membuak-buak semua nak keluar sampai tak boleh nak tulis yang mana satu dulu. Sudahnya post pun tundaa. Haih jiehaa.



Dulu, siapa yang dah lama follow up blog aku ni, akan perasan, aku pernah letak satu gadget tentang aku punya wish list. Aku buat dia punya header tu as "Demm, Wajib dapat". Hahahahahhaa. Tapi aku buang sebab aku rasa macam tak kena dengan template yang sekarang. Haa, motif kan. =D. Now aku rasa menyesal aku buang gadget tu tapi takpelah ada hikmah jugak (cewaahhh) aku dapat buat post ni. Well, nah wish list random aku buat sementara waktu ni =))




Fuji Film Instax Share


Ini wishlist since form four form five, I don't remember it. But masatu tengah trend polaroid camera. Gosh!  I love polaroid. Really love it. So memula impian nak beli lah polaroid camera tapi mama tak bagi hahahaha. So aku pun dengan positif nya simpan dalam hati cakap "tak berbaloi pun beli polaroid sebab kalau gambar tak lawa tak boleh buat apa". And disebabkan itu, aku berangan nak beli instax share ni hahahhaha =D



Shoes ( Macbeth James Ox )



Well, aku ni sebenarnya peminat Vans dan Converse. Tak pernah terlintas pun nak beli kasut brand Macbeth ni tapi ntah kenapa since aku tengok awien duk cari-cari kasut ni, (kebetulan dia post gambar kat twitter) automatic aku terus fall in love. Hahahaaa. It's too cute too handle lah. Macbeth James Ox Blood/Black ni mengancam betul lah. Kalah adidas superstar weh. Sebelum ni aku suka adidas superstar black and gold tu. Hahahhaa. Takda sape yang nak belanja ke? hikss



Speed Lite ( Flash Light )





Fuhh! Dapat benda ni memang aku tak hadap blog dah. Hahahaha gurau saja. Aku ni bukan lah photographer yang profesional tapi ntah kenapa aku minat sangat dalam bidang ni. Aku suka gila dengan moment-moment yang dapat aku freeze kan. Aku rasa macam puas bila dapat snap satu-satu moment tuu. Walaupun aku ni tak berapa mahir dalam bidang ni, tapi aku cuba lah untuk belajar sikit demi sikit. Well, tak rugi kan cuba benda yang kita minat hee




Tapestry




Memandangkan aku tengah dalam proses nak deco bilik tidur, so aku rasa bertapa pentingnya kalau ada sehelai tapestry dalam bilik tidur tuu. Hahahaha. Bukan apa, aku suka sebenarnya gaya/stail ala-ala bohemian ni. So tak salah rasanya aku kena dapatkan satu tapestry  untuk bilik aku hee. Lagipun aku tengah mencari yang murah sikit, banyak sebenarnya kat instgram tuu, aku tahu, tapi aku tak jumpa lagi. So kalau korang tau instashop mana-mana yang jual murah bagitahu shaye ye ahhahahaa.





Banyak lagi nak list tapi cukup jelah buat sementara ini. Malas nak gigih cari gambar. Hahahahaa. Aku harap aku dapat lah empat-empat barang atas ni. Tak kisah lah pakai duit aku ke, orang belanja ke tapi aku cakap siap-siap, kalau beli pakai duit sendiri lagi puas weh. Lagi nikmat. Dan kau akan hargai lebih lagi daripada orang belanja. Hee. So, korang ada random wish list macam aku tak? Boleh share hee.









Till then, Chow
DAA~

You Might Also Like

2 comments

thanks for dropping your comment.. =D

Advertisement